Khamis, 28 April 2011

RCI sekongkol dengan SPRM, dakwa adik Teoh - Malaysiakini

Prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian pembantu politik yang ditangguhkan secara tiba-tiba mungkin 'plot' bagi memastikan kenyataan
saksi adalah 'konsisten'.









Adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata beliau mengesyaki keputusan suruhanjaya itu untuk menangguhkan prosiding kepada minggu depan adalah percubaan adalah
menutup kepincangan saksi Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONE
Semalam, penolong penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin mengakui bahawa ada arahan supaya tidak menceritakan peranan ketuanya, Hishamuddin Hashim, dalam
siasatan berhubung salah guna dana kerajaan negeri.

Menurut Azeem arahan yang diberikan mereka adalah “supaya semua kenyataan kepada polis dan juga semasa memberi pengakuan (semasa inkues dan juga RCI) mesti
selaras.”

“Saya lihat tidak ada sesiapa pun dalam SPRM yang bercakap benar, (ini) amat jelas. Jika tidak ada sesiapa melakukan pembunuhan, tidak perlu tutup. Ini
amat jelas semasa inkues juga,” kata Lee Lan kepada wartawan selepas prosiding ditangguhkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Malah wartawan yang meliputi prosiding RCI sejak ia bermula pada 14 Februari lalu juga tidak dimaklumkan mengenai perubahaan jadualnya sehingga pagi ini.


sumber sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: