"Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat serong suspek bersetuju untuk bertemu.
“Suspek yang datang mengambil mangsa di rumah membawanya menaiki kereta sebelum singgah di sebuah hotel di Bangi kononnya untuk berbincang.
“Tiba di hotel, mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah bilik,” katanya.
Beliau berkata, di dalam bilik, suspek menarik mangsa ke atas katil dan cuba membuka baju mangsa.
Katanya, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek.
“Suspek yang berang dengan tindakan mangsa menarik mangsa ke atas katil sebelum merogolnya,” katanya.
Beliau berkata, sebaik dirogol, suspek menghantar semula mangsa ke rumah dan berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu.
“Menyedari suspek melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selain hanya menjadikan dirinya sebagai pemuas nafsu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang,” katanya
0 respon:
Catat Ulasan