Khamis, 11 Oktober 2018

Kecoh di Melaka, pemimpin PH mohon maaf

Kerajaan Melaka mengakui insiden salah seorang exco negeri mereka yang bertengkar dengan orang awam menjejaskan nama baik Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata HARAPAN baru membentuk kerajaan negeri sejak beberapa bulan, justeru mereka tidak dapat lari dairipada kekurangan.

Katanya insiden yang menjadi tular itu berlaku disebabkan kekurangan pengalaman dan ia akan diatasi segera.

"Kami telah berbincang dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri dan akan melakukan penambahbaikan kepada beliau terutama dari segi kemahiran komunikasi," katanya seperti dipetik Sinar Online hari ini.

Semalam orang ramai memberikan pelbagai reaksi selepas satu klip video exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee, menjadi tular.

Dalam rakaman ringkas itu Norhizam dilihat meninggikan suara kepada sekumpulan penduduk tempatan berhubung penutupan jalan di sebuah petempatan.

Norhizam yang juga adalah anggota dewan undangan negeri bagi kawasan Pengkalan Batu mendakwa sebelum itu ada lelaki yang mengasaknya dengan soalan bertalu-talu ketika sesi dialog berlangsung.

Kata Adly kerajaan negeri juga memohon maaf kepada orang rama atas kejadian tersebut.

"Kerajaan negeri mohon maaf kerana mungkin ada kekurangan yang menyebabkan perkara seperti itu boleh berlaku," katanya yang berharap langkah itu akan menjernihkan keadaan semasa.

Ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ayer Keroh Adly berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk melaksanakan usaha menambah baik kemahiran berkomunikasi exco terbabit.

Katanya lagi Melaka juga komited untuk mengusulkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Melaka (Melcat) pada sidang DUN akan datang.

Menurut Adly ia bagi membolehkan rakyat membuat teguran secara langsung kepada penjawat awam sekiranya kekecohan seumpama itu berulang semula.

"Dengan adanya Melcet kita berupaya meningkatkan kompetensi anggota exco, wakil rakyat serta penjawat awam di negeri ini selain rakyat boleh membuat aduan secara terus mengenai segala isu membabitkan penjawat awam kepada jawatankuasa itu," katanya.

Norhizam mohon maaf

Exco Melaka Norhizam Hassan Baktee akhirnya memohon maaf atas sikapnya meninggikan suara kepada orang ramai seperti rakaman video yang tular semalam.
Melalui satu kenyataan hari ini, Norhizam yang juga ADUN Pengkalan Batu itu menjelaskan, dia sedar insiden yang tular di media sosial itu telah memberikan imej negatif kepada dirinya sebagai wakil rakyat dan kerajaan Melaka.
Bagaimanapun, katanya, tindakannya itu dibuat atas dasar tanggungjawab bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup penduduk terutamanya di kawasannya sentiasa terjaga.
"Rakyat di kawasan saya risau mengenai keselamatan mereka dan anak-anak mereka apabila jalan yang ditutup itu (sebelum ini) sering digunakan oleh orang awam dan berada betul-betul di hadapan kediaman mereka.
"Lebih-lebih lagi sebelum ini telah berlaku beberapa kemalangan yang melibatkan kanak-kanak kecil.
"Dengan ini saya memohon maaf terhadap kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata pada kejadian petang semalam dan akan berusaha untuk membaiki kelemahan dalam aspek komunikasi apabila berhadapan dengan situasi begini," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: