Ahad, 17 Julai 2011

Dr Lo’ Lo’ meninggal?

AMPANG, 17 Julai _ PAS menafikan khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Ghazali meninggal dunia hari ini.

Khabar angin yang bertiup kencang sejak tengahari tadi mengatakan wakil rakyat penggal pertama itu dinafikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama dua naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali pada sidang media di sini.


“Ia hanya khabar angin, ia tidak benar,” kata Hadi.

Sementara itu, The Malaysian Insider yang menghubungi telefon bimbit Lo’ Lo’ (gambar) dan diangkat seorang lelaki dipercayai anaknya juga menafikan perkara itu.

“Beliau (Lo’ Lo’) masih menerima rawatan, masih hidup... khabar angin itu tidak benar,” jawabnya ringkas.

Lo’ Lo’, 54, kini berada dalam keadaan kritikal kerana kanser yang dihadapinya dan kini dirawat di Hospital Selayang.





sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: