Isnin, 18 Julai 2011

Kalau bukan demo apa lagi Pak Najib?

Saya ingin membantah kenyataan Najib Tun Razak yang berkata bahawa demonstrasi jalanan (Bersih 2.0) di ibu kota baru-baru ini bukanlah jawapan terhadap isu masalah Negara.




Saya ingin menegaskan bahawa kekerasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rakyat yang menyertai Bersih 2.0 juga bukanlah jalan penyelesaian dan ia adalah satu tindakan jenayah.

Jika benar Perdana Menteri berhasrat menyelesaikan masalah negara dengan jujur, mengapa beliau enggan bersemuka dengan rakyat, setidak-tidaknya beliau menerima pelawaan wakil NGO yang mewakili Bersih untuk duduk semeja dan berdebat mengenai mengenai 8 tuntutan dan masalah negara.

Rakyat telah mencuba sedaya upaya untuk menyuarakan teguran melalui pelbagai cara, tetapi gagal.

Bagi rakyat demonstrasi adalah jalan terakhir setelah kerajaan UMNO - Barisan Nasional menyekat suara rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem politik Negara.

Alternatif oleh Perdana Menteri juga boleh disifatkan sebagai janji kosong kerana sehingga kini SPR diperkuda sepenuhnya oleh UMNO-BN untuk terus menguasai kerusi baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.

Pengundi hantu yang boleh diperiksa sendiri oleh rakyat melalui atas talian (laman web SPR) berdasarkan pendedahan blogger pro Pakatan telah menjelaskan dengan sendiri bahawa kerajaan UMNO-BN enggan menanganinya walaupun laporan oleh wakil Pakatan telah dibuat berulang kali.

Kenyataan Media
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong/Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak
Dr Khalil Idham Lim

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: