Khamis, 21 Julai 2011

Perang BERSIH 2.0

Tengok kat kaca tv dan media arus perdana. Polis bertindak paling ringan, tiada kekasaran dan paling melucukan penafian awal KPN terhadap "serangan" gas pemedih mata.

Bila baca media alternatif seperti blog dan facebook, dengan bukti video youtube keadaan nampak sebaliknya.




Sehinggakan beberapa pemimpin cedera akibat dakwaan mereka sebagai kekasaran oleh pihak berkuasa.

Mat Sabu dengan skrewnya, Anwar pula dimasukkan ke hospital danbegitu juga dengan pembantu peribadinya yang cedera tulang pipi. Banyak juga insiden yang kita lihat dalam media alternatif.

Belum dengan kematian seorang peserta BERSIH. Kekalutan di hospital dan penafian demi penafian oleh pihak berkuasa.

Minggu ini dijangkakan pihak polis akan mendedahkan bukti rakaman video yang akan membuktikan tiada kekasaran berlaku dan pihak polis bertindak paling wajar.

Soalnya, benarkah pihak bertindak wajar dan tiada unsur kekasaran dalam tingkah laku mereka?

Perang ini tidak akan habis. Sebaiknya tubuh segera Suruhanjaya di Raja yang betul-betul telus. Heret mereka yang berkaitan ke muka pengadilan. Baik pihak berkuasa mahupunBERSIH. Dan jikaterdapat campurtangan melampau BN/UMNO maka mereka juga harus dipertanggungjawabkan..

Beranikah barisan Najib untuk menubuhkan Suruhanjaya di Raja?

Saling tuding jari tidak akan habis ...





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: