Ahad, 27 Mac 2011

Kerajaan Akan Terus Laksana Temu Duga Terbuka Untuk Guru

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kerajaan akan terus melaksanakan temu duga secara terbuka kepada mereka yang berminat menjadi guru.






Langkah itu katanya, selaras dengan kuota guru 30-30-40 bagi Sabah-Sarawak-Semenanjung yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.

Kementerian ini komited dalam memastikan kuota itu dipenuhi, yang mana turut membolehkan guru bekerja di negeri sendiri, katanya selepas majlis perjumpaan dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Likas, di sini Sabtu.

Mohd Puad berkata kementerian itu juga memahami kesukaran guru dari Sabah dan Sarawak untuk bekerja jauh dari kampung halaman.

"Kami akan pastikan mereka mengajar di negeri sendiri, walaupun ini akan mengambil masa," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga berusaha menghasilkan guru berkualiti termasuk untuk sekolah di luar bandar.

sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: