Ahad, 3 Julai 2011

Perhimpunan haram: 8 termasuk Ezam dibebaskan

Bernama memetik Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, semua mereka yang berusia berumur antara 27 dan 46 tahun itu dibebaskan secara berperingkat sejak malam semalam hingga hari ini.




“Polis telah membebaskan kesemua mereka selepas mengambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi “Jom Cegah Jenayah” di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.

Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Selain Mohamad Ezam, antara yang ditahan ialah Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman dan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA ) Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Semua mereka ditahan kerana menyertai perhimpunan haram dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar, di Geogetown.

Perarakan yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: