Semuanya kerana dia tiba lewat ke tempat ditujui selepas mengambil sedikit masa singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Rosli Awang, 49, yang tinggal di Kampung Cerana Putih, Taboh Naning, di sini berkata, kejadian itu ternyata mengecewakannya.
Dia yang juga merupakan seorang pesara tentera tidak menyangka menerima hukuman sedemikian selepas mula berkerja di syarikat terbabit kira-kira tiga minggu lalu.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu, dia memandu lori keluar dari tempat kerjanya di Jalan Lendu, Rumbia untuk menghantar simen konkrit ke Taman Paya Rumput Permai.
“Kerana sudah masuk waktu solat, saya singgah di Masjid Jamek Kampung Paya Rumput sekejap untuk solat Zohor. Ketika itu saya nampak seorang rakan saya memandu lori di belakang sudah memintas lori saya dan menuju ke tempat diarahkan.
“Selesai solat, saya terus sambung kerja menghantar simen konkrit ke tempat diarahkan. Semasa saya menurunkan simen konkrit dari lori, rakan saya itu sudah bersiap sedia hendak bergerak menuju ke tempat kerja semula,” katanya.
Menurutnya, majikannya kemudian menghubunginya bertanya mengapa lewat, sedangkan sudah bergerak awal dari rakannya itu.
“Semasa saya beri penjelasan, dengan marah dia terus putuskan talian telefon. Sampai semula di tempat kerja, majikan memanggil saya ke dalam bilik pejabat,” katanya.
Rosli berkata, dia terkejut apabila majikannya mengarahkan dia membasuh lori berkenaan dan meletakkan ke parkir, sedangkan tugasan masih belum selesai.
“Majikan saya kata, dia tidak suka pekerja ingkar dan menganggap pergi solat sebagai membuang masa. Kemudian dia mengarahkan saya balik rumah dan tidak perlu datang kerja lagi,” katanya.
Berikutan tindakan itu, Rosli membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat, di sini.
Dia turut bercadang membawa perkara itu kepada Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Melaka sebelum dirujuk ke Jabatan Buruh Negeri. (SH)
1 respon:
Bro
Aku yang non muslim ne pun rasa marah bila baca entry ne...adakh patut dia kata solat membuang masa!!!
Kalau ada orang non muslim buli orang muslim yang nak solat kat tempat saya ne...kalau dapat kat aku abeslah aku tolong tampar2kan kepala dia
Catat Ulasan