Menurutnya, kenaikan yang dikenakan tidak sepatutnya berlaku kerana sebelum ini peniaga hanya perlu membayar sebanyak RM336 setiap penggal tetapi selepas ini perlu menjelaskan cukai taksiran sebanyak RM729.
“Kami memang tidak puas hati, bagaimana kenaikan sebanyak ini boleh berlaku sedangkan sebelum ini menteri berkaitan pernah mengumumkan bahawa cukai taksiran tidak akan dinaikkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.
Katanya, difahamkan bahawa pihak MBI akan menaikkan jumlah cukai taksiran dengan membuat penilaian semula harta benda bagi kawasan ini.
“Ini menyeksa penduduk kerana kebanyakan lot kedai sedia ada sudah lama dan sebahagian daripadanya tidak lagi beroperasi.
“Kawasan ini agak terpencil dan tidak menjadi tumpuan orang ramai menyebabkan kebanyakan kedai terpaksa ditutup dan hanya dijadikan tempat penyimpan barang sahaja,” katanya.
Tambahnya, terdapat kira-kira 20 hingga 30 kedai telah menerima notis tersebut dan masing-masing tidak berpuas hati kerana kenaikan itu adalah tidak munasabah.
“Kita akan kumpulkan semua penduduk yang menerima notis berkenaan untuk membuat satu bantahan. Kami tak faham bagaimana kenaikan cukai taksiran lebih tinggi berbanding cukai tanah.
“Kenaikan tersebut tidak wajar dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MBI di kawasan ini.
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan