Sabtu, 21 Julai 2018

Bini orang jugak kau nak ...

AKIBAT gilakan isteri orang, seorang lelaki berusia 35 tahun parah dibelasah 15 lelaki dalam satu kejadian rusuhan di Kampung Kuala Bekah, Telok Ayer Tawar di Butterworth, jam 9 pagi semalam.

Difahamkan, lelaki berkenaan sudah tujuh tahun mengenali wanita berusia 31 tahun yang sudah berkahwin itu dan sering mengganggunya, namun tidak dilayan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berkenaan datang ke rumah wanita berkenaan, semalam, sebelum memanggil wanita itu.

Beliau berkata, wanita berkenaan enggan keluar sebelum lelaki itu membuka pintu dan menariknya keluar dari rumah.

“Wanita berkenaan menolak permintaan lelaki itu, namun dia berkeras malah memegang satu objek pada tangan.

“Susulan itu, wanita berkenaan menjerit dan menarik perhatian ahli Rukun Tetangga berdekatan menyebabkan lelaki itu melarikan diri ke sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, rumah lelaki berkenaan kemudian dikepung sekumpulan lelaki sebelum dia bertindak menghubungi kakaknya dan memaklumkan perkara itu.

“Sebaik kakaknya tiba, orang ramai sudah berada di luar. Kakaknya masuk ke dalam rumah dan mendapati keadaan berselerak dan adiknya duduk sambil memegang kepala dan mengadu terkena objek keras.

“Sejurus itu, seramai 10 hingga 15 orang menyerbu masuk ke dalam rumah dan memukul adiknya itu," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu mendakwa dia dipukul dengan cara ditumbuk, diterajang dan dipukul dengan topi keledar.

Katanya, individu itu termasuk wanita yang juga isteri orang itu.

Selain itu, suami, bapa kandung dan adik lelaki wanita berkenaan.

Noorzainy berkata, ketika kejadian, lelaki berkenaan dipercayai memegang pisau dan enggan menyelesaikan masalah ketika didatangi keluarga wanita berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lelaki itu luka pada bahagian kepala, lebam di kedua-dua tangan, bahagian belakang dan pinggang, sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas.

“Susulan kejadian, wanita berkenaan, bapa, suami dan adik lelakinya berusia 29 hingga 59 tahun ditahan polis jam 2.05 pagi hari ini untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 8:18 PM harian metro

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: