Selasa, 22 Mac 2016

Muhyiddin: Layan kami macam perompak selepas dipecat ..kekekekkeek

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dirinya digambarkan seperti "perompak" apabila hanya berita buruk mengenai beliau disiarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Mengenang zaman ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin berkata, kini tiada lagi liputan akhbar itu seperti zaman popular beliau.

"Sekarang ini mereka nak tengok muka saya pun tak boleh lagi, mana ada Utusan di sini. Yang ada Malaysiakini, Pak Din Turtle (penulis blog) dan Malaysian Insider (kini ditutup).

"Kalau tuan-tuan baca Utusan, cerita-cerita yang buruk pasal Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas MB Kedah).

"Keluar macam-macam (berita), macam kami ini perompak dibuatnya," katanya ketika berucap di program Bicara Rakyat Polemik Politik Masa Kini di Dewan Sri Teratai Kampung Batu Ampat, Kota Tinggi, malam tadi.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga sempat berseloroh dengan hadirin mengenai keadaan beliau yang kini tidak lagi disambut oleh pengiring dan paluan kompang ketika menghadiri program selepas dipecat sejak lapan bulan lalu.

"Hari ini, tidak ada walaupun hanya satu kompang.

"Tak apa, saya tak pegang jawatan lagi. Mereka yang bermain kompang boleh tidur lena," katanya disambut ketawa kira-kira 1,500 yang hadir.

Selepas berada dalam kerajaan sejak 37 tahun lalu, Muhyiddin dipecat pada 28 Julai lalu daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Malah, beliau yang kini digantung tugas sebagai timbalan presiden Umno, turut bersama 50 individu menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menggesa pengunduran Najib sebagai perdana menteri, pada 4 Mac lalu.

Sementara itu Muhyiddin berkata, sehingga hari ini sudah lebih 50,000 tandatangan telah dikumpulkan dalam kempen selamatkan Malaysia.

Menurut Muhyiddin, beliau merupakan penggerak utama meminta Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

"Sayalah penggerak utama untuk minta Pak Lah berundur selepas PRU 2008. Saya jumpa Najib ketika itu dia timbalan perdana menteri dan bagi tafsiran keputusan PRU kurang baik.

"Kita menyarankan supaya beliau ambil alih kempinan negara daripada Pak Lah (Abdullah).

"Tapi hari ini saya melihat situasi agak begitu sukar, apabila kita lihat kepimpinan khususnya Najib. Pada peringkat awal nampak macam molek," katanya.

Namun tambah Muhyiddin, berbeza dengan Najib, Pak Lah jauh daripada sebarang skandal walaupun kepimpinan beliau dilihat tidak kukuh.
Ini hukum karma la Muhyiddin, dulu masa pegang kuasa, ada kau tengok benda-benda baik dari Utusan untuk pembangkang. Memang tak ada pun yang baik dan terbaik ..sekarang rasalah ..

Dan satu lagi, Utusan ini bukan ada kerja lain .. milik UMNO yang boleh dijual hari-hari kan .. inilah kerajaan zalim lagi celaka pernah ada .

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Baru kau tahu penangan UMNO...
Rasakan...!!