Khamis, 2 Ogos 2018

Terkini: ADUN Seri Setia Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia pada jam 6.28 petang ini.

Berita kematian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan Pembangunan Modal Insan itu disahkan anak beliau, Atiqah.

Menurutnya, jenazah bapanya itu akan dibawa pulang ke rumah mereka di Desa Pinggiran Putra, Kajang, selepas Maghrib ini.

Setiausaha Kanan Allahyarham, Zafrullah Aris berkata, Shaharuddin, 56, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya.

"Jenazah akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis selepas disembahyang di masjid kampung itu," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga Shaharuddin.

Pada Isnin, sebuah portal berita melaporkan Shaharuddin kini sedang tenat dan menderita sakit akibat kanser kolon.

Bagaimanapun, pihak keluarga menafikan laporan terbabit dan memaklumkan Shaharuddin sedang berehat selepas menerima rawatan selain meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M Haniff dengan memperoleh sebanyak 29,250 undi.

Beliau mengalahkan Yusoff yang memperoleh 9,878 undi selain calon Pas, Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon Bebas, S Vigneswaran (217).

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah. Para pejuang yg berjasa pendek umur.