Ia susulan laporan polis oleh mangsa yang kini pelajar Tingkatan Dua pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, mangsa mendakwa, kejadian berlaku pada Julai 2018.
Katanya, remaja itu mendakwa dia keluar bersama seorang daripada suspek, manakala dua lagi rakan lelaki menunggu di sebuah pangsapuri.
“Suspek memberitahu mangsa yang mereka semua akan keluar makan dan mengajaknya pergi ke pangsapuri berkenaan terlebih dahulu untuk bertemu rakan yang lain.
“Bagaimanapun, ketika berada di pangsapuri terbabit mangsa dirogol secara bergilir-gilir.
“Suspek dikatakan merakam kejadian dan mengugut akan menyebar video perbuatan itu kepada pelajar lain,” katanya.
Anbalagan berkata, hasil siasatan awal, mangsa mendakwa tidak mempunyai teman lelaki dan mendakwa itu kali pertama melakukan hubungan seks.
“Mangsa juga mendakwa dia tidak pasti mengenai kewujudan video kejadian dia dirogol itu dan memberitahu tidak pernah melihatnya,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, semua suspek yang ditahan belajar di sekolah sama dengan mangsa.
“Mereka direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Kemerosotan moral dikalangan remaja dan muda mudi makin parah. Tambah membimbangkan krn zaman muda remaja nafsu syahwat tengah membara. Selain rogol/cabul, perlakuan zina/menghampiri zina secara suka sama suka makin berleluasa. Masalah ini perlu ditangani secara bijak dan berhemah
Catat Ulasan