Rabu, 30 Julai 2014

Panas ..! desakan supaya Hadi Awang diganti segera ..!!

Berikutan tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan peribadi menyokong Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, ia kini melarat kepada pergolakan yang lebih besar kepada Pas dan juga PR. Di dalam Pas, ia telah menyerlahkan keinginan sesetengah pihak dalam parti itu yang ingin bekerjasama dengan UMNO dan mengkhianati rakan-rakan sepejuangannya melalui maklumat whatsapp yang bocor dan tersebar luas sekarang ini.

Hadi Awang Tidak Relevan Lagi Pimpin Pas

Di dalam PR pula, tindakan Haji Hadi itu telah meretakkan hubungan PR dan menungkinkan kerjasama antara Pas, PKR dan DAP bakal berkecai.

Secara langsung juga, ia menyerlahkan kelemahan Haji Hadi sebagai presiden parti. Beliau seharusnya sedar bahawa sebagai ketua parti, beliau tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mendahului keputusan mesyuarat, lebih-lebih lagi jika menyedari ia mungkin menimbulkan kontroversi.

Apakah perlunya Haji Hadi bercakap mempertahankan Khalid Ibrahim secara gopoh tanpa mahu menunggu mesyuarat pada 10 Ogos depan? Apakah kepentingan yang ingin dipertahankannya?

Di sinilah terserlahnya kelemahan utama Haji Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor ini, tambahan pula beliau juga tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 23 Julai lalu.

Melalui tindakan Haji Hadi itu juga, ramai yang kecewa dengan sikapnya itu. Ahli Pas yang mendokong perjuangan bersama PR dengan hasrat utama menumbangkan UMNO, mulai merasa mual dengan perkembangan terbaru ini. Haji Hadi bukan saja dilihat senada dengan UMNO dalam mempertahahkan Khalid, bahkan pembocoran adanya pimpinannya sendiri yang mahu bekerjasama dengan UMNO dengan membentuk kerajaan campuran tidak lebih menunjukkan bahawa menentang kemungkaran yang sering dilaung-laungkan selama ini bukanlah agenda utama sebenarnya.

Soal kedudukan Khalid yang akhir-akhir ini mesra dengan UMNO tetapi ingin dipertahankan oleh Haji Hadi dengan alasan beliau tidak pernah mengkhianati rakyat, jelas menunjukkan Presiden Pas itu tidak belajar daripada kesilapannya mempertahankan Azizan Razak di Kedah dahulu. Ketika itu ramai pimpinan Pas Kedah yang mahukannya menukar Azizan Razak tetapi kerana terus dikekalkan, akhirnya UMNO dapat merampas kembali negeri itu.

Begitu juta di Selangor, Khalid sejak akhir-akhir ini telah menampakkan wajahnya yang sebenar. Beliau lebih mesra UMNO dan Pusat daripada PKR dan PR yang meletakkannya ke jawatan Menteri Besar. Beliau bukan saja mentadbir Selangor secara solo, malah tidak mahu menemui jawatankuasa yang dipersetujui oleh PR mengenai isu air.

Mungkin benar, seperti pemahaman Haji Hadi bahawa Khalid tidak mengkhianati rakyat tetapi beliau sebenarnya telah mengkhianati perjuangan PR dan rakan-rakannya sendiri.

Tidak mustahil mengekalkan Khalid yang disokong oleh Haji Hadi akan menyebabkan sejarah Kedah berulang dengan jatuhnya juga PR di negeri itu.

Oleh itu, untuk memastikan PR terus relevan dan kekal dengan momentumnya, bukan saja Khalid perlu ditukar, bahkan Haji Hadi sebagai Presiden Pas juga perlu dipencenkan dengan segera. Untuk menjadikan Pas terus diterima rakyat dan dinamik dalam tindakannya, Pas perlu dipimpin oleh seorang yang lebih matang, tidak gopoh, bijaksana serta kukuh pendiriannya.

Haji Hadi sekarang bukan lagi Haji Hadi yang dulu. Jika semasa namanya memuncak, beliau terkenal sebagai pemidato yang hebat dan keras dengan perkataan kafir dan taghut jarang lekang daripada bibirnya, bahkan amanatnya yang menolak kerjasama dengan UMNO kerana tidak mengamalkan ciri-ciri Islam masih lagi menjadi rujukn dan diperkatakan. Namun kini, ciri-ciri Haji Hadi yang dulu semakin menipis dalam dirinya.

Beliau juga begitu mudah dipengaruhi oleh maklumat tidak sahih, terutama dalam isu pil kuda dan calon bertindih di beberapa kawasan dalam pilihanraya lalu sedangkan kesepatatan telah dicapai sebelum itu. Ada juga maklumat menyebut beliau turut mengadakan pertemuan dengan kelompok tertentu dalam UMNO mengenai pembentukan kerajaan perpaduan sebelum pilihanraya lalu.

Semua ini menunjukkan ketidakyakinan terhadap perjuangan sendiri dan mudah terbuai dengan tawaran-tawaran lain daripada pihak luar.

Beliau juga ditakrif gagal kerana hanya berjaya mempertahankan kerajaan Terengganu selama sepenggal sahaja. Selepas menang di Terengganu pada 1999, tidak lama selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, Pas kemudiannya dalam pilihanraya 2004, 2008 dan 2013 seolah-olah tidak mampu lagi menumbangkan UMNO di Terengganu walaupun ketika UMNO Terengganu dipimpin oleh Ahmad Said yang paling gedebe dan kononnya paling tidak berkualiti serta dibenci.

Moralnya ialah rakyat Terengganu dapat melihat sendiri selama sepenggal kepimpinan Haji Hadi sebagai Menteri Besar lebih banyak diselubungi ketidakmampuan dan kelemahan. Haji Hadi nyata berbeza dari segi aura dan karismatiknya jika dibandingkan dengan Nik Aziz yang bukan saja lebih diterima oleh rakyat Kelantan, bahkan lebih kontemporari dalam membicarakan isu-isu semasa. Pengundi muda lebih menerima Nik Aziz berbanding Haji Hadi.

Kiranya Pas ingin terus maju ke depan dan dinamik dalam gerak kerja politiknya bersama PR, dalam pemilihan akan datang dan sebelum pilihanraya 2018, Haji Hadi perlu ditukar segera. Pilihlah yang terbaik di antara barisan kepimpinan Pas sedia ada untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti itu.

Pas perlu segera diselamatkan jika ingin terus mendapat sokongan yang baik daripada rakyat. Tindakan Haji Hadi "kacau daun" dalam isu Menteri Besar Selangor sudah mula menunjukkan adanya penolakan rakyat biasa terhadap parti itu. Ada juga ahli Pas yang mahu meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan kelemahan yang ditunjukkan oleh Haji Hadi, lebih-lebih lagi hasrat untuk bergabung dengan UMNO yang jelas ditunjukkan oleh salah seorang pimpinannya.

Jika Haji Hadi terus kekal memimpin Pas bersama gerombolannya yang pro UMNO, parti itu bukan saja akan terus menjadi pembangkang, malahan tidak mampu menyumbang kekuatan kepada PR mencapai cita-cita menumbangkan UMNO dan BN. Mungkin Pas hanya ingin pahala di akhirat dan lebih merelakan negara ini digenggam oleh UMNO dan BN. (SH 30/07/2014)
Shahbudin Husin at 10:06

* korang rasa perlu ke Hadi Awang ditukar?

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Unknown berkata...

Sejak dulu saya memang kurang setuju dengan tindakan2 beliau. Bagi saya selama beliau menjadi Presiden, pegang T'ganu lingkup, pegang Kedah pun lingkup. Apa track rekod yang beliau nak banggakan. Habis nak kekal sebagai Presiden buat apa lagi.

Awanama berkata...

Mungkin benar, seperti pemahaman Haji Hadi bahawa Khalid tidak mengkhianati rakyat tetapi beliau sebenarnya telah mengkhianati perjuangan PR dan rakan-rakannya sendiri.........PR dan rakan-rakannya sebenarnya khianat perjuangan rakyat..aku sokong khalid kekal MB..

Awanama berkata...

kalau tukar khalid dan haji hadi PERCAYALAH rakyat tak akan sokong PKR tumbanglah engkau

Awanama berkata...

Setuju sgt2....trganu pas cuma dpt sepenggal je....tu pn nk ckp pandai...tgha ni layaknya jd imam kt masjid rusila tu je.....