Kini Anwar Ibrahim bebas bergerak menghirup udara demokrasi dan menuai hasil reformasi bersama rakyat yang memilih Pakatan Harapan pada tarikh keramat 9 Mei 2018.
Tetapi
Tetapi
Tetapi ...
Anwar Ibrahim perlu waspada. Banyak mata memerhati dan ramai juga dari rakyat yang masih termakan dengan cerita tahyul lama, Anwar Ibrahim seorang peliwat. Sisa candu tahyul itu bukan mudah untuk dikikis. Cuma keperibadian dan teladan kepada seluruh rakyat akan mengangkat imej Anwar Ibrahim lebih dijulang. Harap dan kita berdoa tidak akan ada terulang LIWAT 3!
Terbaru, nitizen yang sangat sensitif dengan sebarang isu melihat wajar atau tidak wajar Anwar Ibrahim naik jet kerajaan untuk menerima undangan rasmi pihak Istana Kelantan. Anwar dan keluarga mendakwa mendapat jemputan rasmi dari pihak Istana. Urusan rasmi. Apakah rakyat mampu memahami urusan rasmi dengan kos jet kerajaan?
Apa jua alasan, nitizen tidak penting akan kedudukan dan pangkat. Anwar Ibrahim dan seluruh pemimpin Pakatan Harapan harus ingat, mereka bangkit kerana penderitaan dan kesusahan di bawah rejim Najib. Jika tiada perbezaan dengan rejim UMNO. Rakyat akan menolak lagi pada PRU akan datang.
Untuk itu, pesanan sekadar berhati-hati. Sikit kealpaan, mengundang persepsi buruk dari semua. REFORMASI PAK ANWAR!
penburukonline.blogspot.com |6.28PM
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
7 respon:
Saya sangat bersetuju, tuan. Saya penyokong DSAI dan Pakatan Harapan, namun saya sangat bersetuju dengan pandangan tuan. Semua pihak dalam Pakatan Harapan harus berhati-hati. Jangan dedahklan diri kepada kemungkinan tanggapan negatif yang baharu. Kalau itu berlaku, penat kita nak menghadapinya.
The sole purpose of this is to create disunity among the current Government parties. And also to create disharmony between us the people.
This writing will give negative impact.
The sole purpose of this is to create disunity among the current Government parties. And also to create disharmony between us the people.
This writing will give negative impact.
Sebagai peringatan memang baik. Tapi sepatutnya lah kan Kerajaan Kelantan kena sedia kan atau tanggung perbelanjaan ke sana.
Anwar mengadap Sultan Johor dengan pesawat peribadi Baginda... Ini kemahuan dan hajat Tuanku..
Begitu juga Istana Kelantan.. tapi kita sedia maklum yang hasil negeri Kelantan se banyak mana..
Tapi hajat Bonda YDP Agung tidak mungkin dapat di tangguh.. Tak kan lah YDP Agung kena balik Kelantan dan bawak Bonda nya ke sini..
Wallahuaklam
Amat jelek langkah Anwar sejak mendapat pengampunan . Anda boleh menilai ungkapan dan langkah beliau sejak akhir" ini .
Saya pendukung tegar PH - cuma curiga cara Anwar kebelakangan ini .
Jet tu perlu utk kabinet jika ada urusan rasmi atau emergency, boleh isi ramai menteri, heli x praktikal. Tapi isunya kenapalah tayang seluruh keluarga naik jet tu? Anwar ni sama je dgn najib, dia gila popularity.
Apabila di tayangkan gambar seluruh keluarga di situ lah kesilapan kecil DSAI yang besar bagi lawan politik nya.
Manusia memang kurang senang apabila melihat orang lain dapat rasa kesenangan. Saya akui saya sendiri terasa.. Begitu juga melihat orang berkereta mewah. Tapi yang berkereta mewah macam Lobai tak sama. Itu bukan nya rasa kurang senang tapi sakit hati kerana di persendakan oleh Lobai-Lobai.
Tetapi mengatakan DSAI gila populariti seperti Najib kurang tepat kerana ada orang kenamaan yang mahukan cerita firsthand dari DSAI dan isterinya Wan Azizah.
Jangan lah terburu-buru tetapi cuba lah fahami keadaan tersebut.
Sebelum Kerajaan di bentuk YDP Agung telah memberi persetujuan memberi pengampunan kepada DSAI. Dan beberapa hari selepas itu DSAI pun di bebaskan dengan pengampunan penuh.
Ingat kecil ke jasa YDP?
Berhati-hati lah apabila kita di beri kesenangan. Jangan terlalu gembira..
Wallahuaklam
Catat Ulasan