Isnin, 30 Julai 2018

Mokhtar Senik kata PH dan UMNO sekular, tapi UMNO sekular yang boleh diundi.

Seorang lagi pemimpin kanan dan bertaraf ulama PAS tampil menggesa supaya penyokong parti itu mengundi calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata pada dasarnya kedua-dua parti yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) itu beramal dengan sekularisme dan menjadi bebanan kepada Islam.

Bagaimanapun secara bandingan kata bekas calon PAS untuk kerusi parlimen Padang Besar itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) lebih memudaratkan Islam berbanding BN.

Katanya pendirian itu dibuat selepas melihat kepada kenyataan yang dibuat pimpinan HARAPAN.

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan parti-parti Melayu Islam dalam HARPAN boleh dikatakan tunduk kepada kehendak DAP, parti yang tidak tersembunyi lagi kebenciannya terhadap Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam konteks PRK Sungai Kandis, kata Mokhtar, isu yang utama bukanlah untuk memenangkan sesebuah parti, sebaliknya siapa yang "patut dikalahkan".

Katanya penyokong PAS mengundi BN bukanlah kerana mereka mengiktiraf ideologi Umno itu sebagai benar, sebaliknya disebabkan mahu HARAPAN dikalahkan.

"Kerana kemudaratan didatangkan HARAPAN jauh lebih merosakkan berbanding BN," katanya.

Bagi pihak diri sendiri

Selepas pengundi menolak Umno pada PRU ke-14 lalu, kini tiba masa untuk mereka menolah HARAPAN pula dan keperluan itu, katanya, dianggap lebih utama.

"Kekalahan HARAPAN di PRK Sungai Kandis tidak banyak memberi kesan kepada kerajaan pusat, namun perlu disedari bahawa kekalahan mereka di Sungai Kandis bakal menghantar mesej bahawa walaupun mereka sudah menang dan menguasai Putrajaya, namun mereka tidak patut menjadi seperti gajah yang turun minyak.

"Hormati rakyat, hormatilah Islam dan bangsa pribumi Melayu.

"Kesimpulannya saya mahu memberitahu kepada pengundi di Sungai Kandis, undilah BN untuk mengalahkan HARAPAN," katanya.

PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan calon HARAPAN, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berdepan cabaran Datuk Lokman Noor Adam yang cuba merampas kerusi berkenaan.

Mohd Zawawi ialah pengetua sebuah maahad tahfiz, manakala Lokman bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas yang sudah dibubarkan kerajaan.

Sebelum ini dua lagi pemimpin kanan PAS - Nasrudin Hassan dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali - sudah menyatakan secara terbuka gesaan mereka untuk penyokong parti terbabit supaya mengundi Lokman.

Untuk rekod, Mokhtar berkata, kenyataan dibuatnya hari ini selepas menerima banyak soalan mengenai pendirian PAS dalam PRK Sungai Kandis.

"Saya tak mahu jawab bagi pihak PAS, sebab saya hanya AJK kecil dalam PAS Pusat. Namun saya nak jawab bagi pihak diri saya sendiri.

"Jika serasi dengan pandangan anda, maka kita telah ada persamaan. Kalau tak serasi maka kita saling menghormati perbezaan itu," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Fiqah apa khabar?

Tanpa Nama berkata...

Penyamun islam beriman tak mudaratkan islam kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Fiqah buasir hari-hari sebab Ustad lupa singgah. Ustad PM Fiqah tau. Rindu barang pendek hitam Ustad. Pensel Ustad tu.

abu bakar berkata...

Sudah susahlah menipu ahli,

john berkata...

kan senang ckp yg dia org dh mryesal kuar dr gabugan Ph,dh terkilan,klu tdk dh jdi menteri masing2 hahaha

john berkata...

kan senag ckp yg pas dh meyesal kuar dr gabugan PH,klu tidak merasa le lebai2 ni jdi menteri,mat sabu jugak yg pandai...akhirnye dpt jgk jdi menteri sudah sekian lme beragan2..hehehe