KEPALA BATAS, 11 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun.
Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi.
Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.
"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong.
"Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini.
Ini juga, katanya menzahirkan pemalsuan perjuangan sebenar Umno dalam menegakkan kebenaran dan hukum yang menjadi tuntutan untuk dilaksanakan oleh setiap pimpinan Islam dalam negara ini.
Oleh kerana itu katanya, orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tidak sepatutnya bersekongkol dan menyokong perjuangan yang dibawa oleh Umno, setelah terbukti dengan sahih penolakan pimpinan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama tersebut. (harakahdaily)
0 respon:
Catat Ulasan