Jumaat, 29 Julai 2011

BUMI PERAK: SAH, TV9 pecat Ust Zamri

Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.


Gambar Ustaz Zamri menyertai Himpunan BERSIH 2.0 disebar meluas di internet oleh puak hasad dengki dan tidak boleh menerima kenyataan.“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Apa mahu cakap lagi. Itulah situasi yang perlu dilalui rakyat Malaysia di sebuah negara yang dicengkam oleh pemimpin yang tidak boleh menerima kenyataan orang tidak menyokong mereka. Ustaz Zamri merupakan mangsa kerakusan pemimpin Umno-BN yang tidak boleh menerima kenyataan.

TV9 bakal menanggung akibatnya daripada penonton hasil diperalat oleh pemimpin Umno-BN yang cuba menyekat kebebasan hak memilih dan menyokong sesiapa yang dimahukan. Bagi mereka, hanya penyokong Umno-BN sahaja yang boleh hidup aman di negara ini, selain dari itu harus dipulaukan.

Dilihat, keadaan itu bukan menguntungkan TV9 atau kerajaan jumud BN, bahkan rakyat pasti akan menghukum mereka yang rakus itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada beza dengan apa yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang dipulau oleh musyrikin Quraish kerana memeluk Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka. Namun Islam tetap utuh dan semakin dijulang tinggi.

Semuanya kerana bimbang pengaruh pemimpin sedia ada hilang. Pangkat pun jatuh. Inilah situasi serupa yang cuba digunakan oleh pemimpin Umno-BN terhadap musuh politiknya

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: