Khamis, 31 Julai 2014

Keputusan PAS dalam pakatan rakyat

MENJAWAB pertanyaan di atas, penyokong Pas akan terbelah tiga — ada yang mahu kekal dalam PR, ada yang mahu Pas menyertai BN, dan ada mahu Pas keluar dan berdiri dengan kekuatan sendiri.

Bagi yang menyokong untuk keluar, mereka menyatakan Pas yang banyak membantu PR untuk menang besar dalam pilihan raya. Pas yang banyak bertolak ansur dengan onar yang dibuat oleh PKR dan DAP. Pas yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Pas yang telah teruji banyak dalam politik tanah air.

Tidak cukup dengan itu, mereka menyatakan Pas adalah parti ideologi yang jelas dan tegas untuk menegakkan negara Islam. Oleh itu, perjuangan Pas tidak sama dengan perjuangan PKR dan DAP.

Dan dengan alasan itu, mereka yakin sekiranya bertanding sendirian pun Pas tetap boleh memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya.


Tepatkah alasan Pas tersebut?

Saya bersetuju parti Pas mempunyai sokongan bawahan yang kuat dan mempunyai pendirian politik tentang Islam yang tegas. Tetapi saya tidak bersetuju untuk menyatakan Pas sebagai parti yang kuat jika bertanding sendirian.

Sejarah pilihan raya telah menunjukkan jika Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenanginya sikit sahaja. Adalah amat sukar untuk Pas menyaingi kekuatan Umno sebagai parti orang Melayu dan Islam.

Pas hanya kuat pada tahun 1974 apabila menyertai BN, kuat pada tahun 1990 apabila bersama dalam pakatan APU, dan kuat pada tahun 1999 hingga 2014 apabila bergabung dengan parti lain dalam BA dulunya dan PR sekarang.

Saya cukup yakin sekiranya Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenangi oleh Pas adalah sedikit sahaja, malah belum tentu boleh membentuk kerajaan negeri di Kelantan.

Jika meragui kenyataan saya ini, Pas boleh mencubanya dengan mengambil tindakan keluar dari PR. Kita tengok pencapaian Pas dalam pilihan raya yang akan datang.


Perlukah Pas menyertai BN?

Jika Pas sudah tidak boleh bekerjasama lagi dengan PR, maka baiklah Pas keluar dari PR. Selagi Pas dalam PR, maka akan selalu ada pandangan bahawa Pas adalah parti yang kuat dan boleh bertahan sendirian, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Jika Pas keluar dari PR, apakah Pas perlu menyertai BN? Saya fikir bagus untuk keluar dari PR dan menyertai BN. Ada tiga keperluan. Pertama, untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu dan Islam. Kedua, untuk membolehkan BN mendapat sokongan dua pertiga majoriti dan seterusnya meluluskan persempadan baru kawasan pilihan raya.

Ketiga, saya mahu tahu kekuatan Pas selepas meninggalkan PR. Apakah Pas akan kekal kuat? Apakah Pas kekal disokong oleh anak muda? Apakah Pas boleh kekal baik dalam BN? Apakah peristiwa Pas dipecat dari BN pada tahun 1978 tidak berulang lagi? Dan paling penting, saya mahu tahu apakah Pas ini parti yang boleh bertahan kerjasamanya dengan parti lain?

Jika merujuk kepada sejarahnya, Pas gagal berrtahan dalam BN, gagal bertahan dalam APU, gagal bertahan dalam BA, dan sekarang saya mahu tengok pula bagaimana kesudahan kerjasamanya dalam PR?


Apa yang perlu Pas lakukan?

Pada saya, yang menghadapi krisis sekarang bukan PR. Yang menghadapi krisis ialah Pas. Bagi mengatasi kemelut ini, sudah sampai masanya pemimpin Pas memanggil perhimpunan agung tergempar.

Biarkan pemimpin akar umbi mengundi membuat keputusan sama ada untuk keluar dari PR, menyertai BN atau keluar PR untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Keputusan majoriti itulah yang perlu diterima sebagai penentu hala tuju masa depan Pas.

Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin Pas berfikir dan mengambil keputusan tegas tentang hal ini. Jika sekejap ada pemimpin kata tidak boleh sepakat dengan PR dan sekejap pula ada yang kata boleh sepakat, itu politik yang tidak ada jiwa, tidak ada semangat setia kawan, tidak menentu pendirian politiknya dan tidak ada hala tuju yang jelas.

Yakinlah, jika Pas sudah membuat keputusan tegas, sekurang-kurangnya kemelut politik hari ini boleh reda seketika.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff


sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Kisah Benar: Jadi hamba seks jin!

RESAH di hati Liya sejak dua bulan yang lalu, terus membelenggu fikiran dan emosinya. Keadaan perut yang semakin membesar, membuatkan Liya semakin menjadi tidak keruan takut-takut apa yang dijangkakan selama ini akan terjadi.

Mahu sahaja dia berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan. Namun Liya jadi takut, andai keputusan positif yang dilakukan sendiri melalui alat ujian kehamilan, disahkan oleh doktor. Liya bingung. Bagaimana boleh hamil sedangkan dia sudah lama tidak berhubungan dengan suaminya, Razif.

Razif pula sejak dua bulan yang lalu sering tiada di rumah. Balik pun sekejap-sekejap. Itu pun dalam keadaan keletihan. Cuma apa yang menakutkan Liya, setiap kali suaminya balik ke rumah, malam itu Liya akan ‘didatangi tubuh yang seakan suaminya’ berhubungan dengannya. Tapi Liya tahu, itu bukan Razif kerana Liya masih dapat melihat Razif sedang nyenyak tidur di sebelahnya.

Keesokan paginya dia akan menceritakan kejadian malam tersebut. Namun Razif seolah tidak mahu percaya. Katanya, Liya mungkin berkhayal atau bermimpi. Tapi bukan sekali, sudah dua tiga kali perkara tersebut berlaku. Apatah lagi, setiap kali ‘hubungan’ tersebut berlaku, Liya seolah-olah jadi kaku. Tidak mampu untuk mengejutkan Razif daripada tidur. Liya cuba sedaya-upaya untuk memanggil suaminya, tetapi mulutnya seakan terkunci.

Namun setiap kali hal itu diberitahu Razif, suaminya seolah-olah tidak mahu melayan pertanyaan demi pertanyaan. Liya mula syak sesuatu yang buruk berlaku pada dirinya. Apatah lagi dengan amalan suaminya selama ini yang mencampuradukkan ayat-ayat al-Quran dengan bacaan-bacaan mantera yang sukar untuk difahami, membuatkan kebimbangannya semakin berasas. Namun dia tidak mahu menuduh suaminya dengan perkara yang bukan-bukan.

Bagi mendapatkan kepastian, Liya cuba bertanya kepada Razif. Begitu pun setiap kali dia membuka mulut, pasti akan diherdiknya. Liya takut, jika suaminya terjebak dengan ilmu-ilmu sesat. Pernah suatu malam, Liya nampak suaminya seakan berinteraksi dengan ‘seseorang’. Tapi kewujudannya tidak kelihatan. Bila ditanya, sekali lagi Razif akan memberikan pelbagai alasan.

Perut yang semakin membesar diusap Liya. Fikirannya melayang. Degup jantungnya kian bergetar. “Ini anak siapa?," tiba-tiba soalan itu terpacul daripada mulut Liya. Sesuatu yang cukup membimbangkan Liya, jika bukan anak ini daripada benih Razif, tapi adakah dia anak…? Liya tidak mampu meneruskan bisikan hatinya.

Rohani, teman rapatnya dihubungi. Segala-galanya diceritakan kepada Rohani. Dengan bantuan Rohani, Liya dibawa berubat. Namun setiap kali Liya dibawa berubat, maka malam itu Rohani sering diganggu. Hatta pernah suatu ketika, suami Rohani mendapatinya pengsan di dalam tandas di rumahnya. Bila ditanya, Rohani menjelaskan, kelihatan lembaga yang menakutkan muncul tiba-tiba. Siapa makhluk itu?
sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Rabu, 30 Julai 2014

Kubur mentua 'berasap' di pagi raya

isangkakan kubur mengeluarkan asap namun kegemparan yang berlaku hanya seketika apabila ia sebenarnya cuma dahan pokok yang terbakar dan jatuh menimpa beberapa kubur di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, semalam.

Sorang saksi Othman Abu, 48, berkata dia dan keluarganya datang ke tanah perkuburan itu kira-kira jam 9.20 pagi kerana ingin menziarahi pusara ibu mentuanya namun terkejut kerana mendapati tiga kubur yang jaraknya dianggarkan 20 meter dari kubur mentuanya itu mengeluarkan asap.

“Saya pergi lihat dan saya dapati pokok tersebut sudah hangus dijilat api serta dahan-dahan pokok tersebut turut tumbang dan menghempap dua kubur,” katanya.

Othman memberitahu dia bersama dua lagi orang awam cuba memadamkan api di pokok itu sebelum merebak ke kawasan lain dan beberapa minit kemudian tiba bagi mengawal api di kawasan kubur berkenaan serta membersihkan dahan yang menghempap kubur itu.

Menurutnya, tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kubur lain.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada sampah yang dibakar secara terbuka yang dipercayai dilakukan sejak kelmarin.

“Apabila api kecil tidak dipadamkan maka ia boleh merebak sehingga menyebabkan sebatang pokok hangus dijilat api serta dahan pada pokok itu tumbang,” katanya ketika dihubungi.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Panas ..! desakan supaya Hadi Awang diganti segera ..!!

Berikutan tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan peribadi menyokong Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, ia kini melarat kepada pergolakan yang lebih besar kepada Pas dan juga PR. Di dalam Pas, ia telah menyerlahkan keinginan sesetengah pihak dalam parti itu yang ingin bekerjasama dengan UMNO dan mengkhianati rakan-rakan sepejuangannya melalui maklumat whatsapp yang bocor dan tersebar luas sekarang ini.

Hadi Awang Tidak Relevan Lagi Pimpin Pas

Di dalam PR pula, tindakan Haji Hadi itu telah meretakkan hubungan PR dan menungkinkan kerjasama antara Pas, PKR dan DAP bakal berkecai.

Secara langsung juga, ia menyerlahkan kelemahan Haji Hadi sebagai presiden parti. Beliau seharusnya sedar bahawa sebagai ketua parti, beliau tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mendahului keputusan mesyuarat, lebih-lebih lagi jika menyedari ia mungkin menimbulkan kontroversi.

Apakah perlunya Haji Hadi bercakap mempertahankan Khalid Ibrahim secara gopoh tanpa mahu menunggu mesyuarat pada 10 Ogos depan? Apakah kepentingan yang ingin dipertahankannya?

Di sinilah terserlahnya kelemahan utama Haji Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor ini, tambahan pula beliau juga tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 23 Julai lalu.

Melalui tindakan Haji Hadi itu juga, ramai yang kecewa dengan sikapnya itu. Ahli Pas yang mendokong perjuangan bersama PR dengan hasrat utama menumbangkan UMNO, mulai merasa mual dengan perkembangan terbaru ini. Haji Hadi bukan saja dilihat senada dengan UMNO dalam mempertahahkan Khalid, bahkan pembocoran adanya pimpinannya sendiri yang mahu bekerjasama dengan UMNO dengan membentuk kerajaan campuran tidak lebih menunjukkan bahawa menentang kemungkaran yang sering dilaung-laungkan selama ini bukanlah agenda utama sebenarnya.

Soal kedudukan Khalid yang akhir-akhir ini mesra dengan UMNO tetapi ingin dipertahankan oleh Haji Hadi dengan alasan beliau tidak pernah mengkhianati rakyat, jelas menunjukkan Presiden Pas itu tidak belajar daripada kesilapannya mempertahankan Azizan Razak di Kedah dahulu. Ketika itu ramai pimpinan Pas Kedah yang mahukannya menukar Azizan Razak tetapi kerana terus dikekalkan, akhirnya UMNO dapat merampas kembali negeri itu.

Begitu juta di Selangor, Khalid sejak akhir-akhir ini telah menampakkan wajahnya yang sebenar. Beliau lebih mesra UMNO dan Pusat daripada PKR dan PR yang meletakkannya ke jawatan Menteri Besar. Beliau bukan saja mentadbir Selangor secara solo, malah tidak mahu menemui jawatankuasa yang dipersetujui oleh PR mengenai isu air.

Mungkin benar, seperti pemahaman Haji Hadi bahawa Khalid tidak mengkhianati rakyat tetapi beliau sebenarnya telah mengkhianati perjuangan PR dan rakan-rakannya sendiri.

Tidak mustahil mengekalkan Khalid yang disokong oleh Haji Hadi akan menyebabkan sejarah Kedah berulang dengan jatuhnya juga PR di negeri itu.

Oleh itu, untuk memastikan PR terus relevan dan kekal dengan momentumnya, bukan saja Khalid perlu ditukar, bahkan Haji Hadi sebagai Presiden Pas juga perlu dipencenkan dengan segera. Untuk menjadikan Pas terus diterima rakyat dan dinamik dalam tindakannya, Pas perlu dipimpin oleh seorang yang lebih matang, tidak gopoh, bijaksana serta kukuh pendiriannya.

Haji Hadi sekarang bukan lagi Haji Hadi yang dulu. Jika semasa namanya memuncak, beliau terkenal sebagai pemidato yang hebat dan keras dengan perkataan kafir dan taghut jarang lekang daripada bibirnya, bahkan amanatnya yang menolak kerjasama dengan UMNO kerana tidak mengamalkan ciri-ciri Islam masih lagi menjadi rujukn dan diperkatakan. Namun kini, ciri-ciri Haji Hadi yang dulu semakin menipis dalam dirinya.

Beliau juga begitu mudah dipengaruhi oleh maklumat tidak sahih, terutama dalam isu pil kuda dan calon bertindih di beberapa kawasan dalam pilihanraya lalu sedangkan kesepatatan telah dicapai sebelum itu. Ada juga maklumat menyebut beliau turut mengadakan pertemuan dengan kelompok tertentu dalam UMNO mengenai pembentukan kerajaan perpaduan sebelum pilihanraya lalu.

Semua ini menunjukkan ketidakyakinan terhadap perjuangan sendiri dan mudah terbuai dengan tawaran-tawaran lain daripada pihak luar.

Beliau juga ditakrif gagal kerana hanya berjaya mempertahankan kerajaan Terengganu selama sepenggal sahaja. Selepas menang di Terengganu pada 1999, tidak lama selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, Pas kemudiannya dalam pilihanraya 2004, 2008 dan 2013 seolah-olah tidak mampu lagi menumbangkan UMNO di Terengganu walaupun ketika UMNO Terengganu dipimpin oleh Ahmad Said yang paling gedebe dan kononnya paling tidak berkualiti serta dibenci.

Moralnya ialah rakyat Terengganu dapat melihat sendiri selama sepenggal kepimpinan Haji Hadi sebagai Menteri Besar lebih banyak diselubungi ketidakmampuan dan kelemahan. Haji Hadi nyata berbeza dari segi aura dan karismatiknya jika dibandingkan dengan Nik Aziz yang bukan saja lebih diterima oleh rakyat Kelantan, bahkan lebih kontemporari dalam membicarakan isu-isu semasa. Pengundi muda lebih menerima Nik Aziz berbanding Haji Hadi.

Kiranya Pas ingin terus maju ke depan dan dinamik dalam gerak kerja politiknya bersama PR, dalam pemilihan akan datang dan sebelum pilihanraya 2018, Haji Hadi perlu ditukar segera. Pilihlah yang terbaik di antara barisan kepimpinan Pas sedia ada untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti itu.

Pas perlu segera diselamatkan jika ingin terus mendapat sokongan yang baik daripada rakyat. Tindakan Haji Hadi "kacau daun" dalam isu Menteri Besar Selangor sudah mula menunjukkan adanya penolakan rakyat biasa terhadap parti itu. Ada juga ahli Pas yang mahu meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan kelemahan yang ditunjukkan oleh Haji Hadi, lebih-lebih lagi hasrat untuk bergabung dengan UMNO yang jelas ditunjukkan oleh salah seorang pimpinannya.

Jika Haji Hadi terus kekal memimpin Pas bersama gerombolannya yang pro UMNO, parti itu bukan saja akan terus menjadi pembangkang, malahan tidak mampu menyumbang kekuatan kepada PR mencapai cita-cita menumbangkan UMNO dan BN. Mungkin Pas hanya ingin pahala di akhirat dan lebih merelakan negara ini digenggam oleh UMNO dan BN. (SH 30/07/2014)
Shahbudin Husin at 10:06

* korang rasa perlu ke Hadi Awang ditukar?

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Kami mungkin berpecah selepas Aidilfitri - PAS

Pakatan Rakyat (PR) mungkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor, kata sumber dalaman parti Islam itu.

Menurut sumber yang turut menghadiri mesyuarat PR mengenai isu menteri besar Selangor itu, mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan hebat di antara golongan yang mahu Khalid kekal dan golongan yang menghormati keputusan PKR meletakkan calon lain.

"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," kata pemimpin itu kepada The Malaysian Insider, dengan syarat tidak dinamakan.

"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu," kata sumber itu merujuk kepada mesyuarat PAS pusat 22 Julai lalu di Kuala Lumpur.
Menurut pemimpin PAS itu, kumpulan yang menyokong keputusan PR dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.

Menurutnya lagi, kumpulan konservatif dalam PAS yang selama ini tidak begitu berminat parti Islam itu terus berada dalam PR akan menggunakan mesyuarat 10 Ogos ini untuk menyokong penuh kenyataan Hadi, sekaligus akan mengguris PKR dan DAP.

"Apabila ketegangan memuncak, mereka akan desak PAS keluar dari PR, sekaligus menyaksikan perpecahan," katanya.

"Takpalah, saya pun dah bersedia untuk PAS kembali jadi macam dulu, hanya jadi pembangkang. Boleh menang hanya di Kelantan."

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad tidak menolak kemungkinan perpecahan PR dengan keadaan yang berlaku sekarang.

"Syair Arab ada berkata ‘kita mahukan kejayaan, tapi kita tidak melalui lebuh raya kejayaan’.

"Kita sedang dalam ‘self-destruct mode’. Kalau kita sendiri tidak berusaha untuk selamatkan PR, perpecahan tidak mustahil berlaku," katanya.

"Saya sekarang mengharapkan 'divine intervention' (pertolongan Allah) untuk bantu selamatkan PR… bila semua usaha lain gagal," tambah bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menyokong penuh kenyataan Hadi agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu tuan guru presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu saya jelaskan di sini.

"Cukuplah untuk saya nyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya.

Bekas menteri besar Kelantan itu turut mengingatkan PR perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara.

"Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama," katanya.

DAP membayangkan kemungkinan PR akan berpecah akibat kegagalan parti komponen menghormati dan memegang janji.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat.

"Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan PR boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival PR akan terus tergugat," kata Lim dalam perutusan Hari Raya hari ini.

Menurut Lim, isu terbesar selepas sambutan Aidilfitri adalah apakah sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan Pakatan berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berasaskan keputusan yang dicapai bersama.

"Tanpa PR, Malaysia akan kembali kepada era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni tertentu," katanya.

Semalam, PKR meminta Hadi menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang memperakui prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR.

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.

Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli kawatankuasa pusat Dr Hatta Ramli.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.

"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri Pakatan lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan semalam. – 28 Julai, 2014

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-mungkin-berpecah-selepas-aidilfitri-kata-pemimpin-pas#sthash.7y0al1RW.dpuf



sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 29 Julai 2014

MH17: Laporan dapatan kotak hitam pesawat mengejutkan

MOSCOW – RUSIA. Data yang diperoleh daripada kotak hitam MH17 yang terhempas baru-baru ini menunjukkan kapal terbang itu telah ditembak jatuh sehingga menyebabkan berlakunya letupan besar.

Melalui laporan sebuah portal hari ini, kenyataan tersebut didakwa didedahkan oleh jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Ukraine, Andriv Lysenko.

Bagaimanapun pihak berkuasa Eropah yang turut menganalisa data dan maklumat yang terdapat dalam kotak hitam terbabit masih belum membuat sebarang pendedahan setakat ini.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk bayi telah disahkan ditembak jatuh pada 17 Julai lalu pada ketinggian 33,000 kaki di udara.

Nahas tersebut telah mengorbankan kesemua nyawa penumpang dan anak kapalnya.

Dalam pada itu, Malaysia kini sedang mengadakan usaha rundingan bagi menggesa Belanda untuk mempercepatkan proses mengecam dan bedah siasat ke atas mangsa bagi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin.

Data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat pesawat tersebut direka dan dipasarkan pada pertengahan tahun 1990-an dan ia mungkin akan menyukarkan pasukan penyiasat untuk memperoleh data jelas dan lengkap.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 26 Julai 2014

Kisah Benar .. Janda gersang .. jalan menuju syurga atau neraka?

Anuar memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu pagar usang rumah kampung itu. Kemudian Faridah keluar dari kereta, membuka pintu pagar seluasnya dan Anuar memandu keretanya masuk ke halaman rumah. Beberapa minit kemudian, Anuar keluar dari kereta. Dia membuka boot belakang kereta dan mengeluarkan beberapa beg plastik yang tertulis perkataan Tesco. Beg plastik itu berisi barangan dapur dan buah-buahan. Faridah menyambutnya dari tangan Anuar dan terus masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba muncul Latifah dari arah dapur, meluru ke arah Anuar. Anuar yang baru sahaja hendak menutup pintu boot keretanya, terperanjat dengan kemunculan Latifah. Dia benar-benar tidak menyedari bila waktunya Latifah berdiri di sebelahnya. Badannya terlanggar badan Latifah tanpa sengaja. Nafsunya bergetar dan kelakiannya sedikit melonjak. Anuar memandang Latifah yang tersenyum simpul di sebelahnya. “Menyampah!”, gerutunya dalam hati.

“Nuar, ada lagi ke barang yang nak diangkat, boleh akak tolong angkat bawa masuk.”

Anuar hanya membisu. Dia segera berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Latifah di belakangnya. Latifah berlari anak membuntutinya. Semasa Anuar menunduk untuk membuka kasut di hadapan muka pintu, Latifah memintasnya. Tiba-tiba dia terasa tangan Latifah mengusap-ngusap punggungnya. Dia segera menepis tangan Latifah tetapi Latifah terlebih dahulu melarikan tangannya dan terus berlalu dan menyertai Faridah di dapur bersama ibu mentuanya. Dia memandang Latifah dengan pandangan yang tajam, kemudian Anuar beredar ke ruang tamu. Cuaca sejak beberapa minggu ini begitu membahang. Anuar membuka kipas dengan kelajuan paling maksima. Namun kipas tua yang tergantung di siling ruang tamu rumah ibu mentuanya itu seperti sudah nazak benar. Terlalu perlahan kipas itu berpusing. Anuar akhirnya membuka butang kemejanya lalu merebahkan badannya di atas kerusi rotan di ruang tamu. Dia berbaring di atas kerusi panjang sambil membaca surat khabar di sisi lalu meneliti setiap berita dengan khusyuk. Akhirnya, Anuar terlelap di sofa dengan nyenyaknya.

Tiba-tiba Anuar terjaga apabila dia terasa ada tangan sedang merayap di dadanya. Tangan itu mengurut-ngurut dadanya dengan lembut. Dalam keadaan mamai, Anuar memegang tangan itu. “Ida?” Tiada jawapan. Anuar memaksa dirinya untuk membuka mata. Sebaik sahaja dia membuka mata, dia betul-betul terperanjat kerana di sisinya ialah kakak iparnya, Latifah dan tangan yang dipegangnya itu ialah tangan Latifah. Kelihatan Latifah sedang tersenyum manis memandang Anuar. Anuar segera menolak tangan Latifah dari dadanya lalu dia bingkas bangun dan menjauhkan dirinya daripada Latifah.


“Apa ni kak?” Tinggi suara Anuar menerjah ke telinga Latifah. Matanya meliar melihat ke sekeliling rumah sambil membutangkan semula kemejanya. Dia bimbang jika Faridah atau ibu dan bapa mentuanya melihat adegan sebentar tadi.

Latifah membetulkan kedudukannya. Mukanya kelihatan bersahaja. Langsung tiada riak bimbang atau malu atau bersalah.

“Ni ha, akak bawak ais sirap. Nuar tentu hauskan?” Latifah menunjukkan segelas ais sirap di atas meja kopi. Mata Anuar memandang gelas ais sirap itu. Ais sirap merah itu memang menggoda tekaknya apatah lagi tekaknya memang agak perit dan dia memang sangat dahaga. Anuar mahu sahaja mencapai gelas ais sirap di atas meja itu, tapi tiba-tiba dia tidak jadi berbuat demikian.

“Mana Faridah?” Soal Anuar setelah diamatinya rumah itu agak sunyi.

"Faridah dengan mak pergi ke rumah kak Ton."


"Rumah Kak Ton? Buat apa ke sana? Kenapa dia tak beritahu saya?"

"Tadi mak minta tolong Faridah temankan mak. Kak Ton kan nak kenduri esok, jadi kak Ton minta tolong mak buat pulut kuning. Faridah nak beritahu Nuar tadi, tapi Nuar tidur. Alah, dia pergi sekejap saja tu, bukannya jauh pun. Sekejap lagi baliklah tu."


"Kenapa akak tak pergi sama?"

"Akak dah pergi pagi tadi. Lagipun, kalau semua pergi, siapa pula nak jaga rumah?"

"Mana ayah?"

"Ayah ke pekan sejak pagi tadi dengan Pak Hamid, pergi ke pejabat tanah, nak uruskan tanah kat tepi sungai tu."

"Minumlah ais sirap ni Nuar, nanti kalau ais dah cair, tawar pula jadinya, dah tak sedap pula nanti." Latifah memungut surat khabar di lantai lalu menyusunnya di atas meja.

Anuar masih berdiri dan membisu. Dia sedang memikirkan sesuatu. Mungkin inilah masa dan saatnya yang sesuai untuk dia berterus terang kepada Latifah. Anuar memandang Latifah di hadapannya.

“Kenapa Nuar pandang akak macam tu?” Latifah tersenyum manis. Senyuman paling manis untuk lelaki idamannya.

“Kak, saya nak cakap sikit dengan akak.” Anuar sebenarnya serba salah untuk memulakan kata-katanya. Dia bimbang Latifah akan tersinggung, namun inilah peluang terbaik untuk dia meluahkannya, kerana hanya mereka berdua di situ.

"Cakaplah, akak dengar ni." Lembut suara Latifah kedengaran di telinga Anuar.

"Akak, saya ni adik ipar akak, suami kepada adik akak. Jadi saya rasa segala perbuatan akak pada saya selama ini salah, kak."

"Akak buat apa pada kau?"

"Akak tanya saya apa akak buat pada saya? Akak cuba goda saya!"

"Nuar pun sukakan?"


"Saya tak suka! Perbuatan akak ni berdosa."


"Alah, akak tahu, kau pun tak puas dengan Faridah. Faridah tu asyik semput memanjang. Faridah tu, sampai sekarang tak beranak-beranak pun. Mengaku sajalah Nuar, apa nak dimalukan dengan akak."

Anuar terkedu mendengar kata-kata Latifah.


"Sampai hati akak kutuk adik akak sendiri? Kami tak ada anak sebab belum ada rezeki, kak. Untuk pengetahuan akak, saya bahagia dengan Faridah."

"Iyalah sangat."


"Akak, saya beri amaran kepada akak. Kalau akak cuba goda saya lagi, saya tak akan teragak-agak akan beritahu Faridah hal ini. Tolong jangan khianati darah daging akak sendiri."

"Kalau kau berani, cakaplah. Kalau kau nak tengok rumahtangga kau berantakan, cubalah beritahu Faridah. Faridah lebih percayakan aku daripada kau, Nuar, sebab aku ni kakak dia."

Anuar terdiam mendengar kata-kata amaran daripada Latifah. Dia tidak menyangka sama sekali, dia pula diugut oleh Latifah. Memang licik perempuan ni, bisiknya dalam hati. Anuar terus meninggalkan Latifah yang masih duduk di ruang tamu. Dia masuk ke biliknya lalu mengunci pintu dari dalam. Anuar duduk di birai katil sambil termenung. Dia mencari akal bagaimana hendak memberitahu Faridah tentang Latifah. Masalahnya, Faridah sendiri seperti acuh tak acuh dengan sikap kakaknya. Pernah Faridah terserempak dengan dia dan Latifah di dalam bilik stor berdua-duaan. Waktu itu, dia sedang mencari sesuatu di dalam bilik stor, tiba-tiba Latifah masuk ke dalam bilik stor itu dan menutup pintu. Belum sempat dia hendak keluar dari bilik stor itu, Faridah membuka pintu bilik stor kerana mahu mencari sesuatu. Faridah kelihatan agak terkejut apabila melihat dia dan Latifah berada di dalam bilik stor itu. Anuar bimbang jika Faridah menuduhnya melakukan sesuatu yang tidak baik dengan Latifah di dalam bilik stor itu. Dia membayangkan tentu Faridah akan mengamuk atau memarahinya atau setidak-tidaknya bermasam muka dengan kakaknya, namun jangkaannya meleset. Apabila mereka berdua di dalam bilik, Faridah langsung tidak bertanya hal yang berlaku di dalam bilik stor itu sedangkan dia sudah menyediakan alasan yang sebenar jika Faridah menuduhnya yang bukan-bukan. Faridah bersikap selamba dan biasa sahaja seolah-olah dia tidak nampak apa-apa. Dengan Latifah juga, Faridah masih kelihatan mesra dan bergelak ketawa seperti biasa. Dia hairan dengan sikap Faridah. Langsung tiada perasaan cemburu atau prasangka. Biar betul. Walau apapun, dia mengakui, hubungan Faridah dan Latifah sangat akrab.

Latifah masih agak menawan walaupun sudah berusia 45 tahun. Dia dan Latifah sebaya. Tubuh wanita itu agak kemas dan masih bergetah. Hmm, janda anak empat, memanglah bergetah, getusnya sendiri. Beza umur Latifah dengan Faridah cuma dua tahun. Perwatakan Latifah lebih ceria berbanding Faridah. Faridah agak pendiam manakala Latifah lebih peramah, tetapi kalau dua beradik itu berdua bersama, mereka asyik berceloteh sepanjang masa. Latifah merupakan janda kematian suami. Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lima tahun yang lepas. Latifah mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Semuanya sudah besar panjang. Yang sulong berumur 20 tahun, yang kedua 18 tahun, yang ketiga 15 tahun dan yang bongsu pun sudah di tingkatan dua. Yang sulong dan yang kedua bekerja dan tinggal di Pulau Pinang. Yang ketiga dan bongsu pula tinggal di asrama, jadi Latifah tinggal bersama emak dan ayahnya bertiga di rumah itu. Dua minggu sekali anak-anaknya yang tinggal di asrama akan pulang dan bermalam di rumah, jadi rumah itu agak sepi pada hari-hari biasa. Adik beradik Faridah yang lain tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing. Biasanya dia dan Faridah akan pulang ke rumah mentuanya pada hujung minggu kerana dia dan Faridah tinggal di rumah sendiri di Taman Sri Pinang, tidak jauh dari kampung dan rumah mentuanya. Jika ada keperluan, dia dan Faridah akan pulang ke rumah mentuanya tidak kira masa.

Anuar terkenang semula kata-kata Latifah sebentar tadi. Bagaimana Latifah boleh beranggapan bahawa dia suka akan godaan Latifah? Ahh, perempuan gersang memang macam tu, tak ingat dosa pahala, tak kira siapa, semuanya mahu digoda, getus hatinya sendiri tetapi suatu hal, Anuar tidak dapat menafikan perasaannya. Dia lelaki normal, sihat dan masih gagah. Nafsu lelakinya kadang-kadang tergugat juga dengan godaaan Latifah. Setiap kali dia terlanggar Latifah tanpa sengaja, atau sewaktu Latifah menyentuhnya, nafsunya bergetar. Itu lumrah, bukan dibuat-buat. Latifah pula sangat pandai menggoda, sengaja menyentuh bahagian tubuhnya yang sensitif tanpa relanya, dan wajah Latifah kelihatan selamba sahaja walaupun wajahnya sendiri bertukar merah padam dengan perbuatan Latifah. Dahulu Latifah tidak begini, tetapi sejak setahun yang lepas, perangainya berubah. Dahulu Latifah sangat menghormatinya sebagai adik ipar walaupun mereka sebaya. Anuar juga hairan memikirkan perubahan sikap Latifah. Sehingga hari ini dia masih mampu menangkis godaan Latifah, tetapi bagaimana dengan esok atau lusa? Kalau digoda sepanjang masa, lambat laun pasti imannya akan rapuh jua. Nauzubillah himinzalikh…Ya Allah, minta dijauhkan perkara itu, doa Anuar di dalam hati. Ya Allah, kuatkanlah imanku, jauhilah aku daripada melakukan kemungkaran ya Allah. Jadi, untuk mengelakkan perkara-perkara terkutuk itu terjadi, dia mesti memberitahu Faridah tentang perbuatan tidak senonoh kakak kesayangannya itu. Masalahnya, adakah Faridah akan percaya akan kata-katanya? Tak apa, yang penting dia harus memberitahu Faridah perkara yang sebenar sebelum terlambat. Faridah mahu percaya atau tidak, itu perkara kedua, bisiknya dalam hati. Dia harus mencari waktu yang sesuai untuk menceritakan hal itu kepada Faridah. Semoga Faridah mengerti dan memahami situasinya. Semoga Faridah turut memikirkan langkah-langkah untuk dia menghindari kakaknya itu. Semoga hidupnya kembali aman tanpa godaan Latifah. Semoga dan semoga, itulah harapan Anuar.


Malam itu selepas makan malam, Anuar meminta diri untuk pulang ke rumahnya kerana sudah sehari suntuk dia dan Faridah berada di rumah mentuanya.

"Ayah, mak, saya dan Faridah balik dulu ya. Esok saya kerja."

"Yalah, bawa kereta tu elok-elok." Pesan Haji Karim. Esok jangan lupa kenduri rumah kak Ton. Kalau kau berdua tak datang, apa pulak kata mereka nanti. Kita ni hidup berjiran, kenduri kendara kena tunjuk muka."

" Yalah ayah, saya dan Faridah akan datang esok."

"Ehh…kenapa pulak Faridah nak balik. Faridah bukannya kerja esok. Biarlah dia tidur di sini. Esok pagi-pagi dia boleh terus pergi ke rumah kak Ton dengan mak dan akak, tolong apa-apa yang patut di rumah kak Ton. Kalau tunggu Nuar balik baru Faridah nak datang, nampaknya petang baru nampak muka."

"Hah..betul juga kata Latifah tu, Nuar", sampuk Hajjah Rahmah. "Biarlah Faridah tidur di sini saja, Nuar."

Anuar memandang Faridah yang sudah bersiap sedia untuk pulang.

“Macam mana Ida?”

"Ida mana-mana pun boleh. Abang izinkan ke?"

Anuar menjadi serba salah. Lama juga dia diam,

"Amboi, macam pengantin baru, tak sanggup berpisah semalaman?" Latifah mencelah. Muka Anuar merah padam mendengar sindiran Latifah. Akhirnya dia terpaksa mengalah.

"Yalah…Ida, mak ayah, saya balik dulu. Petang esok saya datang. Anuar pun melangkah keluar dari rumah mentuanya menuju ke keretanya. Sewaktu Anuar hendak menghidupkan enjin keretanya, tiba-tiba Latifah datang meluru ke kereta.

"Ya Allah, apa lagi ni", desis Anuar dalam hati.

“Nuar, akak tumpang Nuar sampai ke kedai runcit kat depan tu ya. Kebetulan akak nak beli barang. Takut pula jalan sorang-sorang malam-malam ni."

Anuar sudah dapat mengagak muslihat Latifah. Hatinya berat untuk menumpangkan Latifah, namun dia tidak mampu untuk mengatakan tidak kerana bapa mentuanya sedang memerhatikannya dari dalam rumah. Anuar tidak menjawab. Tanpa dijemput, Latifah membuka pintu kereta lalu duduk di sebelah Anuar. Setelah Latifah menutup pintu kereta, Anuar terus memandu keretanya perlahan melalui lorong ke jalan besar. Suasana di dalam kereta sepi. Tiba-tiba tangan Latifah menjalar di peha kirinya. Anuar terkejut namun nafsunya tetap bergetar. Dia membrek keretanya secara mengejut. Akibatnya badan Latifah terdorong ke hadapan. Anuar memberhentikan keretanya di bahu jalan. Anuar menepis tangan Latifah dari pehanya dengan kasar.

"Apa ni kak? Dalam kereta pun nak buat hal?" Suara Anuar kedengaran meninggi.

"Nuar, kenapa nak marah-marah ni? Nuar pun sukakan? Jangan pura-pura dan berlagak sombong dan baiklah Nuar. Akak tahu Nuar pun nakkan?"

"Astagfirullahhalazim , akak, ingat Allah kak. Saya ni adik ipar akak. Jangan buat perangai tak senonoh ni.”

Latifah tidak mempedulikan kata-kata Anuar. Dia terus memegang dan mengusap tangan kiri Anuar dengan penuh ghairah. Anuar merasakan bulu romanya meremang. Anuar cuba menepis tangan Latifah. Tiba-tiba tangannya terkena muka Latifah. Latifah menjerit kecil. Dia menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Anuar jadi resah seketika.

"Akak?" Anuar cuba melihat muka Latifah dengan lebih dekat. Dia bimbang cincin di jarinya terkena muka Latifah dan menyebabkan luka di muka Latifah.

Tiba-tiba sahaja Latifah bertindak agresif. Dia menarik kepala Anuar rapat ke mukanya, lalu dia mengucup bibir Anuar dengan pantas, penuh berahi. Anuar tergamam, tidak sempat menolak. Akhirnya Anuar membalas kucupan Latifah, juga dengan penuh berahi. Kini seluruh tubuhnya dikuasai oleh nafsu berahi. Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta dari arah belakang. Anuar tersentak. Dia menolak tubuh Latifah jauh darinya. Dia beristighfar beberapa kali. "Ya Allah, ampunilah aku."

Anuar bergegas turun dari kereta lalu membuka pintu kereta untuk Latifah.

"Akak, demi Allah, saya tak merelakan semua yang berlaku tadi. Akak tolong turun dari kereta saya sekarang. Lebih baik akak balik sekarang. Bertaubatlah akak!"

Latifah membetulkan tudungnya. Dia turun dari kereta dengan wajah masam mencuka.

"Nuar, jangan sesekali kau beritahu Faridah pasal hal ini, atau rumahtangga kau akan berantakan. Ingat, Faridah lebih percayakan akak daripada kau."

Sejurus itu, Latifah berjalan pulang ke rumah dalam suluhan lampu jalan dan samar cahaya bulan. Anuar bergegas menghidupkan enjin keretanya lalu memecut pulang ke rumahnya. Di rumah, dia termenung panjang memikirkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Dia kemudiannya mengambil wuduk dan melakukan solat sunat taubat dan akhirnya dia menangis di dalam sujudnya.

Di rumah, di dalam biliknya, Latifah berbaring di atas katilnya sambil memeluk bantal peluk. Dia tersenyum sendiri. Dia terkenang semula peristiwa yang berlaku di dalam kereta sebentar tadi. Dia tidak akan pernah melupakan kucupan balas Anuar sebentar tadi. Walaupun hanya sekejap, namun dia puas. Nafsunya kembali bergelora. Dia yakin suatu hari nanti dia akan berjaya juga menawan nafsu Anuar. Anuar akan jatuh juga ke dalam pelukannya. Dia akan menunggu saat dan ketika itu.

"Huh, alim konon, menolak konon", desis Latifah dalam hati. "Kalau dah namanya lelaki, lelaki jugalah, sama juga macam kucing, kalau dah nama kucing, kucing jugalah, tak akan menolak ikan di depan mata." Latifah tersenyum sendiri. Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila Faridah masuk ke dalam bilik dan berbaring di sebelahnya.

"Ehh, engkau ni Ida, kalau ya pun nak masuk, ketuklah pintu tu dulu, ni main redah saja." Latifah mengomel.

"Ehh, akak ni, sejak bila pula kena ketuk-ketuk pintu ni. Selama ni tak pernah pun Ida ketuk. Akak tak marah pun. Akak beli apa kat kedai tadi? Tak nampak barang pun. Kenapa pula akak balik jalan kaki? Kenapa tak minta abang Nuar hantar akak balik?"

Latifah membiarkan sahaja soalan-soalan Faridah berlalu tanpa jawapan. Dia buntu untuk memberikan alasan. Dia berpura-pura tidur agar Faridah tidak lagi bertanya.

Apabila soalannya tidak berjawab, Faridah menjenguk muka Latifah yang sedang membelakangkannya.

"Eh, kita cakap dengan dia, boleh je dia tidur." Faridah pula mengomel sendiri.

****************************************
Anuar mengambil cuti selama tiga hari khusus untuk membawa Faridah makan angin ke Kuantan, sempena ulang tahun ke-18 perkahwinan mereka. Anuar menempah penginapan di Hotel D’Renaissance di bandar Kuantan. Anuar mahu mengambil kesempatan itu untuk berterus-terang dengan Faridah tentang Latifah. Pada malam terakhir di hotel, Anuar telah menceritakan segala-galanya kepada Faridah, kecuali peristiwa di dalam kereta tempoh hari. Malangnya Faridah tidak memberikan apa-apa reaksi setelah mendengar cerita daripada Anuar. Anuar kesal dengan sikap Faridah, seolah-olah dia tidak mempunyai hati dan perasaan.

"Ida, Ida dengar tak apa yang abang ceritakan pada Ida ni?"

"Ya, Ida dengarlah ni."

"Habis tu?"

"Habis tu apa?"

"Ida langsung tak marah?"

"Ida percayakan abang."

"Maksud abang, Ida tak marahkan kak Latifahke?"

"Entahlah bang. Ida tak tahu nak cakap apa. Dahlah bang, Ida ngantuk ni, Ida nak tidur."

Anuar terkedu. Dia kemudiannya melepaskan satu keluhan yang amat berat. Dia jadi bingung dengan sikap Faridah. Dia berbaring di sebelah Faridah sambil termenung. Dia tidak mampu memikirkan apakah kesudahan ceritanya dengan Latifah. Hidupnya kini sudah tidak aman. Sikap Latifah semakin melampau. Godaannya semakin menjadi-jadi. Kegersangan janda beranak empat itu sudah mencapai tahap kronik, fikir Anuar sendiri. Aku kena bagi perempuan ni kahwin, barulah dia tak mengatal lagi, Anuar berkira-kira sendiri. Tapi siapa yang hendak berkahwin dengan Latifah? Entahlah! Buntu Anuar memikirkannya. Akhirnya Anuar terlelap juga sewaktu sedang berfikir-fikir.

Sekembalinya Anuar dan Faridah dari bercuti, rutin hidup mereka berjalan seperti biasa. Latifah seperti biasanya akan mengambil peluang untuk menggoda Anuar jika ada kesempatan dan ruang. Anuar merasakan dia harus menceritakan masalahnya kepada seseorang, seseorang yang boleh dipercayai, yang boleh membantunya menyelesaikan masalahnya. Dia tidak boleh mengharapkan Faridah untuk menyelesaikan masalahnya, kerana Faridah kelihatannya lebih mengutamakan kakaknya dan lebih menjaga hubungan kekeluargaan daripada suaminya sendiri. Dia tidak akan menceritakan masalahnya kepada ibu bapa mentuanya. Kalau Faridah sendiri tidak kisah, apatah lagi mentuanya. Pasti dia pula akan dituduh cuba menggoda Latifah. Pasti Latifah akan mereka-reka cerita untuk menyalahkannya. Anuar tercari-cari siapa antara rakan-rakannya yang boleh dipercayai. Tiba-tiba dia teringatkan Halim, rakan di tempat kerjanya. Halim agak pendiam tetapi mempunyai idea dan fikiran yang bernas jika diminta memberi apa-apa pendapat.

Hari itu sewaktu makan di kantin, Anuar telah berkisah segala-galanya kepada Halim, dari A hingga Z. Halim mendengar dengan penuh minat namun sesekali dia mencelah.

"Itulah susahnya jadi orang kacak macam kau ni Nuar. Muka macho, badan sasa, tinggi, dan tegap, perempuan mana tak cair. Kalau aku ni perempuan, aku pun cair dengan kau. Ha ha ha." Halim tergelak panjang.

"Eh Lim, aku cerita kat kau ni untuk tolong aku macam mana nak selesaikan masalah aku ni, bukannya suruh kau gelakkan aku. Kalau perempuan lain cair kat aku, aku tak kisah, tapi masalahnya, perempuan tu kakak ipar aku!"

"Relakslah bro. Aku tengah fikir ni. Kau dah beritahu isteri kau perkara ni?"


"Dah, tapi sia-sia saja. Dia buat endah tak endah saja. Barangkali dia tak sayang aku kot. Dia lebih sayang kakak dia lagi daripada aku."

"Kenapa dia bodoh sangat ah? Atau dia sendiri sebenarnya serba salah?"

"Entahlah Lim, aku sendiri tak faham isteri aku tu. Dia macam tak kisah kakak dia goda aku."

"Nuar, aku rasakan, kau pun 2 x 5 dengan kakak ipar kau tu. Kau kata kau pun tergoda juga dengan godaan diakan. Nampaknya kau pun memang suka digoda."

"Engkau salah Lim. Aku tak sama dengan perempan gersang tu. Aku sebenarnya diuji dengan ujian nafsu , dan setakat ini aku masih mampu bertahan. Esok lusa aku tak boleh nak ramal apa akan berlaku. Aku harap iman aku tak rapuh dengan godaan perempuan tu."

"Beginilah Nuar, aku nasihatkan kau, jangan selalu pergi ke rumah mentua kau tu."

"Itulah yang payahnya Lim. Hampir setiap minggu aku kena mengadap mentua aku di rumah mereka sebab aku uruskan projek 'summer' kem mereka, dan kakak ipar aku merangkap ketua tukang masak kat situ. Jadi nak tak nak aku terpaksa berurusan dengan kakak ipar aku tu untuk bincang pasal makanan peserta yang menginap di kem tu."

"Oh ya ke? Memang masalah besar tu, Nuar. Kalau macam tu Nuar, aku pun tak tahu macam mana nak tolong engkau selesaikan masalah engkau ni. Satu saja saranan aku yang terakhir, tebalkan iman di dada kau tu, Nuar. Hanya itu caranya untuk menangkis godaan janda tu."

"Aku akan cuba sedaya upaya aku , Lim. Terima kasih kerana sudi mendengar masalah aku".

"Itulah gunanya kawan, bro."

Malam itu, sebaik pulang dari surau, Faridah meluru mendapatkannya di muka pintu sambil menangis. Annuar agak terkejut dengan aksi Faridah.

"Abang, jom kita balik ke rumah mak sekarang." Suara Faridah kedengaran panik.

"Kenapa ni Ida? Kenapa Ida menangis?"

" Kak Latifah, bang. Ayah call tadi bagitahu kak Latifah kena stroke tiba-tiba setelah tergelincir dan terjatuh dalam bilik mandi."

Anuar terkedu. "Astagfirullahhalazim…masya-Allah." Hanya patah-patah perkataan itu yang terkeluar dari mulut Anuar. Balasan Tuhankah itu, tanyanya di dalam hati. Hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terjadi. Wallahhuallam…..


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Wanita Israel berbogel untuk kembalikan semangat tenteranya

Selepas kejayaan tentera Al-Qassam membunuh tentera-tentera laknat Israel melalui serangan balas yang dilancarkan, semangat dan moral mereka mula meruntun dan jatuh. Sememangnya kita ketahui askar-askar Israel ini adalah dari golongan yang penakut dan dayus.

Dek kerana itu, pelbagai kaedah digunakan oleh puak Yahudi ini untuk menaikkan semula semangat juang tentera-tentera mereka.

Antara kaedah murahan yang sedang dilaksanakan mereka termasuklah mewujudkan sebuah laman Facebook yang diberi nama 'Gaza Strip'


Semenjak kewujudan laman tersebut, berdozen-dozen wanita Israel beraksi separuh bogel sambil menulis kata-kata semangat di bahagian tubuh masing-masing bagi menyatakan sokongan mereka terhadap tentera mereka yang dayus itu.

Laman yang diberi nama “Standing With the IDF – Maintaining a Protective Edge” mula mendapat perhatian gadis-gadis murahan Israel.

Menurut Gavriel Beyo, pencipta laman tersebut, tindakan tersebut adalah salah satu cara ikhlas warga Israel menyatakan sokongan mereka terhadap askar-askar mereka.



sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Kecoh ..! Mayat dibelit ular sawa ketika hendak dikebumikan..!

Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa keping gambar jenazah sedang disembahyangkan dilingkari seekor ular sawa yang tersebar di internet.

PETALING JAYA: Stesen televisyen saluran Astro Oasis mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar dan menimbulkan kekecohan masyarakat merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur: Kutuk Azan.

Pengurus saluran itu, Namanzee Harris berkata, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak Astro, bagaimanapun ia tersebar di laman-laman blog dengan pelbagai cerita yang menimbulkan kerisauan orang ramai.

"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.

"Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa keping gambar jenazah sedang disembahyangkan dilingkari seekor ular sawa yang tersebar di internet.

Gambar yang didakwa kejadian benar yang berlaku di utara tanah air itu telah menimbulkan kebimbangkan masyarakat.

Menurut Namenzee, dia pada awalnya turut terkejut apabila menerima kiriman gambar-gambar tersebut daripada rakan-rakannya yang bertanyakan hal itu.


"Beberapa hari lalu mereka ada beberapa rakan yang hantar gambar ini kepada saya, mula-mula saya tengok macam betul tetapi bila lihat betul-betul ia nampak ular itu seperti sudah diatur dan sedia untuk penggambaran.

"Kalau orang luar lihat mungkin akan mempercayainya, lagi pula kononnya ia berlaku pada bulan Ramadan ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya, drama Tanah Kubur: Kutuk Azan itu bakal ditayangkan tidak lama lagi bagi musim ke-12.

Drama tersebut merupakan inspirasi daripada kisah yang diambil pada zaman Khalifah Abu Bakar R.A berkenaan pengebumian seorang lelaki yang telah mengutuk laungan Azan dan mayatnya dibelit oleh seekor ular.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Panas ..!! Ketua Polis Negara akan diheret ke mahkamah

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar diarahkan hadir ke mahkamah kerana menghina apabila gagal mematuhi arahan mahkamah.

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya.

Hakim Lee Swee Seng, membenarkan permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah, berkata dia ada bukti yang Khalid ada kes untuk dijawab.

Lee juga memberi Indira kebenaran menangguhkan semua perintah Syariah berkaitan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya.
Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September.

Peguam Indira, M Kula Segaran berkata, satu perintah mahkamah akan dikeluarkan untuk Khalid hadir di mahkamah pada tarikh itu.

"Jabatan Peguam Negara akan mewakili KPN memandangkan Indira mengambl tindakan atas Khalid sebagai pegawai polis tertinggi negara," kata Kula Segaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat. ~TMI


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 25 Julai 2014

Panas ..!! Selangor bakal diumum darurat ..?!

KALAU ikut Pak Berahim .. memang dia tak berapa suka sangat Wan Azizah jadi Menteri Besar, tak suka Wan Azizah sebenarnya luahan dari rasa benci sangat dia pada Anwar Ibrahim. Tak hairanlah dia akan sedaya upaya untuk menghasut pengikutnya dan orang melayu agar keadaan menjadi sasau.

Ada point dia yang aku bersetuju. Cuma dia neh melebih2 sangat.

Betul sangat bila Ibrahim Ali menyebut ;

1. Pertukaran MB perlu dilakukan secara berhemah.

2. Jika tidak dilakukan secara terhormat ini akan beri kesan secara langsung kepada emosi rakyat Selangor secara tidak langsung.

3. Bila rakyat tak terima, maka krisis akan melanda di mana rakyat bangkit melawan dan akhirnya Selangor diisytihar darurat.

Point neh jek yang aku nampak tepat bagi mengulas krisis Selangor. Yang lain2 tue nasi tambah jek. Tak berguna pun ko setuju. Sekadar nak mengumpat boleh la.

Haha..

Pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor perlu dilakukan secara terhormat bagi mengelak penentangan rakyat Selangor secara besar-besaran, kata Datuk Ibrahim Ali.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, apa yang dibimbangkan adalah krisis politik Kelantan 1978 akan berulang sehingga diisytiharkan darurat jika proses pertukaran pemimpin itu tidak diterima rakyat keseluruhannya.

“Saya melihat kemelut mahu memecat Khalid sama dengan peristiwa Datuk Asri Muda mahu memecat Datuk Mohamad Nasir sebagai menteri besar Kelantan dan diganti dengan Wan Ismail Wan Ibrahim (timbalan menteri besar ketika itu).

“Akhirnya berlaku krisis besar di mana rakyat bangkit menentang dan Kelantan diisytihar darurat. Saya bimbang hal sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid berkeras tidak mahu berundur secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata akan berbincang dengan Khalid bagi meminta Ahli Dewan Undangan Neger (Adun) Pelabuhan Klang itu berundur secara baik.

Sebelum ini, Khalid memberi isyarat akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga hujung penggal pilihan raya dan menggesa pihak yang mendesaknya berundur mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Ibrahim berkata, pemilihan Dr Wan Azizah menggantikan Khalid adalah usaha Anwar untuk mengaibkan Khalid kerana ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu enggan berundur.

Katanya, Anwar merupakan seorang pemanipulasi hebat sebagai persediaan tapaknya untuk berdepan hukuman yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi.

“Khalid tidak berhasrat berhenti atau diganti. Ini bermakna Anwar guling Khalid kerana ‘tanduk tidak berguna lagi’. Khalid tidak ada harga satu sen pun pada Anwar. Kalau mahu terajang Khalid, kenapa tidak diganti dengan Mohamed Azmin Ali?

“Jika Anwar berjaya mengangkat isterinya jadi MB Selangor, maka jelaslah PKR adalah Syarikat PKR Sdn Bhd yang mana Anwar menguasai 60% saham, DAP 35% dan PAS pemegang saham minoriti 5% sahaja."

Kelantan diisytiharkan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 atas permintaan kerajaan persekutuan selepas berlaku rusuhan jalanan di negeri itu.

Mohamad Nasir daripada PAS yang merupakan sebahagian Barisan Nasional (BN) pada 1974 berdepan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti Islam itu kerana ingkar arahan parti.

Usul tidak percaya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menyaksikan 20 Adun PAS menyokong usul itu sementara 13 Adun Umno dan seorang daripada MCA keluar membantah usul.

Mohamad Nasir enggan meletakkan jawatan yang kemudiannya menggesa Speaker membubarkan DUN tetapi ditolak.

Penyokong Mohamad Nasir kemudiannya mengadakan demonstrasi jalanan sehingga berlaku keganasan.

Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan di Parlimen hari berikutnya (9 November) memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan mengambil alih pentadbiran negeri.

Pada Mac 1978, satu pilihan raya diadakan di Kelantan yang ditandingi oleh PAS, Umno dan Berjasa, satu parti yang ditubuhkan oleh Mohamad Nasir.

Umno menang pilihan raya itu dengan 23 kerusi sementara Berjasa menang 11 kerusi dengan PAS hanya dua kerusi yang membolehkan Umno membentuk kerajaan.

Kuasa itu kekal sehingga PAS-Semangat 46 mengambil alih pada 1990. – 23 Julai, 2014. -TMI- soscili


Apa kata jawatan Menteri Besar tu bagi je kat Berahim Ali.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 24 Julai 2014

(Gambar) Akibat Stroke, Wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek Sudah Sebulan Terlantar Di Hospital Pantai.. Jom Terjah!!!


Sudah sebulan lebih wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek dimasukkan kedalam hospital kerana serangan angin ahmar.

Pelbagai ikhtiar dilakukan dan pembedahan di bahagian kepala untuk mengeluarkan darah beku.


Hingga kini, beliau masih lagi terlantar di hospital Pantai Medical Care, Kuala Lumpur dikatakan dalam keadaan separa sedar ..

Kita doakan yang terbaik untuk bro ini walaupun memang dia tak sehaluan dengan pro pembangkang. Semoga Allah ppermudahkan urusan saudara ..

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Mahasiswi kantoi khalwat ketika 'bersedia' untuk berzina

Seorang lelaki yang masih berstatus ‘suami orang’ dikenakan denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan bersama pasangannya dalam keadaan mengaibkan di sebuah rumah tumpangan.

Manakala pasangannya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi dikenakan denda RM2,950 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hukuman itu diputuskan selepas Rozali Mohd, 37, bersama pasangannya Che Noor Aziemah Che Zainal Abidin, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Rozali yang bekerja sebagai pemandu bersama pasangannya mengaku salah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan di Tok Jembal, di sini, jam 11.15 malam pada 2 April lalu.

Mengikut fakta kes, satu serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah serta dibantu polis di rumah tumpangan berkenaan kira-kira jam 11.15 malam pada 2 April lalu.

Sebaik tiba, penguat kuasa bertindak mengetuk pintu bilik yang diduduki pasangan berkenaan dan pintu dibuka Rozali selepas beberapa kali salam diberikan.

Hasil pemeriksaan terdapat seorang wanita yang memakai singlet dan bertuala bersembunyi di dalam bilik air.

Soal siasat kemudian mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Khanurulhajja Mustaffa di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Panas ..! Pergaduhan kaum diIpoh?!

Polis Perak hari ini menafikan dakwaan berlaku pergaduhan antara kaum yang kononnya terjadi di Buntong di Ipoh seperti disebarkan media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

"Keadaan bandar raya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti di sekitar bandar raya ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.

Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

- Bernama


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Rabu, 23 Julai 2014

Isteri ini ditendang ala kungfu oleh suaminya

Tindakan seorang isteri enggan membenarkan suami berkahwin lain menyebabkan dia diterajang ala kung fu oleh suaminya hingga terpelanting.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa berusia 31 tahun dibelasah mangsa di kediaman mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menyediakan juadah berbuka puasa sebelum suaminya tiba-tiba memberitahu hasrat mahu berkahwin lagi.

Menurutnya, mangsa yang tersentak dengan permintaan itu bagaimanapun memberitahu tidak bersetuju dengan rancangan suaminya untuk bernikah lagi.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 22 Julai 2014

Kisah Benar Yang Sedih Mampu Membuatkan Anda Mengalirkan Air Mata [BACALAH...]

Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan
mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami.

Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. sejak hari
tu aku dah kurang sikit ngan abah. Apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. Mintak
duit belanja. Kena buli ngan kawan, semuanya Mak. Ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pepagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah
pokok moktan tepi rumah.
Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.
Masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak Abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org
susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, Mak buat nasik
lemak ngan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pepagi lepas hantar kitorang pergi skolah abah singgah letak nasi lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi
sekolah. Masa tu nasi lemak sebungkus Abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. Kekadang tu aku bawak gak 2, 3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas
dapat duit belanja lebih hari tu.

Aku dapat duduk dengan mak sampai tingkatan 3, selepas itu aku masuk asrama Vokasional Temerloh. Tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan
mak, keras tengkuk aku duk makan nasi kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.

Petang Jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasi setiap jumaat dia dah tahu, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh
ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku, Ada set tu. memang makan tak ingat punya. Kekadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau
kena yang tu, sehari 3, 4 kali ulang makan nasi.

Duk asrama 2 tahun lepas SPM aku kerja sementara kat Tekam Resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. Gaji RM400. Tu la pendapatan
pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang.

Benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. Dapat duit terus pergi pekan beli, ingat lagi..harga pancing tu RM75 satu set. Balik rumah
petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia tetiap
hari pergi kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak motor, ni duit kerja anak
ma, alhamdulillah dapat dah ma merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UITM (masa tu masih ITM) Shah Alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap
mandi, pastu makan masak sedap tengah hari tu. Tengah makan mak cakap “haa…makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni”, aku tanya kenapa
kata ada surat kat depan. Dan dan aku pergi ambil baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu,
kata dia..lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mana.

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu abang sulung aku tanggung. Masa tu dia di Jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.
Masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik lelaki. Abah la orang paling
gembira dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, abah,
aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. Syukur pada Tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Ssetahun lepas adik lahir mak sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma pergi klinik je. Lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. Abah bawak pegi pada
pakar kat hospital Mentakab. Diarang ambik sample darah.

Lepas seminggu diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan. Ya Allah, mak disahkan kena Kanser Payudara. Doktor kata, untuk selamat mak
kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.

Bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate
tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. Aku cukup tak tak
tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “mie..nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. Mie..kain batik ma ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti
orang datang bukak ambik”. Air mata memang tak leh tahan.

Sampai masa mak terpaksa operate jugak. Doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. Balik kampung
kena jaga adik.

Lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah. Lepas 2 minggu Mak
kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang boleh berjalan, boleh buat kerja rumah
macam biasa.

Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital jengka. Bermula hari tu..keadaan mak makin hari, makin teruk.
Seminggu mak kat hospital. Kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je
mak sempat duk rumah, lepas tu abah terpakasa bawa mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap,
mak tak makan sejak balik umah. Masuk makanan mak muntah.

Doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital mak hidup dengan air dan
ubat saja. Sayunya aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap, tapi masa tu mak boleh bercakap.

Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam tak de apa-apa
boleh buat lawak, gelak lagi. Walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.

Doktor ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga orang sakit barah. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam,
kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia
bernafas dia akan rasa sakit.

Seksanya mak, tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok
mak peluk adik. Semakin hari keadaan mak semakin teruk ..aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. Abg di Jepun pun balik.
Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda,
dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. Dia tak kenal dah orang yg pegi melawat
dia, kecuali anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa kata ada habuk
penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan
kebersihan anak dia.

Hampir 3 bulan mak kat hospital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua misi, doktor dah kenal. Selama tu jugalah kami adik beradik
jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kisah. Memulanya mereka
memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik
perempuan kemudian mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa Mak
sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya Mak kami bawak balik ke umah. Sebab Mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia.
Mintak dengan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.
Bila mak sampai rumah. Suatu keajaiban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu. Dia makan, kami bagi
semua makanan yang dia suka, apa yang dia sebut kami cari. Kami ambil semua baju baru mak kami pakaikan pada dia sembang ngan semua orang, mintak maaf
ngan semua terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas Mak tersekat-sekat..masa tu Mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan.
Kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar.
Tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat. Kami sekeluarga berbincang. Tanya
pendapat orang tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih
lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak
halal air susu yang kami minum. “Ma… Emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa Emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal
makan minum Emie selama ni, Emie mintak halal air susu yang Emie minum”, banyak lagi aku nak sebut pada Mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah
jadi macam ni. kami kucup dahi Mak…. kami cium tapak kaki mak.
Air mata Mak mangalir. Kami letak adik tepi Mak. Bagi Mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata Mak mengalir bila tengok adik. Kesian adik lepas ni dia
dah tak dapat jumpa Mak. Tak dapat merase kasih sayang Mak bisikkan sesuatu pada Abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis.

Abah kucup dahi Mak.
Kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan Mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan Mak. Tak nak seksa mak.
Tak lama mak sesak nafas. Abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar seksanya menuju kematian. Innalillahiwainnahiro-jiun….. Ibu tercinta pergi buat selamanya………
Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini…linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.
INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG
MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA. AMBILLAH KISAH BENAR YANG SEDIH INI SEBAGAI
PEDOMAN HIDUP, HARGAI MEREKA!
sumber











# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Potong, rebus tangan anak

KEKEJAMAN seorang bapa tiri di China yang sanggup memotong tangan anak lelaki tirinya dan kemudian merebus tangan itu di dalam sebuah periuk air yang sedang mendidih terbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.

Ketika kejadian, Wang Xinyu, 31, dipercayai mengalami pertengkaran kecil dengan isterinya di dalam telefon berhubung masalah kewangan.

Sejurus selepas perbualan dimatikan, suspek hilang sabar dan bertindak merotan anaknya Xiao Jun, 9, sebelum memotong tangan kanak-kanak itu dengan pisau pemotong daging dan mencampakkannya ke dalam periuk bagi menyukarkan ia disambung kembali lapor Mirror Daily.

"Saya dengar kanak-kanak itu merayu, ayah jangan ayah. Kemudian dia menjerit, tetapi saya tidak menyangka ia akan menjadi insiden yang dahsyat begini," menurut jiran suspek.

Bagaimanapun, selepas kejadian itu suspek sendiri menelefon polis untuk mengaku apa yang telah dilakukan dan membawa kanak-kanak malang tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Allahuakhbar!! Briged Al-Qassam berjaya tawan tentera Israel


Briged Izuddin Al-Qassam mendakwa menahan seorang tentera Israel dan penahanan itu dirayakan sebagai satu kejayaan oleh penduduk Gaza di tengah-tengah serangan tentera Israel yang semakin menggila genap dua minggu selepas ia mula mengebom wilayah itu.

Penahanan tentera Israel itu diumumkan oleh seorang jurucakap sayap bersenjata itu melalui televisyen, lapor AFP.

"Tentera Israel, Shaul Aaron kini dalam tangan Briged al-Qassam," kata jurucakap itu yang dikenali sebagai Abu Ubaidah.

AFP melaporkan jurucakap tentera Israel mengaku sedar akan perkembangan terbaru itu dan sedang menyiasat dakwaan tersebut.

Beberapa orang wakil AFP di Palestin memaklumkan penahanan tentera Israel disambut dengan sorak sorai oleh penduduk Palestin bukan saja di Gaza City malah sambutan sama meriah di Ramallah dan Hebron. Sesetengah daripada mereka melepaskan tembakan ke udara. Beberapa orang pengguna Twitter turut berkongsi kegembiraan itu.

Menurut al-Qassam, tentera Israel itu ditahan 24 jam sebelumnya semasa satu serbuan ke atas musuh di daerah Tuffah di pinggir sebelah timur Gaza City.

Kawasan itu menyaksikan pertempuran yang sengit pada Ahad. Israel mengatakan 13 orang tenteranya terbunuh.

Penahanan tentera Israel itu disambut baik oleh jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri yang menyifatkannya sebagai "kemenangan besar" serta "dendam atas darah syuhada yang terbunuh".

Hamas dahulu pernah menahan seorang tentera Israel, Gilad Shalit yang dijadikan tebusan selama lebih kurang lima tahun antara 2006 hingga 2011. Dia hanya dibebaskan setelah Israel setuju membebaskan rakyat Palestin yang ditahan di penjaranya.

Rejim Zionis itu membebaskan 1,027 rakyat Palestin sebagai ganti pembebasan seorang tenteranya. Bagaimanapun sesetengah mereka kemudian ditangkap semula oleh Israel.

Keganasan di Gaza sejak 8 Julai ini membunuh 438 warga Palestin dan 20 orang Israel, 18 daripadanya tentera. Israel memulakan serangan darat pada 17 Julai lepas.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan sekurang-kurangnya 72 orang Palestin terkorban dan 400 cedera dalam serangan rejim Zionis ke atas daerah Shejaiya pada Sabtu malam yang berlarutan sampai ke pagi Ahad.

Serangan itu disifatkan oleh sesetengah saksi tidak ubah seperti pembantaian di Shabra dan Shatila pada 1982. -- Agensi


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 21 Julai 2014

'Daripada dengaq Kazim Elias lebih baik tengok gambaq blue...'

Seorang pemilik akaun FB menyatakan kebenciannya kepada penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias dengan memuatnaik status yang menghina penceramah itu di laman FBnya.

Menurut status beliau, Ustaz Kazim lebih banyak mencarut dan berbohong dalam ceramah beliau. Malah menurut beliau, Ustaz Kazim langsung tidak layak menjadi penceramah kerana tidak mempunyai kelulusan yang baik dalam akademiknya. Ustaz Kazim juga didakwanya lebih bercakap lucah ketika menyampaikan kuliah.

Pengakhiran status beliau lebih jijik apabila beliau menulis "Di ulangi: - daripada dengaq kazim elias lebih baik tengok gambaq blue.......ini lebih afdol."

Tak payah nak pelik la dengan dakyah sesat kazim elias yang mengarut tu. Dia ni bukan mengaji ugama pun. Sekolah kebangsaan pun tak lulus lepas tu pi buat hafiz quran. Kalau sekolah kebangsaan pun bodo macam mana nak hafal quran.

Cuba dengaq kuliah dia kalau tak buat lawak bodo dia mencarut. Tapi nak buat macam mana melayu memang suka dengaq lawak bodo dengan jenaka lucah. Kena kencing la dengan kazim elias.

Di ulangi: - daripada dengaq kazim elias lebih baik tengok gambaq blue.......ini lebih afdol..

Abu
sumber
Nawas II



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




3,000 tunjuk perasaan bantah Israel di Amsterdam .. ada kaitan dengan MH17?

AMSTERDAM Sekurang-kurangnya 3,000 orang penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan perarakan secara aman ibu negara ini semalam, dan menggesa supaya serangan dan pencerobohan Israel di Gaza ditamatkan segera.

Penunjuk perasaan yang datang dari pelbagai berkumpul usia dan bangsa berkumpul di dataran Museumplein sebelum berarak di jalan-jalan utama di Amsterdam sambil membawa poster yang tertulis `hentikan peperangan’ dan `jenayah perang Israel’.

“Saya mahu serangan dihentikan, banyak kanak-kanak yang terbunuh dan mereka semua tidak bersalah," kata seorang penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Ekrem Kara. - AFP

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"