- Kau orang sedar ke tidak, usaha tidak pernah jemu oleh gerombolan walaun untuk menjahanamkan kerajaan perpaduan DS Anwar tidak pernah luntur
- Perjalanan masih panjang dan berliku. Masih banyak strategi yang akan diguna pakai pemimpin-pemimpin walaun.
- Cuba tendang Zahid dari menjadi presiden UMNO melalui proxy mesra walaun masih diteruskan.
- Walaupun PAU2022 telah memutuskan tiada pertandingan jawatan no 1 dan no 2, namun usaha dari dalam untuk membatalkan usul tersebut masih diteruskan.
- Dahulu, 22 bulan kerajaan PH bertahan. Kini usia kerajaan DS Anwar baru masuk 2 bulan. Masih banyak lagi 'peluru' yang akan digunakan sehinggalah kerajaan yang sah ini tumbang. Kau orang ingat pemimpin walaun terus diam diri?
- Dengan penuh bongkak, pemimpin walaun terus berusaha menebuk atap. Bukan lagi sembunyi-sembunyi. Dulu pun pemimpin walaun mengaku menjadi dalang kejatuhan kerajaan PH.
- Dalam pertarungan, sama ada kamu menyerang atau kamu mati diserang. Tak kan nak biar perkara sama berlaku kepada kerajaan sekarang?
- Cuma nak tanya, apa yang team PH buat untuk menyelamatkan kerajaan sedia ada?
- Mana perginya counter attack, tak kan dah dekat nak mampus baru nak bertindak? Mau kena heart attack.
- 22 bulan atau habis penggal?
Jumaat, 27 Januari 2023
Jumaat, 6 Januari 2023
Dari krisis Sabah, kerajaan Anwar juga akan "terbakar"
- Kes covid-19 yang berlaku sehingga ada PKP, bermula dari PRN Sabah
- Masa itu, TS Muhyiddin jadi PM.
- Itu dulu, dan kemelut itu kini berulang.
- Apabila UMNO dan BN menarik sokongan pada Hajiji, kerajaan Sabah tumbang. Aku berpanangan, game sudah bermula.
- Kebetulan isu langkah London juga kedengaran.
- Apakah ini "trial" untuk tumbangkan kerajaan Anwar?
- Jaga-jaga! pembangkang tak akan puas hati selagi kerajaan yang sudah mendapat keabsahan di parlimen ditumbangkan.
- PAS, Bersatu dan beberapa kelompok lagi akan berusaha habis-habisan untuk menebuk atap sekali lagi.
- Kalau tak bijak, percikan api akan menyambar rumah dan hangus.
Jumaat, 16 Disember 2022
Tanah runtuh: 69 orang dikhuatiri tertimbus di tapak perkhemahan Batang Kali
- KUALA LUMPUR: Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
- Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
- "Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran 'Father Organic Farm' dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.
- "Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.
- "Maklumat awal daripada pihak polis mendapati, terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
- Bagaimanapun, Norazam berkata, setakat jam 5.30 pagi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat.
- "Pasukan unit K9 dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas turut digerakkan ke lokasi kejadian.
- "Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turun telah diaktifkan untuk penyelamatan mangsa yang masih terperangkap," ujarnya. -astro awani.
Khamis, 15 Disember 2022
SOSMA: Bermula krisis dan prinsip dalam kerajaan perpaduan
- Berbeza pandangan itu biasa, malah meraikan perbezaan itu perlu.
- Namun apakah keikhlasan untuk menerima perbezaan itu bakal mengadai prinsip perjuangan?
- SOSMA, UUEC, dan beribu-ribu lagi bom jangka menanti untuk meletus.
- Jika tidak ditangani dengan baik, banyak kemungkinan boleh berlaku.
- Aku telusuri tik tok sekali sekali.
- Tengok ulasan pemimpin UMNO.
- Masalah 1MDB tak selesai lagi. Menuntut keadilan.
- Itu satu masalah antara BN dan PH.
- Bolehkah terus bertahan.
- Atau mereka membuka ruang untuk PN menyerang?
Selasa, 13 Disember 2022
Enam ujian getir menanti Anwar, jika tidak .. tumbang!
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepasi enam ‘ujian’ untuk memastikan kerajaan campuran yang dipimpinnya dapat dipertahankan.
- Ujian pertama Anwar adalah memilih Yang Dipertuan Dewan Rakyat baharu pada 19 Disember ini.
- Anwar kemudian akan berhadapan dengan undi percaya yang akan dibuat ke atas beliau pada 20 Disember.
- Perhimpunan Agung UMNO pada 11 hingga 14 Januari depan juga akan menjadi satu ujian terhadap Anwar apabila pemilihan parti itu berlangsung.
- Anwar juga berhadapan dengan ujian terhadap undi Usul Terima Kasih di Parlimen atas Titah Ucapan Diraja pada Pembukaan Parlimen.
- Undi kelulusan Bajet 2023 juga akan menjadi ujian terhadap Anwar sama ada beliau diterima sebagai perdana menteri atau tidak.
- Ujian terakhir pilihan raya umum di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
- Perikatan Nasional (PN) akan melakukan apa sahaja untuk meraih keuntungan di enam pilihan raya itu bagi menggulingkan kerajaan yang diterajui Anwar.
Parti AMANAH bakal terkubur?
- AMANAH menang 8 kerusi dari 54 kerusi yang mereka tandingi.
- Tokoh seperti Khalid Samad, Mujahid dan beberapa tokoh lagi dalam AMANAH tumbang.
- Biarpun kalah menang dalam sesuatu PRU itu perkara biasa, jangan dipandang enteng kekalahan itu.
- Mudah untuk beri alasan, PAS mainkan isu kaum dan agama.
- Tetapi lebih sukar untuk mencipta kemenangan.
- Sehingga kini, PH masih belum dapat menangkis serangan PAS melalui permainan isu kaum dan agama.
- Apa AMANAH perlu buat?
- Dari lapan mampukah kerusi AMANAH bertambah atau terus berkurang pada PRU 16?
Isnin, 12 Disember 2022
Gaji dan elaun ahli parlimen memang melampau!
- BANYAK warganet mengulas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh mengenai bebanan kewangan yang kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen (gaji) dan pencen kepada penjawat awam.
- Antara komen warganet yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini: “Bayaran pencen yang paling membebankan kerajaan sebenarnya ialah kepada ahli politik, iaitu lebih tinggi elaun daripada gaji!”
- Elaun ini khususnya untuk jawatan Perdana Menteri, timbalan perdana menteri, menteri besar, ketua menteri, menteri, Exco, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Sepatutnya mereka bukan penjawat awam dan hilang kelayakan daripada menerima skim pencen kerana hanya memegang jawatan selama 60 bulan.
- Mereka sepatutnya tidak layak menerima pencen penuh, berbanding dengan kakitangan awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk memenuhi syarat dapat menerima pencen.
- Cuba lihat contoh emolumen untuk seorang Menteri Kabinet: 1) Gaji asas = RM18,000. 2) Elaun keraian = RM10,500. 3) Elaun perumahan = RM10,800. 4) Elaun rakyat = RM10,650. 5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650.
- Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu kerana menggunakan kenderaan rasmi.
- Selain itu, kerajaan juga terpaksa membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.
- Bayangkan setiap pilihan raya (sekali setiap lima tahun) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang dipilih?
- Ini lebih membazir dan membebankan berbanding penjawat awam yang berada pada gred rendah seperti pembantu umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih 30 tahun, gajinya adalah serendah RM2,983.
- Jadi, pencen hanya berjumlah RM1,491.50 sebulan selama 15 tahun (selepas usia 60 tahun), jika kita mengambil jangka hayat rakyat Malaysia sehingga 75 tahun.
- Nota 1: Elaun tempat letak kereta kenderaan menteri lebih tinggi daripada gaji Gred 44!
- Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun, maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11.
- Ahli-ahli politik yang memegang jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya hanya mempertahankan nasib mereka sendiri.
- Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk ahli politik yang mengambil kesempatan daripada peluang-peluang lain untuk membuat keuntungan.
Ahad, 11 Disember 2022
19 Disember ujian terbesar Anwar selepas bentuk Kabinet
- UNDI percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menguji keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada 19 Disember ini adalah ujian besar beliau selepas melengkapkan pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendominasi senarai dengan 28 jawatan termasuk 15 menteri.
- Sama ada parti-parti menyokongnya sebagai Perdana Menteri puas hati dengan pengumuman itu bergantung kepada pengiraan undi percaya menyebelahi Ahli Parlimen Tambun berkenaan atau sebaliknya setelah 222 ahli Parlimen perlu mengundi secara rahsia untuk bersetuju atau tidak.
- Setakat ini, berdasarkan jumlah tidak rasmi, Anwar mempunyai 148 sokongan atau cukup dua pertiga iaitu melibatkan PH yang mempunyai 82 kerusi, Barisan Nasional (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (23 kerusi), Gabungan Parti Sabah (enam kerusi), Parti Warisan Sabah (tiga kerusi), Parti Bangsa Malaysia (satu kerusi) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (satu kerusi) serta dua wakil rakyat Bebas.
- Perikatan Nasional (PN) pula yang memutuskan tidak menyertai Kerajaan Perpaduan mempunyai 74 kerusi Parlimen.
- Jika melihat senarai Jemaah Kabinet diumumkan Anwar, PH selaku parti tunggak Kerajaan Perpaduan menguasai senarai yang membabitkan 15 menteri dan 13 timbalan menteri, diikuti BN iaitu 12 jawatan termasuk enam menteri.
- GPS pula diberikan 11 jawatan (lima menteri dan enam timbalan menteri) manakala GRS mendapat enam tempat (satu menteri dan lima timbalan menteri) seterusnya Warisan memperoleh satu jawatan timbalan menteri.
- Sementara itu, PBM dan KDM masing-masing yang mempunyai seorang wakil dalam Parlimen dan turut bersama Anwar tidak diberikan tempat dalam Kabinet. Begitu juga nasib sama dialami dua wakil Bebas iaitu Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Robin.
- Sehingga kini, Presiden PBM, Datuk Larry Sng menyatakan kekecewaan kerana tiada wakilnya iaitu beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen Julau tidak berada dalam Kabinet manakala seorang wakil rakyat KDM dan dua ahli Parlimen belum menyatakan pendirian.
Sabtu, 10 Disember 2022
Kerajaan luar tabii
- Apabila pemimpin PAS menggunakan istilah kerajaan perpaduan sebagai kerajaan luar tabii, aku rasa ianya cukup melampau.
- Kerajaan perpaduan yang mendapat restu dan izin YDPA disamakan sebagai kerajaan luar tabii? Derhaka jenis apakah ini?
- Luar tabii sinonim dengan kes liwat. Apakah pemimpin PAS terus-menerus mengaitkan kes Anwar Ibrahim dalam kes liwat dengan kerajaan yang beliau terajui sekarang?
- Tidak adakah lagi perkatan yang lebih baik dari parti Islam untuk melabel musuh politiknya?
- Ini kerajaan 'luar tabii' (https://www.malaysiakini.com/news/646683)
- Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan hari ini diasaskan dalam gabungan luar tabie, melanggari semua ikrar dan sumpah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan semasa kempen. (https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/pas-hairan-kabinet-tiada-timbalan-menteri-agama-perpaduan/ )
- Nampaknya gemar sungguh puak situ menggunakan label luar tabii.
- Dan ketika mereka sibuk dengan luar tabii, pemimpin ini jugalah merayu kepada kerajaan persekutuan (kerajaan luar tabii seperti kata PAS) untuk tidak menminggirkan mereka.
- Bantu pesawah di Kedah kata Sanusi.
- Jangan pinggirkan kami di Kelantan kata Nik Amar.
- Move on ... PRU dah habis. gunalah bahasa yang lebih baik.
- Jangan cepat kafirkan orang. Jangan cepat tuduh orang tidak beriman. Kamu pemimpin bahagia. yang merana penyokong. bergaduh sesama umat.
Rabu, 30 November 2022
Kerajaan Anwar bakal tumbang dalam masa terdekat?
- DS Anwar telah "berjanji" untuk laksanakan undi percaya pada 19 Disember.
- Adakah ini "hero" atau malapetaka pada DS Anwar?
- Prinsipnya bagus, namun risikonya tetap ada.
- Namun aku positif DS Anwar akan mendapat undian majoriti.
- Cuma .... ada gerakan dari pihak tertentu untuk menumbangkan Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan yang dibentuk.
- Rakaman audio yang tersebar, perjumpaan beberapa ahli MP menguatkan lagi dakwaan tersebut.
- Akan ada "tikam belakang" dari mereka yang membentuk kerajaan perpaduan sekarang?
- Apakah peristiwa 20 Febrbuari 2020 akan berulang?
Selasa, 29 November 2022
Si penderhaka dan pelampau agama
- Blog kini kembali selepas hampir 5 tahun menyepi
- Akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM. Bukan lagi PM tepi. Tahniah Datuk Seri.
- Selepas 24 tahun aku bersama perjuangan ini, jatuh bangun, terharu!
- Tulisan aku sebelum terjadinya peristiwa langkah sariton bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan tumbang sekiranya DAP dan kaum Cina tidak pandai mengawal "nafsu", akhirnya menjadi kenyataan.
- Disebalik pengkhianatan beberapa orang dalam PKR yang menyeberang ke Bersatu, itu satu punca, namun tindakan bodoh sesetengah mereka dalam PH sangat merugikan. Golongan pendesak inilah yang menanam bibit kebencian kepada PH sehingga kini.
- Kesannya, tsunami melayu pada PRU 15 telah berlaku. 49 kerusi milik lebai PAS.
- Lebai PAS pandai manupulasi isu Islam melayu atau golongan pendesak Cina yang membodohkan diri sendiri
- Kini baru tak sampai seminggu DS Anwar menjadi PM. Dong Zong pula mula tunjuk rakus. Mula desak UEC yang menjadi bola tanggung kepada lebai PAS dan melayu Bersatu.
- Apa Dong Zong fikir? mahu jatuhkan lagi PH?
- Kalau sikap ini berterusan, aku rasa 6 bulan, PH jatuh bila mana BN tarik diri.
- Ketika itu peristiwa langkah shariton akan kembali, kini langkah tropikana pula
- Mana pergi skuad penangkis tohmahan lebai PAS dan Bersatu dalam PH?
- Apa pihak PH tak pandai nak lawan semula selain membuat laporan polis?
- Enam bulan .. tunggu!!!
Selasa, 12 Januari 2021
Halalkan semua taktik zalim dan terkeji untuk terus berkuasa
Dah la mencuri kerajaan. Kini guna cara lain untuk pertahan kerajaan curi.
Alahai .... lebai menghalalkan cara untuk terus berkuasa.
Lebih kepada "political interest" .. bukan sangat nak kawal COVID-19.
marah, kecewa, tunggu PRU. Jahanam la kamu.
Khamis, 26 November 2020
Manusia paling celaka
Hari ini aku declare, bahawa satu manusia paling celaka dalam satu dewan adalah "pembesar suara".
Kerja dia nak sekat suara yang lain.
Memang celaka. pergi mampus la
Sabtu, 24 Oktober 2020
KEPUTUSAN DARURAT
- Mungkin kalau ada yang berpendapat ahli politik hanya menyusahkan rakyat. Terutama pembangkang yg diketuai oleh DS Anwar Ibrahim. Eloklah baca artikel di bawah.
- Haramkan semua parti pembangkang. Haramkan dan sumbat semua ahli politik pembangkang dalam pintu besi. NO PEMBANGKANG HABIS CERITA.
- Kalau tak ada yang membangkang kan senang.
- Kalau TAK ada rakyat yang membangkang, buat la apa hangpa suka. Sebab tu korea utara dapat 100% undi. PILIHANRAYA KOREA UTARA CECAH 100% MENGUNDI 1 NAMA
- Tak kisah dari mana pun darjat hangpa. Hangpa ada kuasa. Sapa lagi mau halang hangpa buat apa saja.
- Tak kalut hangpa nak istihar darurat ka, genjatan politik ka. Tak pening kepala. Tak pening nak runding dan mesyuarat bagai.
- Profesor kangkung pun tak la menampakkan sangat 'kebodohan' mereka sebab dah tak ada apa nak ulas lagi.
- Demi kuasa hangpa sanggup buat apa saja. Lebih baik NO PEMBANGKANG!
- Pemimpin PN bersorak riang ria. PAS lagilah. nak gelak besar tapi kena cover. Maju bersama Islam. Malu orang kata. Tapi apa boleh buat. demi kuasa ...
- PAS: aku relakan jua walaupun aku tahu keputusan "darurat" untuk ahli politik satu entuk kezaliman tersembunyi. Aku halalkan politik begini untuk terus memegang kuasa.
- Tak sanggup aku dicop Menteri lapan bulan. malu wei
- Tahniah PAS. Tahniah PN. Tahniah semua yang terlibat, Hangpa jawab di satu tempat yang hangpa tak boleh buat darurat lagi..
Ahad, 11 Oktober 2020
Bodo, bangang atau fobia hilang kuasa?
Sebut sahaja tentang 13 Oktober 2020. Satu tarikh keramat yang sangat ditakuti oleh gerombolan tebuk atap. Maka COVID - 19 dan memulihkan ekonomi negara menjadi pemanis mulut dan lidah untuk berbicara bohong sepanjang zaman.
PANAS
Diri mula kepanasan. Anwar tidak main-main. Warkah mohon mengadap Agong sudah dicanang. Istana sudah keluarkan kenyataan rasmi. Anwar dibenarkan mengadap 13 Oktober. Maka melompatlah gerombolan tebuk atap.desprados
Terbaru ada pemimpin gerombolan tebuk atap kata Anwar 'desprados' dan paling bodoh sekali bila kata Anwar guna taktik kotor heret pihak istana.Mandat rakyat
diberi pada Pakatan Harapan. Bukan UMNO dan PAS. Tidak sama sekali. Itu fakta. Fakta juga menyebut, UMNO dan PAS menempek pada PN untuk membentuk kerajaan. Melalui istana. itu fakta. Dan jika Anwar mengadap Agong untuk mempersembahkan majoriti melalui istana. Di mana yang dikatakan taktik kotor?Bodoh atau fobia kehilangan kuasa?
Isu ini nampak sama tapi beza. Beza kerana Anwar akan cuba kembalikan hak rakyat. MANDAT RAKYAT melalui pru 14. Tapi PAS bukan melalui pilihanraya. Jadi Menteri melalui "pengkhinatan" beberapa ahli politik. Itu fakta. Jom kita kira, berapa bulan jadi Menteri? 22 bulan dengan 7 bulan mana lebih lama?KUASA
Inilah yang sangat ditakuti oleh pemimpin tebuk atap. Takut kehilangan kuasa. Kalau benar sayangkan rakyat. Benar-benar pedulikan rakyat kerana covid 19. Lepaskan kuasa secara aman. Muhyiddin tak perlu nak cadang bubar parlimen. Jadi tiada la pilihanraya. Tiadalah risiko covid 19. Anwar kata dia dpat majoriti. Habis cerita. Tapi sayang. bila dah peluk jawatan .. mana mungkin PAS akan sayangkan rakyat. sanggup pilihanraya .. betul kan?BUBAR PARLIMEN
Percayalah, sikit masa lagi bila Anwar sudah buktikan ahli parlimen yang menyokong beliau. Nada perang covid 19 akan bertukar, tukar kepada bubar parlimen. Siapa sebenarnya pengkhianat rakyat? Yang boleh berfikir, sila berfikir. Yang bodoh biarkan dengan kebodohan itu.Jumaat, 25 September 2020
Muhyiddin ditekan?
TEKANAN UNTUK MUHYIDDIN
Dikala "kesombongan" PN dan MN kononnya menjuarai hati rakyat. Anwar hadir membuat percaturan politik Malaysia semakin menarik. Beliau mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan kembali yang diambil oleh gerombolan tebuk atap.
Hari ini dan semalam, seorang demi seorang ahli politik UMNO tampil untuk menafikan kerjsama dengan Anwar dan PH. Malah akhbar harian tempatan yang kebanyakkan menggunakan "HARIAN" di belakang jenama mereka cuba dan terus mencuba untuk meracuni rakyat dengan apa yang dizahirkan Anwar pada 23 September lalu.
Tertarik dengan "ramalan" Tun Mahathir, UMNO mempunyai "syarat" tertentu untuk memihak PH mahupun PN yang diterajui Muhyiddin.
Sudah tentu ini menjadi "ujian" yang berat untuk Muhyiddin terutamanya untuk mengekalkan "kebersihan imej" ketika menentang UMNO dan BN satu ketika dulu.
Untuk rekod, Muhyiddin merupakan salah seorang "penentang" salah guna kuasa Najib dan 1MDB.
Kini UMNO telah memberi pilihan kepada PN untuk terus menyokong mereka. Tapi apa syaratnya? Mungkinkah isyarat supaya kes-kes mereka "dimenangkan"? Malah dalam sistuasi ini, begitu juga dengan Anwar.
Persoalan yang timbul, apakah Muhyiddin dan Anwar sanggup "mengadai" prinsipnya untuk mengekalkan kerajaan PN?
Rabu, 23 September 2020
Rahsia Anwar rakus dan gila kuasa!!
Begitulah tajuk yang dipaparkan di Harian Metro Online bertarikh 23 September 2020.
Rakus, gila kuasa manakala di dada akhbar lain pula banyak komen antaranya tidak mementingkan kesusahan rakyat dikala Covid-19, syok sendiri, khayalan dan entah apa lagi perkataan yang dilabel oleh gerombolan tebuk atap.
Ketika rakyat sudah memilih PH sebagai kerajaan, gerombolan tebuk atap telah berkhianat dan membentuk kerajaan pintu belakang.
Tidak pula dikatakan rakus dan gila kuasa. Demi kuasa dan pangkat, mereka menghalalkan apa saja yang keluar dari mulut puaka mereka.
Kononnya demi rakyat dan menyelematkan negara.
Sekarang Anwar sudah umum cukup majoriti untuk mengambil KEMBALI hak rakyat. Bukan pintu belakang seperti gerombolan tebuk atap. Kenapa cepat melatah mengatakan rakus dan gila kuasa. Apakah sebenarnya gerombolan tebuk atap TAKUT kehilangan kuasa yang tak sampai 7 bulan?
Ya. itulah hakikatnya. Sebenarnya yang rakus dan gila kuasa adalah gerombolan tebuk atap. bukan PH yang kuasanya dicuri oleh gerombolan ini.
Kuala Lumpur: Semua gabungan parti yang bekerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyangkal dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan. Malah, enam gabungan parti itu juga menyatakan pendirian untuk berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sokongan itu dinyatakan melalui satu kenyataan bersama oleh enam Setiausaha Agung daripada Barisan Nasional diwakili Tan Sri Annuar Musa, Bersatu (Datuk Seri Hamzah Zainuddin), PAS (Datuk Takiyuddin Hassan), GPS (Datuk Alexander Nanta Linggi), PBS (Datuk Jahid Jahim) dan STAR (Guan Dee Kohoi). Dalam kenyataan itu, mereka mendakwa kenyataan Anwar itu tidak lebih sebagai ulangan hanya untuk meraih publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini. "Tindakan terbaru beliau (Anwar) ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19. "Kita yakin rakyat akan bangkit menolak politik sebegini malah akan bersama-sama menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat," kata mereka. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/623598/anwar-rakus-gila-kuasaRakyat sendiri akan menghukum gerombolan tebuk atap dan PENGKHIANAT rakyat!
Isnin, 2 Mac 2020
Insan malang bergelar Anwar Ibrahim
DS Anwar Ibrahim.
Sejak 1998, anda adalah insan malang.
Merengkok dalam penjara sebanyak 2 kali. Tapi masih ada manusia yang simpati, mempertahankan DS.
Kemudian setelah sekian kali dibebaskan. DS diberi pengampunan. Diberi harapan untuk menggapai awan.
Malang.
Sungguh malang nasibmu.
Tatkala usia semakin merangkak senja. DS ditipu dan dikhianati.
Ditipu dan dikhianati kawan dan lawan.
Sudah suratan. Anda bukan PM ke 8. Mahupun ke 9 pun belum pasti.
Yang berjanji pun tidak seikhlas hati untuk menyerahkan jawatannya pada DS. Kalau ikhlas hati sudah tentu tuan jadi PM ke 8.
Tuan ditipu atau dikhianati. Tapi berserahlah jiwa dan raga pada Yang Esa. Mohon ampun dan kasih sayang dariNya.
Istirehatlah ..
Banyak hikmah diatasnya.
Berehatlah, undur bukan bererti kalah.
Serahkanlah pada anak muda.
Undurlah dalam keadaan bermaruah. Kami lebih mengenali tuan dari mereka.
Bukan MENANG sia-sia. tanpa jiwa yang bermaruah.
Asalnya tidak suka pintu belakang.
Tapi bila kuasa sudah dalam gengaman.
BULAN jatuh ke riba.
Pintu belakang jadi pilihan.
Maruah diletak tepi.
Jawatan Menteri menanti.
Slogan politik matang hanya sandiwara.
Maka berteriaklah riang para sang pendusta.
Sejak 1998, anda adalah insan malang.
Merengkok dalam penjara sebanyak 2 kali. Tapi masih ada manusia yang simpati, mempertahankan DS.
Kemudian setelah sekian kali dibebaskan. DS diberi pengampunan. Diberi harapan untuk menggapai awan.
Malang.
Sungguh malang nasibmu.
Tatkala usia semakin merangkak senja. DS ditipu dan dikhianati.
Ditipu dan dikhianati kawan dan lawan.
Sudah suratan. Anda bukan PM ke 8. Mahupun ke 9 pun belum pasti.
Yang berjanji pun tidak seikhlas hati untuk menyerahkan jawatannya pada DS. Kalau ikhlas hati sudah tentu tuan jadi PM ke 8.
Tuan ditipu atau dikhianati. Tapi berserahlah jiwa dan raga pada Yang Esa. Mohon ampun dan kasih sayang dariNya.
Istirehatlah ..
Banyak hikmah diatasnya.
Berehatlah, undur bukan bererti kalah.
Serahkanlah pada anak muda.
Undurlah dalam keadaan bermaruah. Kami lebih mengenali tuan dari mereka.
Bukan MENANG sia-sia. tanpa jiwa yang bermaruah.
Asalnya tidak suka pintu belakang.
Tapi bila kuasa sudah dalam gengaman.
BULAN jatuh ke riba.
Pintu belakang jadi pilihan.
Maruah diletak tepi.
Jawatan Menteri menanti.
Slogan politik matang hanya sandiwara.
Maka berteriaklah riang para sang pendusta.
Aku bukan pengkhianat
Ya. aku bukan pengkhianat.
Aku ingin menyelamatkan negara.
Aku ingin menjadi wira melayu.
Aku mengambil kesempatan di atas kesempitan yang ada.
Aku adalah wira.
Wira penyelamat bangsa.
Dulu
Dulu aku wira rakyat.
Aku pembela rakyat tertindas.
Aku perjuang setelah aku ditolak.
Rakyat bersama aku.
Tapi sebenarnya.
Aku menipu.
Aku hanya berpura-pura.
Meminjam bahu kalian untuk aku naik ke atas.
Sekarang aku sudah naik.
Naik setinggi langit.
Kalian yang tertipu.
Tertipu tanpa kesudahan.
Aku ingin menyelamatkan negara.
Aku ingin menjadi wira melayu.
Aku mengambil kesempatan di atas kesempitan yang ada.
Aku adalah wira.
Wira penyelamat bangsa.
Dulu
Dulu aku wira rakyat.
Aku pembela rakyat tertindas.
Aku perjuang setelah aku ditolak.
Rakyat bersama aku.
Tapi sebenarnya.
Aku menipu.
Aku hanya berpura-pura.
Meminjam bahu kalian untuk aku naik ke atas.
Sekarang aku sudah naik.
Naik setinggi langit.
Kalian yang tertipu.
Tertipu tanpa kesudahan.
Sabtu, 16 Februari 2019
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...
Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA) menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar belakangnya dan tujuan pertemuan tersebut.
Banyak dakwaan songsang berkenaan audio tersebut. Ada yang mengaitkan dengan kes Sarawak Report. Padahal kes Sarawak Report hanya masuk mahkamah pada 21 April 2017.
Ada pula dakwaan mengatakan tujuan pertemuan itu adalah untuk menjatuhkan UNA. Ini pun tak betul kerana tujuan pertemuan kami ialah majlis perpisahan untuk bersemuka dengan pemimpin tertinggi PAS Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi (Tantawi) dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Takiri).
Lebih jauh tersasar ada yang kata, ini mesyuarat sulit UNA dan Ustaz Zaharudin Muhammad (UZM) sehingga semua yakin dan menuduh UZM yang rakam dan sebar. Justeru, hanya mereka berdua sahaja dalam pertemuan itu.
Yang sebenarnya, pertemuan malam itu adalah majlis perpisahan team "Lawan Jebon" daripada seluruh Malaysia. Pertemuan malam tu ada 2 dua grup. Satu grup di bawah pengaruh Takiri, dan satu grup lagi di bawah pengaruh UZM.
Waktu itu kami tak tahu, antara sebab team lawan Jebon dibubarkan adalah kerana pendedahan UZM berkenaan beberapa individu yang terlibat mengambil duit UMNO. Hanya malam itu, baru kami tahu sebab pembubaran.
Apa yang kami tahu sebelum itu, team ini dibubarkan dengan tuduhan kami adalah “jemaah dalam jemaah”. Malam itu baru kami tahu isu sebenar, dan barulah kami faham, kami dibubarkan sebab team uzm telah mendedahkan perbuatan 2-3 individu ini berkaitan dengan dedak.
Kami tidak dimaklumkan kedatangan UNA kerana beliau tiada kaitan dengan kami tetapi kebetulan Takiri dan Tantawi datang daripada Parlimen, jadi UNA join sekali. Walaupun beliau tidak diundang, tetapi pengakuan dan emosinya pada malam itu (sebagaimana yang terdapat dalam audio tersebut) sangat mengejutkan kami dan di luar pengetahuan kami.
Kandungan ucapan UNA bukan sesuatu yang kami harapkan kerana perjumpaan tersebut merupakan Majlis Perpisahan dan Pembubaran Team Lawan Jebon.
Biarlah orang nak kata apa tetapi kedatangannya sebenarnya tidak dialu-alukan. Saya bertanya kepada UNA, “Dari mana ni?”. Dia bagi jawapan bahawa dia dari parlimen dan tumpang kereta Takiri untuk datang ke sini.
Kedatangan UNA, tiada apa-apa manfaat untuk kami kerana soalan-soalan yang kami ingin tujukan hanya kepada Tantawi dan Takiri. Bahkan kedatangan UNA merosakkan majlis perpisahan kami apabila UNA melenting dengan memperakui menerima duit UMNO. Apabila UZM membacakan dalil, UNA melenting lagi dan meminta berhenti. UNA turut menyebut kepada UZM, "kalau anta (UZM) tak setuju terima duit UMNO, teruskan. Ana (UNA) dengan pendirian setuju terima duit UMNO". Kemudian, UNA angkat punggung dan keluar dengan amukan. Majlis berakhir dengan kebingungan.
Sekalipun UNA datang tanpa diundang, tetapi kenyataannya itu jelas menunjukkan Tantawi dan Takiri menipu kami bahawa konon-kononnya mereka mempertahankan team ini, tetapi akhirnya UNA sendiri mendedahkan mereka berdua ini termasuk dalang pembubaran. Malah, tujuan kami bertanyakan kepimpinan tertinggi mengenai sebab kami dibubarkan juga tidak kesampaian.
Kesimpulan majlis perpisahan pada malam itu, 3 individu ini suka berbohong dan mereka ambil duit UMNO atas nama parti tetapi tanpa pengetahuan Parti. Disebabkan keborosan mereka mendedak, Sarawak Report terus mendapat nafas menangguhkan dengan bukti bukti perbuatan mereka termasuk audio tersebut. Kesannya ahli terpaksa tampung kos dan akhirnya selesai luar mahkamah akibat tidak mampu menanggung kos untuk jangka panjang.
Dr. Muhammad Atiullah Othman
Banyak dakwaan songsang berkenaan audio tersebut. Ada yang mengaitkan dengan kes Sarawak Report. Padahal kes Sarawak Report hanya masuk mahkamah pada 21 April 2017.
Ada pula dakwaan mengatakan tujuan pertemuan itu adalah untuk menjatuhkan UNA. Ini pun tak betul kerana tujuan pertemuan kami ialah majlis perpisahan untuk bersemuka dengan pemimpin tertinggi PAS Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi (Tantawi) dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Takiri).
Lebih jauh tersasar ada yang kata, ini mesyuarat sulit UNA dan Ustaz Zaharudin Muhammad (UZM) sehingga semua yakin dan menuduh UZM yang rakam dan sebar. Justeru, hanya mereka berdua sahaja dalam pertemuan itu.
Yang sebenarnya, pertemuan malam itu adalah majlis perpisahan team "Lawan Jebon" daripada seluruh Malaysia. Pertemuan malam tu ada 2 dua grup. Satu grup di bawah pengaruh Takiri, dan satu grup lagi di bawah pengaruh UZM.
Waktu itu kami tak tahu, antara sebab team lawan Jebon dibubarkan adalah kerana pendedahan UZM berkenaan beberapa individu yang terlibat mengambil duit UMNO. Hanya malam itu, baru kami tahu sebab pembubaran.
Apa yang kami tahu sebelum itu, team ini dibubarkan dengan tuduhan kami adalah “jemaah dalam jemaah”. Malam itu baru kami tahu isu sebenar, dan barulah kami faham, kami dibubarkan sebab team uzm telah mendedahkan perbuatan 2-3 individu ini berkaitan dengan dedak.
Kami tidak dimaklumkan kedatangan UNA kerana beliau tiada kaitan dengan kami tetapi kebetulan Takiri dan Tantawi datang daripada Parlimen, jadi UNA join sekali. Walaupun beliau tidak diundang, tetapi pengakuan dan emosinya pada malam itu (sebagaimana yang terdapat dalam audio tersebut) sangat mengejutkan kami dan di luar pengetahuan kami.
Kandungan ucapan UNA bukan sesuatu yang kami harapkan kerana perjumpaan tersebut merupakan Majlis Perpisahan dan Pembubaran Team Lawan Jebon.
Biarlah orang nak kata apa tetapi kedatangannya sebenarnya tidak dialu-alukan. Saya bertanya kepada UNA, “Dari mana ni?”. Dia bagi jawapan bahawa dia dari parlimen dan tumpang kereta Takiri untuk datang ke sini.
Kedatangan UNA, tiada apa-apa manfaat untuk kami kerana soalan-soalan yang kami ingin tujukan hanya kepada Tantawi dan Takiri. Bahkan kedatangan UNA merosakkan majlis perpisahan kami apabila UNA melenting dengan memperakui menerima duit UMNO. Apabila UZM membacakan dalil, UNA melenting lagi dan meminta berhenti. UNA turut menyebut kepada UZM, "kalau anta (UZM) tak setuju terima duit UMNO, teruskan. Ana (UNA) dengan pendirian setuju terima duit UMNO". Kemudian, UNA angkat punggung dan keluar dengan amukan. Majlis berakhir dengan kebingungan.
Sekalipun UNA datang tanpa diundang, tetapi kenyataannya itu jelas menunjukkan Tantawi dan Takiri menipu kami bahawa konon-kononnya mereka mempertahankan team ini, tetapi akhirnya UNA sendiri mendedahkan mereka berdua ini termasuk dalang pembubaran. Malah, tujuan kami bertanyakan kepimpinan tertinggi mengenai sebab kami dibubarkan juga tidak kesampaian.
Kesimpulan majlis perpisahan pada malam itu, 3 individu ini suka berbohong dan mereka ambil duit UMNO atas nama parti tetapi tanpa pengetahuan Parti. Disebabkan keborosan mereka mendedak, Sarawak Report terus mendapat nafas menangguhkan dengan bukti bukti perbuatan mereka termasuk audio tersebut. Kesannya ahli terpaksa tampung kos dan akhirnya selesai luar mahkamah akibat tidak mampu menanggung kos untuk jangka panjang.
Dr. Muhammad Atiullah Othman
Langgan:
Catatan (Atom)