Selasa, 19 Julai 2011

HOT: Syarikat Pembekalan Gagal Rayuan Terhadap BN

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembekal, Elegant Advisory Sdn Bhd pada Isnin, gagal dalam rayuannya terhadap keputusan mahkamah yang mengenepikan penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) berhubung dakwaan gagal menjelaskan bayaran sebanyak RM218 juta bagi pembekalan barang-barang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.




Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohamad Ariff Md Yusof membuat keputusan itu pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar, dan memerintahkan agar Elegant Advisory selaku plaintif menjelaskan kos RM1,000.

Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili semua defendan dalam saman tersebut juga memberitahu bahawa, mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada Khamis ini untuk pihaknya memfailkan permohonan bagi mengenepikan saman tersebut.

Ini merupakan saman kali kedua Elegant Advisory selepas saman pertama yang berlanjutan ke Mahkamah Rayuan ditolak pada 26 Ogos 2010.

Pada saman baru yang difailkan pada 17 Februari lalu, Elegant Advisory menamakan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah selaku defendan pertama diikuti Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (defendan kedua) dan Pagawai Awam BN selaku defendan ketiga.

Saman tersebut difailkan ekoran defendan didakwa telah gagal menjelaskan invois yang bernilai RM218,013.475 bagi pembekalan barangan semasa PRU ke 11.

Pada 7 Mac lalu, plaintif berjaya memperoleh penghakiman ingkar terhadap defendan, tetapi pada 23 Jun lalu, defendan berjaya dalam permohonanmnya untuk mengenepikan penghakiman tersebut.

Sehubungan itu, plaintif yang diwakili oleh peguam Mohd Nazruddin Abdullah memfailkan rayuan berkenaan.

sumber sini

PBO:

apa komen anda dalam hal ini?




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: