Khamis, 14 April 2011

BN kata boleh menang jika bubar DUN Perak hari ni

1. PBO kata bubar jangan tak bubar. Bubar esok kalau ada telur.

2. Jangan cakap saja. Buktikan dengan kata-kata.

3. Menang dengan cara tidak terhormat apa kes. Buat malu kampung je. Anwar pun sama kalau menang dengan cara macam tu.

4. Bakal menang melalui analisa yang di buat. Kalau betul "jantan" menang cara elok la. Jangan diperkuda semua agensi dan guna taktik kotor. Biar padang sama rata. Mesti tak berani sebab dah tahu tak akan menang.

5. Baca petikan kat bawah:








Barisan Nasional percaya ia mampu mengekalkan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan menang 34 kerusi jika DUN dibubarkan hari ini.

ADUN Lenggong, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), ketika membentangkan usul terima kasih titah diraja, berkata BN telah “menjalankan analisisnya sendiri” dan jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, prestasi BN Perak akan lebih baik daripada 2008.

Dalam pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang 27 daripada 34 kerusi yang ditandinginya, manakala MCA menang ia satu kerusi, menyebabkan ia gagal mendapat majoriti mudah di DUN Perak.

Parti pembangkang DAP pula menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR menang tujuh kerusi dan PAS menang enam kerusi. Berikutan itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) menjadi menteri besar Perak.

Bagaimanapun, tiga ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti mereka menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, dan sekaligus mencetuskan krisis perlembagaan di negeri tersebut.

Kerajaan negeri Pakatan kemudiannya digulingkan dan diambilalih oleh BN yang melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.

Mengulas rungutan pembangkang terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri itu, Tajol Rosli mengkritik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya pernah merancang satu rampasan kuasa pada 16 September 2008.

Memetik satu pepatah Melayu, bekas menteri besar Perak itu berkata “jangan jadi ketam yang mahu ajar orang orang lain berjalan lurus”, katanya kepada ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, yang mencelah semasa ucapannya.

Tajol Rosli juga mengingatkan pembangkang supaya berhenti membangkitkan isu berhubung peralihan kuasa di Perak dan menuduh mereka merampas negeri itu.

Ngeh , bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau menentang rancangan 16 September, dengan berkata: “Saya menentangnya kerana saya percaya pada demokrasi dan pilihan rakyat.”

*ihsan malaysiakini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: