Jumaat, 22 Julai 2011

PSM: Kes habeas corpus ditangguh 5 Ogos

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan sehingga 5 Ogos ini perbicaraan permohonan habeas corpus enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.



Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Ketua Polis Negara dan dua lagi selaku responden untuk menangguhkan perbicaraan hari ini bagi membolehkan mereka membalas 15 afidavit sokongan tambahan.

Peguam Kanan Persekutuan Othman Yusof, yang mewakili kesemua responden, berkata, pihaknya perlu meneliti pelbagai dakwaan dalam afidavit sokongan tambahan yang difailkan antara 18 dan 21 Julai itu.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili pemohon, membantah penangguhan itu dan berkata, perbicaraan sepatutnya diteruskan bagi memberi keadilan kepada mereka yang ditahan.

Katanya, penahanan enam orang itu tidak wajar kerana mereka ditangkap untuk menghalang daripada terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai, tetapi walaupun peristiwa itu telahpun berlalu, mereka masih ditahan. – Bernama



sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: