PBO tak berapa faham dengan kenyataan bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang. Siapa lagi kalau bukan Aminah Abdullah .. suruh pertahankan maruah ke suruh minta cerai?
Korang baca sendiri dan buat penilaian atas kenyataan dia. Yang PBO boleh cakap, PBO respek Wan Azizah atas ketabahan dia. PBO kata, semoga pahala yang besar untuk Wan Azizah atas kesetiaan dan kasih sayang dia kepada Anwar.
terus membaca ...
KUALA LUMPUR - Pelbagai laporan buruk mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan rasa simpati ramai pihak kepada isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Wan Azizah sebenarnya tidak perlu terus bertahan dan menghadapi tekanan disebabkan masalah suaminya, sebaliknya beliau perlu mempertahankan maruah dirinya terlebih dahulu.
“Sepatutnya, jika benda itu (tuduhan liwat dan video seks) betul, dia tak perlu bertahan. Suami boleh dicari, tapi maruah kita sebagai seorang wanita lebih perlu dijaga.
“Saya amat kasihan dan sedih dengan apa berlaku pada diri dia (Wan Azizah). Tapi hanya dia yang tahu segalanya. Dia sendiri patut bela diri. Ini kerana ramai menganggapnya sebagai boneka kepada Anwar,” katanya.
Aminah berkata, antara alasan Presiden PKR itu bertahan adalah bagi menjaga maruah diri dan keluarga serta melindungi kepentingan politik sesetengah pihak.
Jelasnya, Wan Azizah sebenarnya adalah ‘petunjuk’ kepada pihak tertentu selama mana mereka perlu terus menyokong Ketua Umum PKR itu.
“Orang dalam PKR dan Pas tahu, (kebenaran di sebalik tuduhan liwat dan video seks). Tapi mereka tak boleh cakap apa-apa kerana takut Pakatan akan hancur. Wan Azizah bertahan, mereka bertahan. Sebab Pakatan, mereka terpaksa akur.
“Sebenarnya ramai orang kesian dengan dia (Wan Azizah) tapi ada juga yang tanya kenapa dia nak pertahan sangat (Anwar),” katanya.
Wan Azizah, 58, dilihat sentiasa berada di sisi Anwar walaupun suaminya menghadapi pelbagai tuduhan, termasuk tuduhan meliwat, yang terbaru bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pendedahan video seks yang dikatakan mirip suaminya.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Dr Lo’Lo Mohd Ghazali pula menganggap Wan Azizah dikurniakan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi pancaroba kehidupan yang disebabkan oleh Anwar.
“Sebagai seorang wanita mukmin, Wan Azizah sangat tawaduk dan selalu bertawakal kepada Allah. Beliau sentiasa berzikir. Malah, rantai tangan putih yang selalu dipakainya adalah digunakan untuk berzikir,” kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu.
Meskipun menghadapi pelbagai tohmahan kerana kekal menyokong Anwar, Dr Lo’Lo’ berkata Wan Azizah dikurniakan ketenangan luar biasa hasil amalan solat tahajud.
Bagi Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berpendapat, tidak timbul soal Wan Azizah menghadapi tekanan kerana masalah yang dihadapi Anwar kerana beliau yang memilih untuk berbuat demikian. - Bernama (SH)
tabik ngan kak wan, susah nak cari wanita sekental n berjiwa besar seperti ini, beruntung Anwar walaupun teruk dihentam, tp dikurniakan Allah seorg istri solehah, maha adil Allah swt
3 respon:
tabik ngan kak wan, susah nak cari wanita sekental n berjiwa besar seperti ini, beruntung Anwar walaupun teruk dihentam, tp dikurniakan Allah seorg istri solehah, maha adil Allah swt
tak mcm rosmah.. isteri yg tolehah.. sesat & menyesatkan org lain termasuklah suami sendiri
Kiasan apa ni? Ke dia nak ganti tempat Kak Wan?
Kalu aku jadi laki si minah ni dah lama aku talak 3.
Nak banding dia dgn Kak Wan selisih palis mcm langit ngan bumi pun bukan tandingan.
Kak Wan isteri solehah. Ko pompuan apa?
Belot ni hukum apa?
Catat Ulasan