Sabtu, 7 Mei 2011

Lagi artis didakwa cabul pelajar

SELAYANG: Pelakon veteran yang popular di era tahun 70-an, Mokhtaruddin Mohd Said, 56, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun di asrama pusat perlindungan yang diasaskannya, enam hari lalu.







Mokhtaruddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Najib Ismail.

Mengikut pertuduhan, pengasas Pondok Penyayang Raudah (PPR) itu didakwa secara jenayah mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dengan mencium
pipi dan memeluk pinggang mangsa tanpa kerelaannya di asrama itu di No 336, Batu 11, Gombak di sini pada jam 2.30 petang, 1 Mei 2011.

Difahamkan mangsa yang turut menginap di asrama berkenaan membuat laporan polis pada 2 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana
dua daripadanya jika sabit kesalahan.


sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: