Khamis, 5 Mei 2011

Isu permit Utusan Rakyat: Tukar la Utusan 1Malaysia, baru lulus beb hahhahaha

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak penggunaan perkataan ‘rakyat’ bagi akhbar harian Utusan Rakyat.








Dalam mesyuarat yang berlangsung selama 15 minit bersama Bahagian Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, setiausahanya, Abd Aziz Md Nor berkata, perkataan tersebut
dikhuatiri mengelirukan rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang juga salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Utusan Rakyat berkata, akhbar tersebut tidak
berpihak kepada mana-mana parti politik.

“Kami telah membuat ketetapan untuk terus menggunakan perkataan ‘rakyat’ kerana ia adalah nadi akhbar ini. Ia mengupas isu serta masalah rakyat, sudah
pasti perkataan ‘rakyat’ wajar digunakan.

“Kami kecewa kerana pada mesyuarat kali ketiga bersama KDN ini mereka masih memberikan jawapan yang serupa tanpa sebarang alasan yang kukuh,” katanya pada
sidang media yang turut disertai Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari, yang juga ketua pengarang akhbar tersebut.

Nurul Izzah berkata, akhbar tersebut akan segera diterbitkan sekiranya KDN meluluskan permit penerbitannya.

Sementara itu Hata Wahari berkata, beliau menjelaskan kepada kementerian bahawa nama itu mewakili ‘jiwa’ penerbitan itu yang berniat mengetengahkan peranannya
yang prorakyat.

“Perkataan ‘rakyat’ itu adalah roh dan nadi akhbar ini. Tanpa perkataan itu, tiadalah makna kita memulakan akhbar ini. Kami juga yakin akhbar ini diterima
masyarakat sebagai salah satu wadah bacaan tentang polemik sosial serta hiburan,” katanya.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: