MANCHESTER - Bintang bola sepak, Ryan Giggs memberitahu isterinya, Stacey bahawa dia akan meminta bantuan profesional untuk merawat ketagihan seks dalam usaha menyelamatkan rumahtangga mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Giggs, 37, yang bermain untuk kelab Manchester United (MU) menawarkan diri memasuki pusat pemulihan untuk membina semula kehidupan bersama keluarganya.
Menurut akhbar The Sun, Stacey, 32 juga bersetuju untuk cuba menyelamatkan perkahwinan mereka.
Stacey memutuskan untuk setia di sisi Giggs setelah dia membuat pelbagai janji untuk berubah di samping mengakui bahawa dia tidak dapat hidup tanpa isterinya.
Reputasi bersih pemain tengah MU itu lebur selepas hubungan sulit lapan tahun dengan adik iparnya, Natasha dan peserta program realiti televisyen Big Brother, Imogen Thomas terbongkar pada minggu lalu.
Stacey yang memiliki dua anak bersama Giggs memberitahu seorang rakan rapatnya: "Giggs sakit (ketagihan seks) dan dia memerlukan bantuan saya. Selagi dia mengotakan janjinya, perkahwinan kami akan terus bertahan,".
"Suami saya tidak pernah mencintai Imogen dan Natasha ialah seorang pembohong. Keluarga kami akan dapat mengatasi kemelut ini," tambahnya.
Kelmarin, bintang bola sepak itu kelab didakwa menawarkan adiknya, Rhodri wang sebanyak AS$406,942 (RM1.2 juta) supaya dia tidak membuat pendedahan yang memalukan keluarga mereka.
Sementara itu, perkahwinan Rhodri dengan Natasha dilihat tidak akan kembali pulih, terutama selepas akhbar The Sun mendedahkan bahawa Natasha turut tidur dengan bekas pemain pasukan MU seperti Danny Simpson, Phil Bardsley dan Dwight Yorke, selain seorang promoter kelab malam. - kosmo
0 respon:
Catat Ulasan