Selasa, 25 September 2018

Ini jawapan kepada PAS yang selalu tuduh PH munafik

Pihak yang berjanji untuk melakukan sesuatu perlu menunaikan janjinya mengikut kemampuan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor, Rumaizi Ahmad berkata, terdapat  janji yang boleh dilaksanakan secara segera dan ada janji yang hanya boleh dilaksanakan secara berperingkat kerana melibatkan pelbagai perkara termasuk pentadbiran, birokrasi, peruntukan undang-undang dan sebagainya.

Menurutnya, aspek menunaikan janji dalam bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebenarnya berdepan dengan beberapa isu namun jika pihak tersebut berusaha untuk menunaikan janjinya, ia belum boleh dikatakan memungkiri janji kerana proses pelaksanaannya mempunyai kekangan tertentu.

"Bagaimanapun, apabila melihat isu peminjam PTPTN pula, mereka sebenarnya telah berjanji melalui akad atau kontrak yang mereka akan membayar pinjaman PTPTN berdasarkan syarat yang dipersetujui.

"Maka peminjam adalah pihak yang telah berjanji dengan kontrak untuk membayarnya dan wajib menunaikan janjinya sama ada peminjam menandatangani kontrak untuk membayar balik atau tidak, ia adalah hutang yang tetap perlu dibayar berdasarkan hadis," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai adakah mereka dianggap munafik sekiranya tidak menunaikan janji, Rumaizi berkata, benar terdapat hadis yang menyatakan tanda-tanda orang munafik antaranya jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari, dan jika diberi amanah ia mengkhianati.

Namun, ia bukan sandaran untuk mengatakan seseorang itu munafik kerana tuduhan itu adalah berat.

"Munafik ialah Islam pada zahir dan kafir pada batinnya. Menuduh orang lain munafik seolah-olah menuduh ia menjadi kafir batinnya.

"Tanda atau ciri-ciri munafik hanya sebagai peringatan kepada kita dan bukan untuk ditujukan kepada orang lain. Jika memungkiri janji menjadi asas untuk menuduh orang munafik, maka peminjam PTPTN akan tergolong dari kalangan yang sama kerana mereka telah menandatangani  kontrak yang mengikat janji untuk membayar hutang mereka," katanya.

Bagaimanapun, tuduhan-tuduhan munafik dan sebagainya perlu dihentikan manakala pengguna laman sosial antara kumpulan yang turut  disaran menghentikan sebarang perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam masyarakat.

Sebelum ini, bekas Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peminjam PTPTN yang gagal membayar pinjaman pendidikan mereka tidak seharusnya dimarahi sebagai golongan yang tidak amanah dan memalukan bangsa sendiri.

Katanya, golongan tersebut juga tidak seharusnya dimarah untuk mengabaikan janji manifesto PH.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Janji tapi tak yakin menang. Maknanye ?

Tanpa Nama berkata...

Ciss Ptuih ! sikit pun tak boleh percaya cakap cakap golongan munafik sesat laknat keturunan Mahathir muka diorang pun dah amat dikenali oleh seluruh makhluk termasuk yang didalam tanah, dalam longkang dan tangki najis pun semua tahu kedurjanaan keturunan mahathir laknat ni. tengok bila si Guan Eng meliantik diri dia sendiri menjadi Menteri Kewangan si Mahathir bahlol tak kata apa apa pun. jelas sekali laknatnya mahathir. Orang PKR masih kenal siapa mahathir yang dari dulu sampai sekarang pun tak pernah berubah cakap dia sikit pun tak boleh percaya. Orang yang berakal sihat tahu mahathir ni pendendam bila ada peluang dia akan membalas dendam semahu mahunya.