Khamis, 26 Mei 2011

Analisis: BN atau PR yang sukar pada PRU13?

SHAH ALAM – Corak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara tumpuan utama penilaian pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan layak memerintah negara.





Faktor itu menjadi sebahagian keseluruhan lapan faktor utama dirumuskan Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian untuk menilai kecenderungan dan pertimbangan pengundi dalam menentukan masa depan negara selepas PRU-13 yang dijangka akan diadakan tahun depan.

Tujuh lagi isu lain ialah kenaikan harga barang, pendakwaan kes liwat dan video seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kematian Teoh Beng Hock dan rasuah.

Turut menjadi penilaian pengundi ialah kadar jenayah, agama dan konsep 1Malaysia.

Dr Sivamurugan berkata, kesemua isu diketengahkan perlu ditangani segera oleh Kerajaan Pusat memandangkan ia tumpuan rakyat yang mahukan jawapan mutakhir.

“Sama ada isu itu benar atau salah, apa yang penting sejauh mana kepercayaan dibina daripada isu tersebut sehingga mempengaruhi pola pengundian. Mungkin ada isu tidak benar tetapi lebih d manipulasi sehingga melahirkan kepercayaan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Pusat juga perlu menunaikan janji manifesto sebelum ini dan juga kerangka besar dasar kerajaan seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Ekonomi Baru (MEB), 1Malaysia serta Rancangan Malaysia ke-10.

“Tidak semua rakyat tahu apa itu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tetapi apa yang ingin dilihat rakyat adalah hasil dan keputusan daripada dasar tersebut,” katanya.

Sivamurugan berkata, isu rasuah juga memainkan peranan penting kerana rakyat ingin melihat bagaimana keadilan diberikan, adakah hanya menjurus kepada ‘ikan bilis’ sahaja atau turut melibatkan ‘ikan jerung’.

Namun hari ini, beliau melihat pendekatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu drastik bagi membolehkan sesiapa sahaja yang terlibat, dihukum walaupun proses keadilan itu memakan masa untuk mencari, bukti, saksi dan sebagainya.

“Manakala penurunan kadar jenayah berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kebelakangan ini boleh menjuruskan sokongan rakyat kepada parti Kerajaan Pusat,” katanya.

Sivamurugan berkata, isu agama tidak kurang hebatnya di mana isu kalimah Allah, isu kuil di Selangor, judi, arak dan terbaru isu Kristian sebagai agama rasmi Malaysia mampu mempengaruhi pengundi ketika memangkah nanti.

Menurutnya, kesemua kelompok pengundi penting dan masing-masing boleh menjadi ‘kingmaker’ bergantung kepada komposisi kependudukan di kawasan setempat.

“Trend pengundian juga berbeza-beza kerana ada pengundi yang akan terpengaruh dengan isu nasional manakala ada pengundi yang ketara sokongannya berdasarkan isu setempat.

“Maksudnya kalau calonnya betul, cara berkempennya betul, sudah pasti masyarakat setempat akan melihat itu sebagai antara faktor penarik dalam pengundian mereka katanya. Sinar Harian)

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: