Blogger Cucumatkilau tawarkan diri mahu bertanding
Belum pun ada pengumuman rasmi bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke-13 bakal berlangsung, namun politik Pahang dihebohkan dengan kenyataan rasmi Blogger Cucumatkilau yang menawarkan diri untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya itu nanti.
Kenyataan yang dibuat bersempena dengan hari ulangtahun beliau ke-40 itu sungguh mengejutkan, kerana inilah kali pertama seorang rakyat Malaysia berbuat demikian.
Umum mengetahui, kebiasaannya calon-calon parti bertanding baik pembangkang mahu pun kerajaan, hanya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti terbabit beberapa hari menjelangnya Hari Pencalonan.
Namun, apa yang diumumkan oleh blogger terbabit adalah sesuatu yang diluar jangkaan sama sekali.
Apakah motif dan tindakan tersebut, masih sukar untuk difahami. Namun bagi Cucumatkilau (CMK) keputusan yang beliau buat itu adalah atas kerelaan dan keikhlasan hati serta tiada paksaan daripada mana-mana pihak.
"CMK mahu bersuara membela rakyat secara lebih agreasif lagi. Jalan terbaik ialah menawarkan diri walau pun CMK kini tidak berparti sebenarnya. Ada yang mengatakan CMK gila kuasa dan memilih jalan yang salah untuk meneruskan perjuangan.
Tapi mereka juga harus ingat, akibat tidak memaklumkan keputusan mahu menawarkan diri sejak dari awal lagilah akhirnya nama CMK tercicir dalam senarai calon Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan 2010 yang lalu.
CMK dipersalahkan oleh pimpinan tertinggi PKR Pahang, kerana tidak memaklumkan secara rasmi hasrat tersebut. Sedangkan CMK sudah mewar-warkannya di dalam Facebook dan blog CMK sendiri.
Mungkin kesilapan itu menyebabkan CMK akhirnya gagal untuk membantu memperkasakan "Media Baru" parti secara lebih praktikal lagi. Lantaran itu juga, CMK tidak mahu melakukan kesilapan buat kali yang kedua", kata satu kenyataan beliau dalam blog peribadinya.
Soalnya sekarang, ramai yang tertanya-tanya beliau mahu bertanding atas tiket parti apa?. Umum mengetahui blogger terbabit pernah bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi DUN Kemayan (foto) pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu.
Bahkan pada tahun 2004 (PRU-11) juga beliau pernah diwar-warkan sebagai calon PKR DUN Lepar, tetapi dikeluarkan selepas berlaku krisis Keadilan Bahagian Paya Besar ketika itu.
Paling mengejutkan beliau juga telah mengumumkan pengundurannya dari PKR pada bulan Februari 2011 yang lalu atas hasrat untuk menjadi aktivis bebas. Kini beliau bergerak aktif sebagai aktivis dan sering terlibat dalam program rakyat seperti isu bantahan Lynas dan banyak lagi. Ramai yang menjangkakan beliau keluar PKR dan akan sertai UMNO ketika itu.
Namun jangkaan itu meleset dan beliau lebih agreasif dalam menjuarai isu-isu rakyat. Terbaru beliau kabarnya akan melancarkan blog anti Lynas awal Jun ini. Maka itu, ramai yang tertanya-tanya atas tiket parti apakah beliau akan bertanding pada PRU-13 ini.
Daripada maklumat dalaman yang dikenal pasti blogger terbabit juga telah menyenaraikan beberapa DUN yang menjadi pilihannya iaitu DUN Chenor, DUN Kuala Sentul, DUN Pulau Tawar dan DUN Semambu. Tidak pula diperolehi maklumat beliau mahu kekal di DUN Kemayan yang ditandingi pada PRU-12 lalu.
Sebelum ini beliau juga ada menyatakan hasrat untuk menentang PM Najib azak di Parlimen Pekan. Namun, persoalannya apakah hasratn
1 respon:
kalau tak jadi 11.11.11 buat pilihanraya suruh Najib tunggu 12.12.12 buat....
Catat Ulasan