Khamis, 7 Julai 2011

HOT: Ahmad Sarbaini mengaku terima rasuah bulanan

KUALA LUMPUR 7 Julai - Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed didakwa pernah mengaku menerima rasuah antara RM30 hingga RM200 sebulan daripada seorang bernama Ah Seng daripada sebuah syarikat ejen penghantaran Top Mark Shipping.





Ahmad Sarbaini turut mengaku menerima suapan antara RM50 hingga RM100 sebulan daripada seorang lelaki dikenali sebagai Zainal daripada syarikat Shanker Logistic Sdn. Bhd.

Perkara itu diberitahu oleh Ahmad Sarbaini kepada pegawai yang merakamkan percakapannya pada sebelah pagi, 2 April lalu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, di sini.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Unit Siasatan SPRM di sini, Mohamad Fauzi Husin, 46, pada prosiding inkues untuk menyiasat kematian pegawai kastam itu di Mahkamah Koroner hari ini.

Namun begitu, menurut Mohamad Fauzi, Ahmad Sarbaini telah datang semula ke pejabat SPRM itu sehari selepas dibebaskan untuk mengubah kenyataannya.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: