Ahad, 5 Ogos 2018

Pemimpin PAS letak jawatan

Ketika ada beberapa pemimpin PAS begitu galak membuat seruan agar ahli PAS di Sg. Kandis memilih calon UMNO berbanding PKR, ada bunyi-bunyi pertikai dari akar umbi PAS yang cukup jelas dengan seruan pemimpin mereka. Kenapa perlu pilih UMNO???

Walaupun teguran itu cukup berlapik dengan meletakkan atas dasar prinsip demokrasi, atas dasar pandangan peribadi pemimpin PAS, namun cukup nyata mesej tersebut dihantar kepada PAS yang kurang menggunakan otaknya supaya lebih realistik dan lebih memakai otaknya.

Bagaimana ada ulasan PH sekular lebih teruk dari UMNO, maka patutlah memilih UMNO. Mereka lupa yang banyak merosakkan negara adalah UMNO berbanding PH yang belum 100 hari memerintah negara. Agaknya pemimpin PAS lebih redha memilih perompak dan penyamun dari memilih PH.

Atas dasar 'sakit hati' dan cemburu kerana kekaalahan dalam PRU 14 yang lalu, maka dapat kita lihat 'sakit hati' pemimpin PAS diterjemah ke dalam ucapan seruan mereka agar memilih UMNO.

Kemudian dituang api bangsa dan Islam. Kita akui memang ada 'sedikit' masalah dalam beberapa keputusan kontroversi setakat ini yang dilakukan oleh pemimpin PH. Tetapi sehingga kini satu pun belum kita tengok perkara yang dibangkitkan dan dibimbangi oleh PAS mengenai Islam dan Melayu dalam perlembagaan terhakis. Mereka hanya dibayangi oleh ketakutan bayang-bayang sendiri serta polimik yang tidak berkesudahan untuk meraih undi rakyat melayu Islam dan Melayu.

Sebagai contoh mudah, cerita pasal royalti minyak. Hampir 61 tahun Kelantan tidak pernah merasai royalti di bawah UMNO. Apabila PH mula mahu memberi royalti kepada Kelantan sepatutnya rasa terima kasih atas usaha PH tersebut. Bagaimana boleh ada pulak slogan ASAL BUKAN PH.

Tetapi dalam isu ini, bukan sahaja tidak respect malah dipertikai pulak itu dan ini .. kemudian timbulkan pula isu manifesto .. sedih betul dengan pemimpin PAS.

Sepatutnya perkara ini masih baru, ambil la dulu lepas tu perbaiki dari tahun ke tahun dari segi jumlah. Bukan terus menyalak ...

Lebih baik pemimpin PAS buat reform dengan pemimpin yang sudah 'kurang waras' otaknya meletak jawatan. Bagi peluang orang lain ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Tanpa Nama berkata...

dendam kaciwa mnguasai jiwa yg lara berduka tidak terkira.

hujahlah apapun retorik.. susah nk caya pas dh

Tanpa Nama berkata...

Dah nama pun pas. Parti aslam semelenyap. Apa nak heran.

Lain la kalau PIS....

PokAmid berkata...

Teman dah banyak kali tulis...masalah Pas selepas TGNA ialah kepimpinan parti yg diterajui oleh lebai-lebai yg non-leadership quality.

Kita tengok je cara Lebai Marang memimpin parti, sentiasa kluk klek, merapu dan keliru dlm satu-satu hal dan isu, dan ditambah satu lagi, kebusuk-kohongan mulutnya.

Mulanya timbalan dilantik, ada nampak la sikit kewarasan, tapi kini dah hanyut dan telah nampak ketiada-upayaan dan ketiada-cerdikan beliau dlm hal-hal kepimpinan politik. Ada ke cerdik bila beliau berkata....1MDB, kita berpuas hati!! Bodohnya terlampau-lampau, walaupun ahli parti menyanjung sebagai penyelamat utk ke sorga.

Kesian tengok pemimpin-pemimpin muda parti, cth: al-Seberangi Takir, al-Tontoni Porno, berhempas-pulas berhujjah menonjolkan diri, tapi ciput mutu.

Itu lah padah bila terasa kumpulan sendiri hebat dan akibat menghalau pemimpin progresif dgn undian senarai cai!!

Tanpa Nama berkata...

ULAMAK DUNIA

Tanpa Nama berkata...

ULAMAK CINTA DUNIA KOT

Tanpa Nama berkata...

Tarik balik royalti drp ktan dan tganu. Kita tgk betapa cekapnya lebai nak perintah. Biar rakyat depa celik mata sikit. Aku bersama pas dulu. Pas skrg dah ketinggalan keretapi, begitulah juga penyokong baru pas kini

Usop ali berkata...

Macam mana pemikiran ahli pas...susah nak di baca...pelik...baik n burok pun tak tahu.....

Tanpa Nama berkata...

Tak payah bagi royalti lagi baik. Dia orang kan dah banyak musang king dalam hutan tu. Banyak duit boleh dapat kalu jual musang king. Duit musang king tu boleh majukan negeri tanpa mengharapkan royalti.