Perkara itu didedahkan Naib Ketua Penerangan Pemuda PKR Rozan Azen Mat Rasip yang membuat laporan pada 5 April lalu apabila beberapa penulis blog memuatkan sebahagian video klip itu di internet.
Rozan memberitahu Malaysiakini, beliau turut dipanggil di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya untuk memberikan kenyataan bagi membantu siasatan esok.
Beliau sebelum ini menamakan blog mesra BN www.papagomo.com and www.pisau.net dan pengguna YouTube thepowercam dalam laporannya.
Video hitam putih kurang dua minit itu bocor pada 4 April lalu dan dikeluarkan daripada YouTube tidak lama selepas itu.
Ia bagaimanapun masih terdapat dalam laman www.papagomo.com dan dimuatkan kembali oleh beberapa pengguna Youtube yang lain. (tvsnews)
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan