Ahad, 14 Oktober 2018

Keputusan PRKPD: Presiden PAS sudah bersuara!!

Disebalik penurunan peratusan mengundi PRKPD iaitu dari 82.18% semasa PRU 14 yang lalu kepada 58.25%, suatu angka positif dicatat oleh Pakatan Harapan iaitu peningkatan majoriti undi.

Pada PRKPD kali ini, undi yang diterima DS Anwar memperoleh majoriti 23,560 undi - lebih besar berbanding Datuk Danyal Balagopal Abdullah dari PKR yang memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 17,710 undi.
* peningkatan 5853 undi

Manakala calon PAS mendapat 7456 undi pada PRKPD berbanding Mahfuz Roslan mendapat 6954 undi semasa PRU 14 yang lalu.
*peningkatan 502 jumlah undi.

Banyak persoalan yang boleh kita fikirkan dari keputusan PRKPD.

Dalam kenyataan akhbar, Presiden PAS mendakwa penurunan peratusan undi kerana protes terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Bercakap benarkah beliau? Alquran dan Hadith menyuruh kita bercakap benar.


PAS mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di atas kepercayaan yang diberikan dengan menunjukkan peningkatan jumlah undi kepada PAS berbanding PRU14.

Peratusan keluar mengundi yang rendah adalah petanda undi protes terhadap Kerajaan Pakatan Harapan yang gagal melaksanakan manifesto dan menunjukkan rakyat memboikot politik berkepentingan diri.
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8397-prk-port-dickson-bukannya-pengakhiran


Pasti kenyataan Hadi Awang akan ditelan bulat - bulat oleh penyokong PAS. Itulah namanya taksub.

Walaupun peratus mengundi rendah, kenapa majoriti Anwar meningkat? Meningkat 10.5 kali ganda lebih dari PAS. Sepatutnya apabila UMNO yang 'mesra' PAS sudah mengumumkan untuk memboikot PRKPD, undi mereka akan pergi pada PAS. UMNO hanya boikot PRK tetapi tidak menghalang ahlinya untuk mengundi PAS. Apa sudah jadi dengan 'keikhlasan' dua parti untuk menentang musuh nombor satu, Pakatan Harapan?

PAS hanya meningkat 502 jumlah undi!

Jika presiden PAS kata pengundi protes PH, maka ianya suatu isu yang boleh kita bahaskan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: