Jumaat, 4 Mac 2016

PAS tak sertai Dr Mahathir tumbangkan Najib, mahu jadi ‘blok ketiga’

PAS tidak akan menyertai majlis menandatangani perisytiharan bagi menuntut penyingkiran Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri, yang dijangka berlangsung esok atas inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu lebih selesa menjadi "blok politik ketiga" dalam mengubah kepimpinan negara.

"PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam program tersebut kerana PAS mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui blok politik ketiga, ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi dan berperlembagaan," kata Takiyuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PAS memilih jalan menyembah cadangan kepada Majlis Raja-raja agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana politik RM2.6 bilion dan isu semasa yang lain.

"PAS konsisten dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara."

PAS juga mencadangkan agar Parlimen Malaysia dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan bagi membentuk kerajaan baharu.

Siang tadi, Pakatan Rakyat juga menjarakkan diri daripada majlis perisytiharan menuntut penyingkiran Najib esok kerana gabungan pembangkang itu mahukan reformasi menyeluruh sistem politik tanah air dan bukan sekadar menggantikan seorang perdana menteri semata-mata. – 3 Mac, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Blok ke tiga ke atau ke lapan ke next pru kuburkan pas dan bn sekali