Isnin, 9 Mei 2011

PDRM disaman RM300,000

KOTA BHARU – Seorang pemuda memfailkan saman menuntut ganti rugi teladan sebanyak RM300,000 terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia selepas mendakwa ditampar beberapa kali oleh seorang anggota keselamatan itu ketika dalam satu siasatan di Balai Polis Tumpat pada Oktober 2009.








Muhammad Syahir Yusoff, 20, memfailkan writ saman itu sambil ditemani peguamnya, Shaharuddin Mohamed di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3 petang semalam yang turut menuntut ganti rugi kecederaan yang akan ditafsirkan mahkamah.

Dalam tuntutan yang dibuat, Muhammad Syahir menamakan ‘anggota polis yang tidak diketahui namanya’ sebagai defendan pertama manakala Ketua Polis Daerah Tumpat dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga. (kosmo)


sumber sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: