Jumaat, 29 November 2013

Rumah sewa mahal la bang .. tulah sebab kami tinggal serumah (khalwat)

Rumah sewa mahal, tiada tempat tinggal dan baru tiba dari kampung. Itu antara alasan yang sering digunakan pasangan yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berkhalwat.

Majoriti yang ditahan terdiri daripada pasangan berusia 20-an hingga 30-an dan tinggal serumah dengan pasangan masing-masing dengan memberi alasan kos sara hidup yang tinggi.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad berkata, melihat kesalahan jenayah syariah itu antara yang tertinggi di negeri ini, pihaknya mengambil langkah proaktif untuk mengekang masalah ini daripada terus berlaku.



{baca lagi klik butang papar ... }






Beliau berkata, JAIS kini mempunyai 200 anggota penguat kuasa yang ditempatkan di semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memantau perlakuan sumbang ini selain memantau jenayah syariah lain.

“Walaupun khalwat antara kes jenayah syariah yang tertinggi dicatatkan di negeri ini, namun ia masih lagi terkawal.

“Kerjasama erat semua pihak diharap dapat meningkatkan penguatkuasaan jenayah syariah, sekali gus dapat mengawal masalah ini daripada terus merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat,” katanya selepas merasmikan Seminar Isu Perundangan Jenayah Syariah 2013, di sini, semalam.

Beliau berkata, operasi berterusan membanteras pusat maksiat seperti rumah urut dan hotel bajet yang dijalankan agensi penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen banyak membantu mengurangkan kadar jenayah syariah di negeri ini.

Selain itu, katanya, kesedaran anggota masyarakat juga semakin meningkat dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah syariah yang berlaku di kawasan masing-masing.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: