Khamis, 14 April 2011

Bali diserang ulat bulu

Sejumlah ulat bulu yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit menyerang Pulau Bali, Indonesia, kata seorang pegawai semalam.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pelancong yang terkena serangan ulat tersebut.









Ketua sebuah agensi pertanian di Bali, Made Putra Suryawan berkata, ulat bulu itu pada mulanya menyerang sebuah kampung pada Jumaat lalu dan ia kini menyerang enam buah daerah termasuk bandar Denpasar.

"Situasi kini berada dalam keadaan terkawal. Sejak Jumaat lalu, para pekerja telah menyembur ubat racun serangga dan membakar sampah di kawasan yang terjejas bagi menghalang penyebaran serangan haiwan itu," katanya.

Ribuan ulat bulu dilaporkan menyerang sebahagian wilayah di Pulau Jawa sejak dua minggu lalu.

Haiwan itu didapati menyerang ladang buah-buahan dan menceroboh kawasan penduduk. - AFP

PBO: Allah memberi pengajaran kepada kita agar berbuat kebaikan. Mungkin ini ujian bagi manusia sedar akan kesalahan ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: