Malaysia syurga bagi mereka yang mencari rezeki melalui memperdagangkan tubuh. Hukuman yang lebih keras wajar dikenakan kepada pelanggan dan semua yang terlibat dalam aktiviti pelacuran. PBOmerasakan undang-undang berkaitan perlu dikaji semla.
Ikuti berita berikut:
KUALA LUMPUR - Macam-macam taktik pelacur warga asing yang tidak pernah serik mencari pelanggan di sekitar medan selera di Jalan Pudu di sini apabila mereka kini tampil dengan gaya tidak memakai coli dan seluar dalam ketika mencari pelanggan.
Pelacur warga asing yang terdiri daripada kalangan warga China, warga Myanmar dan Indonesia itu dengan berpakaian seksi akan memberi kesempatan kepada pelanggan yang dihampiri menyentuh bahagian sulit mereka sebelum pelanggan itu ditarik ke hotel-hotel bajet di sekitar Jalan Pudu.
Rahsia pergerakan pelacur yang berumur belasan dan bawah 40-an itu terbongkar apabila polis menyerbu kawasan sekitar di sebuah hotel bajet di sini pada pukul 11.45 pagi semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, polis menahan 40 wanita melibatkan 34 warga China, Myanmar (5) dan Indonesia (1).
Kesemua pelacur yang ditahan itu sedang berpeleseran di sekitar hotel itu untuk mencari pelanggan. (kosmo)
===
Polis temui ratusan kondom selepas berkas 40 wanita warga asing
KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada 40 wanita warga asing yang hanya berseluar dalam dan coli dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran waktu siang hari
melarikan diri selepas sepasukan polis melakukan serbuan di medan selera sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini, awal pagi semalam.
Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, (D7) Bukit Aman pada jam 11.45 pagi itu dilakukan selepas melakukan pemantauan sebaik
menerima aduan mengenai kegiatan pelacuran yang dilakukan wanita terbabit.
Information33183
Bagaimanapun, usaha wanita warga asing terbabit yang bertindak demikian bagi mengelak ditahan gagal apabila polis melakukan pemeriksaan dari bilik ke bilik.
Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar, berkata polis berjaya menemui semua wanita terbabit terdiri daripada 34 warga
China, lima wanita warga Myanmar dan seorang wanita Indonesia berumur antara 24 hingga 40 tahun ketika menyembunyikan diri di bilik hotel berkenaan.
“Polis turut menahan dua lelaki dipercayai pelanggan yang turut menyembunyikan diri bersama wanita terbabit. Polis juga menjumpai ratusan kondom dipercayai
digunakan dalam aktiviti terbabit,” katanya di sini, semalam.
Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, katanya modus operandi wanita terbabit ialah menjadikan lelaki warga emas dan asing yang mengunjungi medan selera
sebagai sasaran mereka.
“Mereka yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan pada siang hari itu mengenakan bayaran antara RM100 hingga RM150 kepada warga emas dan asing yang
kerap mengunjungi lokasi berkenaan antara jam 9 pagi hingga 3 petang.
“Siasatan mendapati mereka yang menjalankan kegiatan pelacuran itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial secara berulang-kali,” katanya.
Beliau berkata, sepanjang tahun ini, sebanyak 10 operasi dilakukan membabitkan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kuala Lumpur dan Bukit Aman, namun aktiviti tidak bermoral ini masih berterusan dengan pengusahanya mengubah taktik menjalankan kegiatan itu pada waktu
siang.
Sehubungan itu, katanya polis akan terus melakukan pemantauan di lokasi sama bagi mengekang aktiviti tidak sihat ini.
“Semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Akta Imigresen,” katanya. (berita harian)
0 respon:
Catat Ulasan