Isnin, 28 Mei 2018

PAS selepas PRU 14

korang kata menang kalah tu ketentuan Allah .. ok agree .. now korang tau tak kenapa Allah tak izinkan PAS menang buat masa sekarang? Sebab first negara kita hutang dah melampau, apa akan jadi pada anak cucu di kemudian hari? Tengoklah sekarang bila PH memerintah, bertungkus lumus nak settlekan hutang untuk negara, tak habis² komen pembangkang dengan some of their supporter yang tuntut harga minyak RM1.50 , padahal manifesto tu untuk penyokong PH .. minyak RM1.50 lagi penting dari settlekan hutang negara bertimbun .. Allah tak bagi diorang menang sebab ni lah, penting diri sendiri, tiada rasa cinta pada negara .. yang undi PH tu pun langsung tak pandang pada manifesto yang dijanjikan, yang mereka tahu, undi PH jatuhkan Najib .. tapi yang opposition pulak lebih kuah dari sudu .. cuba lah waras sikit ..

Kalau PAS menang, macam mana agaknya nak settle kan masalah hutang negara? Sedangkan sekarang pun tak reti nak jana ekonomi negeri, tak naya ke kat anak cucu esok esok?

Kedua, timbul pulak isu bengang kerajaan agi bonus .. wehh, sedar sikit, kau tu kerja swasta, yang kau pulak yang lebih kenapa? Isu pekerja kontrak ditamatkan, kesian Melayu takde kerja .. bukak kamus dewan, cari makna KONTRAK .. kalau macam tu pemikiran, untung la yang kerja kontrak kat company swasta, kontrak tak sambung,atau ditamatkan, boleh post kat media or wat press conference cakap company tindas melayu ..

Ketiga, bila government pecah kepala nak settle hutang negara .. dikatakannya mengelak dari nak tunai manifesto .. weh, kau buta ke apa rata² company jual kereta, kedai tayar dan sebagainya dah pun buang 6% gst walaupun belum 1 Jun lagi .. kau tak kisah hutang berbillion takpe sebab mostly sikap kau ni bukan jenis kisah hutang pun .. kadang rm50 pun liat nak bayar .. aku tak paham betul yang tak abis² nak minyak RM1.50 .. kalau kau rasa kau tak sayang negara pun takpe,tapi at least sayangi anak cucu yang akan hadapi masa depan nanti..

Keempat ..aku malas nak sebut pasal BN sebab aku tengok skang BN macam lebih beradab sikit .. tapi yang tak beradabnya bila mana mereka asyik sogokkan kata jika PH menang sistem raja dihapuskan, tapi at the end orang mereka yang tak hormat Sultan .. bukan sekali .. dulu kat Terengganu, sekarang kat Perlis .. tapi aku doakan agar BN jadi lebih baik dan berubah, supaya dapat bawa negara ke arah lebih baik di masa akan datang nanti .. insyaAllah .. Dan

Kelima .. tolong la penyokong pas, terima hakikat kekalahan dan istiqamah dgn perjuangan, bila mana korang label penyokong PH tolak islam, penyokong PH tak pandai agama,penyokong PH liberal dan sebagainya .. korang dah tunjukkan perangai yang tak sepatutnya ada dalam ajaran Islam .. Islam sangat cantik, agama yang diturunkan Allah kepada Muhammad s.a.w. , sangat lengkap .. tapi Islam tak ajar pengikutnya berkata keji terhadap orang lain ..the way of Islam .. korang tak boleh belajar melalui facebook sharing dan copy paste .. kita ada guru, kita ada Al Quran sebagai panduan .. we read, and we try to understand the meaning of every surah .. as long as agama lain tak menentang Islam .. takde masalah pun .. just open Al Quran and read surah Al Mumtahanah ayat 1 hingga 13 .. that is better than you hear something that you also confuse ..

Untuk 5 tahun ni, anggap Allah bagi kemenangan pada PH untuk bersihkan Malaysia dari hutang .. then tak puas hati, next election kita pangkah PAS pula .. so PAS dah dapat dua negeri, itu adalah peluang untuk buktikan yang PaS boleh mentadbir dengan lebih baik dari PH .. bukan sahaja agama, tapi juga ekonomi .. Allah murka jika diberi tanggungjawab, tapi ekonomi penduduk terabai ..

Islam tak ajar yang tu .. dan para penyokong pas juga, tolong tunjuk moral yang baik dari segi perkataan .. PAS bawa nama parti Islam, jadi jangan cemari nama Islam dengan perkataan² yang tak sepatutnya .. tunjuk contoh dan tauladan yang baik kepada bukan Islam .. jaga lidah .. sebab lidah tu lagi tajam dari pisau .. jangan sampai orang tengok Islam ni dasyat ..

sumpah aku sedih tengok cara some of supporter komen dan bagi kenyataan .. orang nak tunjuk kemurnian Islam bukan tunjuk keburukan .. kalau tak mampu nak memartabatkan kebaikan dan kemurnian Islam, lebih baik diam dari terus bagi kenyataan ..

Maaf semua kawan² yang terasa .. bagi peluang kerajaan buat kerja dulu, belum pun sebulan .. takkan lah hari ini bawak basikal roda tiga esok terus bawa kereta .. Kita selamatkan negara dulu, bagi bersih hutang dulu, next election kita bagi PAS pulak .. gilir gilir .. jangan emo emo sangat ye .. sampai tahap melabel mengeji bagai .. itu bukan ajaran Islam .. Demi Negara ..
Jom berpolitik secara matang dan sejahtera .. bukannya menyerang bila pendapat tak sehaluan .. kita nak berkawan,bukan berlawan .. kita nak keharmonian bukan kerosakan .. suara rakyat ada .. apa nak dirisaukan .. yang undi PH pun bukan asalnya nak undi PH .. tapi sebab nak tumbangkan Perdana Menteri Ke 6 dan Menteri Kewangannya .. bukan sebab manifesto ke apa ke .. kalau kerajaan sekarang buat hal, rakyat yang menangkan PH ni la yang akan bangkit tumbangkan balik .. kena faham yang tu je .. Tak faham? Lukislah sendiri .. sape komen emo, nampak sangat tak baca habis .. Demi Malaysia Demi Negara.

*hahaha nanti aku tukar tajuk dia ok. jangan marah. Tapi betul kan apa isi kandungan citer ni.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

25 respon:

mahligaiseni berkata...

SAYA SANGAT BERSETUJU AKAN POSTING SAUDARA. BAGUS!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tahu sebab mereka juga sedang menanggung hutang akibat GST dan ketirisan perbelanjaan negara semasa Najib.

Dan sebagai Ketua keluarga si ayah yang baru di naikkan pangkat akan utamakan penyelesaian bayaran hutang dan si anak akan kekal mendapat perbelanjaan seperti biasa sehingga hutang dapat di kurangkan dan ekonomi keluarga pulih semula.

Sebab itu rakyat yang waras faham kira-kira yang mudah macam itu.

Mengekalkan harga minyak adalah sama dengan tidak menambah kan perbelanjaan anak.

Corak kenaikan harga minyak semasa kerajaan BN amat menakutkan kerana sukar di jangka. Adakalanya harga minyak naik mendadak dan beberapa minggu turunnya sedikit. Tetapi harga minyak hari ini terkawal dan stabil kerana tidak di naikkan sekiranya mengguna formula BN.

Rakyat yang waras merasa sedikit kelegaan.

Sepatutnya penyokong PAS tuntut harga minyak murah semasa BN yang memerintah bukannya apabila harga minyak kekal seperti sekarang.

Dalam fikiran rakyat jika Najib yang masih berkuasa mereka yakin harga minyak telah naik seminggu selepas PRU. Semua ini telah ada dalam perancangan BN UMNO. Itu sebabnya rakyat merasa lega walau pun minyak tak turun

Tanpa Nama berkata...

Nama kerajaan pun Pakatan Harapan.

Semasa BN rakyat telah di gula-gulakan sudah tentu sukar untuk melenyapkan harapan rakyat yang bergantung pada pemberian bonus.

Tujuan BN bagi bonus pun supaya rakyat sentiasa bergantung pada BN dan secara tak langsung, baik sesiapa pun lah akan menantikan pemberian wang tersebut.

Bonus mengikut Kerajaan BN bukannya bergantung pada keuntungan hasil atau prestasi ekonomi tetapi lebih kepada pemberian dedak.

Bayangkan lah betapa banyak bonus boleh di beri atau kenaikan gaji di naikkan sekiranya negara tidak ada masalah dengan 1MDB.

Malah sepatutnya royalti minyak lah sepatutnya di utamakan dari memberi sokongan kepada isu skandal 1MDB. Tetapi ketika itu PAS begitu senang menerima kelentong Arul.

Kerana kebodohan PAS ketika itu lah Pakatan Harapan jangan bayar penuh royalti kepada kerajaan PAS. Sebahagian jumlah tersebut di gunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB. Dah selesai baru bayar royalti penuh.

Tanpa Nama berkata...

bila nak buat hukum jinayah Islam apa sai
puak kapir menentang n ada jugak melayu
itu tanda tak hormat hak umat Islam
Islam ugama bukan solat saja
tapi termasuk urusan hidup n bernegara n hukumnya

Tanpa Nama berkata...

Ya bagus pandangan saudara ini. Sebab itu lah kerajaan ph kena turunkan harga minyak bwh RM 2.00 seliter.

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan kontrak telah ada sekian lama. Mungkin sejak zaman Tun.

Kakitangan kontrak ini bertambah tambah sebab yang ujud tak pernah di tamatkan, sebab jika di tamatkan ia nya ada lah penindasan.

Kakitangan kontrak sentiasa di sambung jika pandai membodek PM.

Yang kakitangan kontrak di kesian kan tapi yang macam Ghana Petail dan Tuan Shukri yang tetap di paksa bersara atau letak jawatan.

Mereka yang di tamatkan kontrak boleh buat rayuan dan jika ada merit akan di serap.

Tanpa Nama berkata...

Yang ke 4 bro, pasal depa lagi kaya dari Sultan.

Kalau Sultan kaya dari mereka, patik junjung perintah Tuanku.

Tanpa Nama berkata...

kenapa malaikat tak tolong jika PAS ikhlas nak ikut cara Islam. Dan guna lah pendekatan sabar.

Termasuk urusan hidup tu yang bersedondon dan bersongkol dengan penyamun negara ke.?

Apa pun kita tunggu dan ikuti Islam PAS di Kelantan dan Terengganu dengan Islam PH...

Sengaja di beri hanya 2 kemenangan pada PAS di negeri yang miskin kerana Islam bermula dengan pengikut yang miskin.

Tanpa Nama berkata...

“Kita selamatkan negara dulu, bagi bersih hutang dulu, next election kita bagi PAS pulak .. gilir gilir .“

Mana boleh... bersusah payah kita selesaikan hutang demi kesejahteraan rakyat, dah elok terletak nak bagi pada orang yang bukan ahli.

Ingat apa kata MAZA, Zaman Nabi Sallahhualaihiwassalm ada orang alim ahli agama tapi tak di lantik jadi penguasa negeri.

jadi apa ukuran kita nak serah negara pada PAS?

Sekurang-kurang nya UMNO tak terikat dengan fahaman seperti Syiah, itu sebab keselamatan masih lagi terkawal..

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini tak payah pakai manifesto.

Sebab ada manifesto lah apa yang rakyat patut dapat sekarang di tangguh ke lima tahun lagi.

Guna bajet yang di bentang pun dah cukup.

Selepas Lim Guan Eng dedahkan masalah kewangan negara secara tulus, rakyat faham apa yang perlu di buat dulu.

Itu sebab minyak tak turun dan tol masih bayar rakyat tak kisah. Tetapi perlu di laksanakan juga. Jangan sampai jadi modal pilihanraya untuk kedua-dua pihak di PRU 15.

Ingat rakyat dah berani dan tahu..

Tanpa Nama berkata...

Pasal PAS pun buat jenayah. RUU ada lah jenayah Hadi yang paling besar.

Dalam manifesto PAS tak sebut apa-apa pasal hukum. Apa pasal?

Suhaimi Bin Ayob berkata...

Rasanya hari ke100 banyak hari lagi. Kalau nak pertikai kemampuan PH untuk menunaikan manifesto pun tunggu la hari ke99 itu baru adil untuk memperlekehkan PH. Memang celakalah orang yang mempertikaikan ini adalah orang yang menyokong dan mengundi PAS/BN pada pru14 tapi mahukan semua dilaksanakan secepat mungkin. Bagi penyokong dan pengundi PH anda adalah rakyat yang prihatin dan yang terbaik sebenarnya yang hidup Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Sokong 110% pandapat rencana di atas.....PAS dah kuat boleh guna siku, boleh guna lutut! PAS dah jadi KING MAKER sekarang...ha ha ha

Tanpa Nama berkata...


TYPICAL PENDAPAT TOTOK PAS


bila nak buat hukum jinayah Islam apa sai:

MASA PAS BERSAMA BN DULU 1970-1978...DIA BUAT TAK?
/MASA HADI MEMERINTAH TERENGGANU-1999-2004..DIA BUAT TAK?

puak kapir menentang n ada jugak melayu

PUAK KAPIR MENENTANG-SEJAK BILA ORNG KAPIR SOKONG HUKUM ISLAM?PAS KATA ORNG MELAYU BERSAMA KAFIR!TAPI DIA INGAT TAK,PR14 BARU NI,RAMAI ORNG2 KAFIR GUNAKAN PARTI MELAYU ISLAM PAS!BAB NI KITA NAK KATA APA?
itu tanda tak hormat hak umat IslaM
YG PAS BAGI ORNG KAPIR MENGUNAKANNA (ADA BACKGROUND CANDIDATE KAFIR ADA GAMBAR ARAK LAGI)...HORMAT ISLAM?
Islam ugama bukan solat saja..
BETUL TU...
tapi termasuk urusan hidup n bernegara n hukumnya

URUSAN NEGARA YG MACAMANA?HUKUM YG MACAMANA?


URUSAN CACAMARBA,HUKUM YG BERPILIH?

Tanpa Nama berkata...

stuju.

HADIGOL berkata...

dpd pas kempen nk martabat hukum islam semata2 dgn ruu355 yg terkandas.. lbh baik pas memartabatkn islam dlm diri mereka.. martabatkn budi bahasa akhlak dn martabat imej islam yg mereka bawa.

juga martabatkn kepakaran mereka dlm tadbir urus sebuah kerajaan. jgn kerana tkmahir dlm ekonomi mereka tuduh org lain yg nk menjaga ekonomi sebagai pejuang dunia. pas tu pejuang akhiratla sgt.

skrng baru kita fhm kenapa dulu tun m pernah cadang utk halang penggunaan perkataan islam dlm nama parti.. sebb akn ada yg anggap parti itu agama.

Tanpa Nama berkata...

penyokong pas punya komen dah mcm sampah skrg

Tanpa Nama berkata...

elok org pas suruh mb Kelantan letak jawatan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah memungkiri janji yang dibuatnya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih setahun lalu yang menyatakan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan jika masih gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan pada tahun 2015.

Tanpa Nama berkata...

Begitu teruk najib dan pembantu2 dia(bini, menteri2, vvvip k/t awam) menghuruharakan ekonomi negara. Jgn biarkan mrk lepas bebas menikmati habuan sdgkan kerajaan baru terpaksa bertungkus lumus merawati keadaan. Oleh krn hj hadi bersungguh2 sangat (konon) nak laksanakan hudud, aku cadangkan hadi dilantik org pertama melaksanakan hudud dgn memotong tangan najib dan rosmah

Tanpa Nama berkata...

alahai...janji tetap janjilah oiii...PH yng janji...tak kiralah..mcm mana kena tunai janji.. klau tak PH ni kerajaaan Al munafikun..dan kafir harbi..padan muka nak sngt kan nak perintah...hadam lah...dulu jadi pembangkang kau reka cerita. fitnah itu ini.. sekarang Allah byr cash...kau rasa pulak jadi.yng memerintah...kita orang pembangkang well educated..bukan mcm kau orang..tgok Mat Sabu pun cukup...clown betul dah tu..pilih atok platinum...jadi PM...umur 93 ..mcm...YB Dap kata..tunggu kasi menang dulu baru boleh main mahjung dgn lee kuan yue...hahaha...kelakarlah..patutlah Pm Atok platinum ni kata orang PH dan sapa undi PH ni un educated...termakan hasutan fitnah..adu domba...well nak buat macamna uneducated...InsyaAllah pru 15 we rampas balik..cuba lah selidik sikit..PH menang tu majority mudah k..tak kan..Umno menang 54 kerusi. ..lagi satu dlm Malaysia ni berapa juta yng layak mengundi Pru 14 ni..berapa je yng buang
undi...carilah..nanti terperanjat . sesak nafas...hihihi

Tanpa Nama berkata...

mmg nampak sangat pemikiran penyokong PH setakat 5sen ja...PH dah janji memacam dlm manifesto, laksana je la janji tu..jgn jadi munafik pulak!

Tanpa Nama berkata...

Tak perasan agaknya Ahli Parlimen Umno sahaja yang sedang diserbu dan digeledah oleh pihak berkuasa sekarang? Paling teruk dari Pekan. Huhuhu. Banyak kesan pada Umno.

Tanpa Nama berkata...

sudah tentu lah manifesto PH di buat berdasarkan hutang negara seperti apa yang Najib katakan atau kedudukan ekonomi yang masih boleh bertahan. kalau teruk pun tak lah seteruk begini.

Pemimpin PAS lagi teruk dengan menerima penjelasan 1MDB selama 2 jam sahaja seolah-olah masalah 1MDB boleh diselesaikan dalam 14 hari.

Apabila PH mengambil alih, rupanya masalah 1MDB sangat teruk dan hutang nya lebih dari yang di jangkakan.

Ekonomi yang sepatutnya boleh di pulihkan dalam 1 bulan rupanya bukan boleh di pertahan tetapi perlu di selamatkan terlebih dahulu.

Ini lah akibatnya apabila bekas Menteri Kewangan Najib memberi maklumat tidak tepat dan PAS buat bodoh mengenai perkara ini.

Kini Menteri Kewangan ialah LGE telah mendedahkan angka yang sebenarnya yang mengejutkan semua orang. Dengan angka yang mengerunkan ini, manifesto yang di rancang agak payah sedikit untuk di laksanakan kerana aku bersumber dari angka yang di beri oleh Najib.

Kena faham situasi ini tapi PAS mengambil kesempatan kerana PAS sememangnya tak reti sangat hal kira mengira macam ini. Yang PAS tahu gelar orang munafik.

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Untuk mendapat kemenangan perlu usaha keras dan kebijaksanaan yang tinggi.

Dengan dua faktor tersebut baru lah dengan izin Allah di beri kemenangan.

Ini bukan nya Allah bayar Cash tapi hadiah atas apa yang di usahakan dengan bijak.

Menyentuh mengenai PAS, ternyata PAS tak banyak usaha melainkan menempek pada Najib dan nasib Najib.

Malangnya nasib Najib begini dan tempiasnya kena pada PAS. PAS dapat undi pun kerana perjuangan PAS di tambah untuk membela Melayu. Jika kerana agama sukar juga PAS nak menang di dua negeri.

Kalau sebelum ini pun dalam parlimen PAS jadi pasu bunga apalagi apabila PH yang jadi Kerajaan. Tak kan PAS nak bantah 2% potongan epf, tak kan PAS nak bantah usaha PH memerangi rasuah. Jadi sebenarnya kalau semua wakil PAS ponteng pun tak apa. Sebab tak ada apa yang nak di bantah.

Memang orang PAS toyol.. Biar PH selesaikan hutang kemudian PRU 15 PAS akan rampas.. Tahu tak berapa lama untuk menjadikan hutang negara jadi berbilion? Apabila PH tahu PAS kemungkinan besar akan menang, PH akan buat hutang sehingga PAS tak tahu macam mana nak bayar balik. Ditambah pulak Muhammad Sabu akan sorok emas dan duit macam Najib tapi kali ini Mohamad Sabu tak bodoh macam Najib simpan kat rumah..

UMNO bukan patut memang 54 kerusi malah kalau di campur dengan kerusi PAS, PH kira mampus terus selepas PRU.

Walaupun berjuta rakyat tak mengundi, Kerajaan tetap satu iaitu PH. Apabila dah duduk dalam Parlimen, tak ada orang nak kira berapa jumlah yang mengundi. Yang orang tenguk ialah berapa kerusi. Kerana jumlah kerusi lah yang meluluskan akta, bajet dan dasar.


Mohamad Sabu akan sentiasa mendapat tabik dari anggota tentera di mana pun dia berada. Tabik bukan sebarang tabik seperti Kontinjen Keselamatan PAS kepada Hadi.

okay. selamat bersahur

Tanpa Nama berkata...

Pas toksah cakap banyak. Tlg majukan kelantan dan tganu. Jk tak berjaya jg, padan muka rakyat mrk yg memilih pas. Jgn salahkan pemimpin krn pengundi yg memilih mrk