Sabtu, 25 Ogos 2018

Zamihan dipindah 24 jam ke JAKIM, siapa bagi arahan?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan dakwaan beliau yang mengeluarkan arahan pemindahan pendakwah, Zamihan Mat Zin kembali ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, perpindahan itu bukan di bawah pengurusannya tetapi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya tidak tahu dan tak ada arahan begitu daripada saya. Itu urusan (beliau) dengan kementerian (KDN),” katanya pada sidang medianya di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pulang dari Makkah hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Zamihan bahawa selepas Mujahid dilantik sebagai menteri dan mengetuai Jakim, beliau diarah dipindahkan daripada KDN ke Jakim dalam masa 24 jam.

Mengulas lanjut isu ini, Mujahid berkata beliau akan menunggu kenyataan daripada KDN sebelum memperincikan mengenai pemindahan Zamihan ke Jakim.

“Saya pun dapat berita itu (pemindahan Zamihan) di Makkah. Saya masih memerlukan maklumat.

“Cuma saya rasa KDN juga akan bagi kenyataan kerana mereka ambil dia (Zamihan) daripada kita. Kita tunggu dulu,” katanya.

Zamihan sebelum ini dipetik berkata beliau sendiri tidak tahu punca arahan penempatan semula ke Jakim dan usahanya mendapatkan penjelasan daripada bahagian sumber manusia juga gagal.

Zamihan antara 46 panel pemulih suspek kes berkaitan militan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma).

Zamihan ialah pegawai kader Jakim sebelum dipinjamkan kepada KDN untuk menyemak penerbitan agama dan ditempatkan di Jabatan Penjara sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman mengesahkan Jabatan Penjara menamatkan kontrak Zamihan sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Jika tuduhan melulu mamat zamihan ini melencong harap YB Mujahid ambil tidakan sebagai bagi pengajaran keceluparan mulut mamt seekor ini menyemak masyarakat saja harap serban saja besar dikepala tapi akal singkat macam lembu.

Tanpa Nama berkata...

Zamihan bukan Pengarah apalagi Ketua Setiausaha Negara. Kalau khidmatnya sudah tidak perlu dia boleh diarah balik. Kalau melawan kena amaran dan tindakan tatatertib. Apa ingat Zahid Hamidi boleh tolong ke? Setakat pegawai cabuk nak berlagak Ketua Pengarah boleh jalan dah Zamihan.