Jumaat, 27 Mei 2011

MENARIK: Peugeot EX1 pecah rekod di Litar Nrburgring-Nordschleife

Kereta elektrik konsep Peugeot EX1 berjaya mencipta rekod baru kelajuan sepusingan di litar Nrburgring-Nordschleife, Jerman dalam tempoh 9 minit 1.338 saat, pada kelajuan purata 138.324 kilometer per jam (km/j).








Rekod tersebut disahkan secara rasmi oleh WIGE Performance, penjaga masa rasmi untuk litar Nordschleife sekali gus memadamkan rekod lama kelajuan kereta elektrik MINI E yang pernah dilakukan di litar itu pada tahun lalu, dengan catatan masa 9 minit 51.45 saat.

Walaupun Peugeot EX1 masih sebuah kereta konsep, ianya bukan diperbuat dari tanah liat seperti kebanyakan kereta konsep di Auto Show.

Kereta elektrik konsep itu dipandu oleh Stphane Caillet, melalui jarak sepusingan sejauh 20.832 kilometer. Litar Nordschleife merupakan yang terpanjang di dunia, diakui sebagai salah satu litar paling sukar dan pernah menjadi litar utama untuk Grand Prix Jerman sehingga pertengahan 1970-an.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: