KUALA LUMPUR 26 Mei - Malaysia memberi tentangan hebat kepada Korea Selatan sebelum kalah 2-3 pada suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman di Qingdao,
China.
Pasukan negara mengutip dua mata menerusi perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei dan pasangan serpihan, Tan Boon Heong-Hoon Thien How dalam beregu lelaki,
namun gagal mencari satu mata yang diperlukan dalam perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran.
Malaysia ketinggalan 0-1 selepas gandingan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty tunduk 17-21, 17-21 kepada pasangan No. 8 dunia, Ko Sung Hyun-Ha Jung Eun dalam acara
beregu campuran, namun menyamakan kedudukan 1-1 hasil kemenangan 21-18. 21-14
yang dicatat Chong Wei ke atas Park Sung Hwan.
Boon Heong-Thien How membentuk gandingan yang baik apabila mengejutkan pasangan No. 2 dunia, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae 21-15, 14-21, 21-14 untuk kedudukan
2-1.
Begitupun satu saja mata yang diperlukan daripada dua baki permainan tidak menjadi apabila Tee Jing Yi kalah mudah 11-21, 11-21 kepada Bae Youn Joo dan
beregu senior, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui tumpas 21-19, 16-21, 10-21 di tangan Ko Sung Hyun-Ha Jung Eun. - Utusan
1 respon:
ternyata masalah utama adalah terlalu tertumpu kepada pemain utama dalam skuad elit. perlu segera sediakan pelapis yang mantap dengan segera.
Catat Ulasan