Jumaat, 10 Jun 2011

Isteri anda pelacur kelas pertama?

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan tindakan menyamakan para isteri dengan 'pelacur kelas pertama', melampau dan menghina Islam.






Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff (gambar) berkata, Islam meletakkan martabat wanita begitu tinggi sehingga Allah menamakan salah satu surah dalam Al-Quran dengan nama An-Nisa' yang bermaksud wanita.

"Islam meletakkan wanita di tempat tinggi. Syurga di bawah tapak kaki ibu.

"Pada saya menyamakan isteri dengan pelacur sangat melampau," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mungulas pandangan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed, yang mendakwa isteri patut melayan suami seperti pelacur kelas pertama.

Menurutnya, ia bagi memastikan suami tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Mengulas lanjut Siti Zailah berkata, pelacur yang secara jelas melakukan maksiat dan dosa besar, sesekali tidak boleh dijadikan contoh atau perumpamaan dalam apa juga aspek.

"Walaupun dia (Rohaya) berniat baik, tetapi ambil contoh idola pelacur amat salah. Semacam isteri ini taraf rendah hanya hidangan untuk suami.

"Isteri perlu diberi penghormatan, pelacur tiada penghormatan," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Islam mengajar suami dan isteri saling menghormati dan menjaga tanggungjawab masing-masing.

Lebih buruk katanya, pandangan Kelab Isteri Taat itu juga boleh memberi kefahaman salah kepada masyarakat bukan Islam.

"Mereka mungkin faham bahawa Islam meletakkan taraf rendah dan anggap isteri mereka setaraf pelacur," katanya.(harakahdaily)


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

kesian dia. niat baik cuma contoh tak betul. Hati-hati bila nak buat tamsil. Yelah umpamanya kita kerap dibisikkan bahawa cili tu pedas, namun berapa ramai yang pernah mengunyahnya bulat-bulat. Ini pula pelacur, hisss ... tak dapat bayangkan ... .

Tanpa Nama berkata...

Kelab 'isteri taat' tu ditubuh oleh bekas org2 arqam, jadi tak pelik mana mereka merapu dalam bercakap. Mereka tak faham tentang keistimewaan dan keberkatan seorang wanita bergelar isteri. Mgkn mereka ada mental problem..