Khamis, 21 Julai 2011

Artis ini nafi dera anak tiri

Rebecca anggap penyebar fitnah cuba gugat keharmonian rumah tangganya

SEBOLEH mungkin dia tidak mahu lagi menjawab isu yang satu ini. Bukan tidak mahu bekerjasama ataupun mahu berlagak sombong kepada media, namun jelas pelakon yang sering dikaitkan dengan imej seksi, Rebecca Nur Islam berkata, tidak ada apa yang perlu diulas memandangkan dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang didakwa oleh beberapa pihak, baru-baru ini.




Isu kononnya dia mendera anak-anak tirinya benar-benar membuatkan wanita ini berada di dalam keadaan serba-salah. Jika dia menjawab isu itu, bermakna dia meletakkan dirinya di dalam penilaian masyarakat. Sekiranya dia membuat penafian, pasti akan dikatakan cuba mempertahankan diri.

Andai berdiam diri, dituduh bersalah pula. Namun, tidak mahu khalayak terus membuat tuduhan melulu, sekali gus seolah-olah membenarkan segala tuduhan jika dia terus mengunci mulut, akhirnya Rebecca mengalah juga walaupun terpaksa melanggar arahan suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, supaya tidak memberikan sebarang komen berhubung isu itu.

Sambil menegaskan bahawa penjelasannya itu adalah komen terakhir daripadanya, kata Rebecca, sebagai seorang yang berfikiran waras, tidak mungkin baginya untuk bertindak kejam terhadap dua anak tirinya itu. Malah tegas Rebecca, dakwaan dia seorang ibu tiri kejam ternyata bertentangan dengan sifat semula jadinya yang begitu menyukai dan menyayangi kanak-kanak.


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

bawa mengucap dan berbanyaklah bersabar.tak perlu hidup dengan berpandukan apa orang lain kata,jadikanlah alquran,hadiths dan sunnah nabi saw sebagai kehidupan.secara ini bakat berkarya seni anda akan menyerlah dengan izin allah swt.rebecca nur islam anda mampu membuat paradigma secantik nama anda.saya doakan anda berjaya.