Khamis, 1 November 2018

Shahidan Kassim beri amaran kes cabul

Selepas heboh dakwaan seorang anggota parlimen Perlis melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar bawah umur, Datuk Seri Shahidan Kassim tampil memberi penjelasan.

Dalam sidang media di parlimen hari ini anggota parlimen Arau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan polis untuk menyiasat dakwaan yang melibatkan dirinya itu.

Kata Shahidan, ini kerana kedua-dua pihak kini telah membuat permohonan maaf ekoran salah faham yang berlaku.

“Saya pasti semua pihak memahami perkara ini dan minta tidak dipanjangkan perkara ini dan kita serah kepada pihak polis.

“Walaupun kes ini telah ditutup namun pihak polis akan meneruskan kerja-kerja mereka,” katanya.

Menurut Shahidan yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, dakwaan kononnya beliau berduaan dalam kereta adalah benar.

Namun, kata Shahidan pertemuan di dalam kereta itu dibuat ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau keluar dari kenderaan yang dinaikinya.

“Sebagai wakil rakyat saya memberi galakan kepada semua anak supaya terlibat dalam aktiviti yang halal. Jadi ada kumpulan busker, muzik saya tolong semua, jadi itu perkara biasa.

“Kalau ada tempat kenduri pun saya tolong, jadi atas niat ini, saya anggap anak-anak dan cucu saya. Jadi tidak timbul ingin lebih daripada itu, lagipun saya tak berapa boleh berjalan,”katanya. - malaysiakini

ShahidanKassim beri amaran


AHLI Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sengaja menyebarkan kes cabul remaja bawah umur membabitkan dirinya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hairan dengan tindakan pihak terbabit walaupun keluarga remaja perempuan berkenaan sudah menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Saya akan berbincang dengan peguam mengenai tindakan boleh diambil terhadap pihak yang sengaja menyebarkan berita ini.

“Saya pelik kenapa perlu sebarkan lagi kerana keluarga remaja itu sudah menarik laporan polis.

“Kes ini sudah ditutup, kenapa perlu dipanjangkan oleh pihak media dan pihak tertentu,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri peguamnya, Thalia Rohaina Abdul Latiff.

Shahidan menyerahkan sepenuhnya kes terbabit kepada polis untuk menjalankan siasatan dan bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

“Apa yang penting sekarang ialah maruah remaja terbabit dan keluarganya. Jangan sebarkan lagi cerita ini.

“Saya tidak kisah jika ini hanya babitkan diri saya tetapi ini membabitkan maruah dan masa depan remaja berkenaan,” katanya.

Ketika kejadian, Shahidan mendakwa mengunjungi tempat pertunjukan kumpulan buskers yang turut dianggotai remaja terbabit sebagai penyanyi untuk menyerahkan sumbangan diminta mereka.

“Saya tiba jam 11.40 malam dan selepas menyerahkan sumbangan kepada mereka, saya terus pulang.

“Malah, keluarga remaja itu juga berada berhampiran kenderaan saya ketika itu.

“Esoknya, pengurus kumpulan busker itu bernama Azhar memberitahu keluarga penyanyi kumpulan buskers itu mahu berjumpa saya,” katanya.

Katanya, beliau kemudian berjumpa dengan ahli keluarga terbabit, tetapi terkejut apabila diberitahu mereka membuat laporan polis terhadap dirinya atas dasar salah faham.

“Mereka juga memberitahu sudah menarik balik laporan terbabit.

“Saya tidak ambil hati kerana kami sudah bermaaf-maafan dan saya pasti keluarga remaja itu memahami kerana saya menganggap kumpulan buskers ini sebagai anak dan cucu saya,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan, dilapor mendakwa wujud cubaan ‘menutup’ satu kes cabul remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang kenamaan, baru-baru ini.

Sanjeevan mendakwa remaja perempuan itu dicabul Ahli Parlimen berkenaan dalam sebuah kereta di Kangar, Perlis, 20 Oktober lalu, namun belum ada tindakan diambil polis.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa laporan asal yg pertama tu yg betul. Ingat, Allah maha mengetahui. Di dunia kita boleh cuba guna segala cara utk elak kena pembalasan tp di akhirat nanti kita tak berkuasa sedikit pun.

Tanpa Nama berkata...

Cerita cabul 15 tahun di malaysiakini :
Versi bahasa inggeris :lebih drp 150 komen, majoriti belasah shahidan
Versi bahasa malaysia : 0 komen

Melayu masih takut? Tak berani bersuara? Non-muslim pelik knp org melayu islam tak komen isu cabul