Jumaat, 19 Februari 2016

GEGAR: WSJ dedah derma RM2.6 billion bukan dari Arab Saudi!!

Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi (BELUM DISAMAN) dan kami ada banyak bukti sokongan," katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang tersebut dalam akaun Najib.

Najib pada mulanya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada WSJ namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata.

Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Kini beberapa pihak berkuasa luar negara sedang menyiasat urus niaga 1MDB walaupun Najib belum dinamakan lagi dalam mana-mana siasatan.

Brown turut mengulas cadangan Apandi untuk mengetatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.

"Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.

"Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya," katanya.

Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.

"Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya," katanya. – 18 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

UIKS...WSJ NI KITAB SUCI AGAMA MANA?KRISTIAN...TIDAK...BUDHA TIDAK,ISLAM TIDAK.HINDU PUN TIDAK.HABIS TU BUAT APA NAK PERCAYA BULAT2LAPORAN WSJ.ADA OTAK PIKIR,ADA AKAI PAKAI,KOT YER PUN NAK CARI SALAH TOK NAJIB CARI LAH SUMBER YANG SAHIH,JANGAN DOK PERCAYA APA SAJA YANG DIKATA OLIH PEMUTAR ALAM.

Tanpa Nama berkata...

Kuat macai ni jilat...

fissal berkata...


huh ...mmg kuatjilat bro ... die ade share gak kut... dedak2 yg ditiup angin ..ntah la ape yg die tahu ...ade gak org yg mcm ni... Negara tgh semput ...dlm keadaan critical ......hancur ...jahannam ....binasa ...habis kita semua ...ntah apa akan jadi kt anak cucu cicit kita ... xpayah tunggu dajjal ... bangse kita dah pun dajjal ...mmg dajai sungguh ...

Tanpa Nama berkata...

Macai macai jugak, mati hidup balik perangai tetap kuat jilat menjilat, rakyat semua hidup dalam kesusahan dan kegelisahan dengan ekonomi negara yg dibanggakan oleh para menteri2 dan macai2.

Tanpa Nama berkata...

Macai ter lebih makan dedak mcmtu la.kalau islam ka boleh merasuah ka,bebal punya macai..kalau bebal.sila diam dok dlm gua nun..jgn tunjuk sgt kebodohan tuh

Tanpa Nama berkata...

Ye la..2.6b tu pun..mula2 kata fitnah..lepas tu memang betul2..sapa yg report kalau bukan wsj..