Selasa, 12 Jun 2018

Tindakan PAS Kedah 'seolah' menderhaka kepada Sultan?

ALAHAI, aku teringat ada beberapa rakan mengulas mengenai Tabung Harapan Malaysia. Rakan dari blok pembangkang. Aku kena sebut jugak ke parti mana tu? Tapi kalau tak sebut pun, pembaca tentu dapat agak dari parti mana.

Antara ulasan mereka mengatakan apa perlunya mengutip derma untuk membantu membayar hutang negara.

'Masa kami memerintah negeri, kami terpaksa pikul hutang yang banyak dari kerajaan negeri sebelumnya. Tak ada pun kami buat tabung kutip derma.'

Kalau cakap sambil perli penyokong pakatan harapan ni, tak payahlah nak cerita .. jadi makanan harian.

'kalau tak cukup duit, apa susah, tabung kan ada. kita boleh kutip tabung apa'

Tapi cerita di atas tak ada kena mengena dengan cerita di bawah. Ye ke tak ada kena mengena? Isu pokoknya tabung .. kutipan .. hahahahahahaha.


ALOR SETAR - Pas Kedah mengarahkan semua Pas kawasan menarik balik pemberian resit zakat fitrah yang tertera lambang parti itu yang dicetak sendiri, bagi elak kekeliruan selain untuk menghentikan tohmahan tidak berasas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, sejurus resit berkenaan tular sejak dua hari lalu, pihaknya memutuskan agar pemberian resit dihentikan serta merta.

Menurutnya, sebagai hormati Sultan Kedah selaku Ketua Agama Islam serta institusi zakat negeri ini, pihaknya akur dengan arahan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Semua resit itu sudah ditarik balik sejak dua hari lalu, bimbang menjadi isu lebih besar jika disalah erti, tambahan pula berkaitan institusi zakat dan Istana,” katanya.

Dr Mohd Hayati yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang berkata, pendekatan membayar zakat fitrah melalui parti sudah lama dipraktikkan dan menjadi amalan sejak sekian lama.

“Dulu pun ada buat macam itu, tak ada masalah pula. Bagi kawasan Pendang, kami berikan resit sebagai bukti pembayaran untuk elak persepsi negatif. Kutipan zakat itu dimasukkan ke dalam tabung fitrah Pas, untuk diagih dan digunakan bagi program asnaf dan fisabilillah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya urus sendiri daripada kenal pasti golongan sasaran, kutipan sehingga kepada agihan.

“Wang zakat fitrah itu tidak pernah diseleweng, cuma kami urus sendiri dan agih ikut sasaran asnaf yang dikenalpasti ahli. Contohnya, kebanyakan daripada kita bayar zakat kepada tok guru,” katanya.

Dr Mohd Hayati berkata, kemungkinan ada individu yang sengaja ketengahkan isu ini untuk memberi gambaran buruk terhadap parti itu.

“Seingat saya, perkara ini dibuat sejak Ustaz Azahari Abdul Razak (1987-1991) menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah, ketika itu tiada masalah. Fatwa turut dikeluarkan bahawa perjuangan ke arah fisabilillah dibolehkan menerima zakat fitrah,” katanya.




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kekeke. Kutip zakat tanpa melalui amil yang ditauliahkan daripada Majlis Agama adalah kesalahan dan melanggar undang-undang Kerajaan Negeri. Apa Pas dan Lebai suci nak bagitahu kami sedang lawan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri secara terang-terangan ke? Kekeke. Kutip zakat sorok-sorok pula lepas ni.

Tanpa Nama berkata...

Sejak dulu 1987 .. masa tu tak ada resit. Masa itu memang lah tak bermasalah kerana Tok Guru nya berwibawa. Masa itu zakat yang di bayar "di serahkan" kepada Tuan Guru supaya Tuan Guru dapat bahagian untuk diri nya. Kain pelekat, baju pagoda dan kot lusuh, harta yang nampak yang ada pada Tok Guru.

Masa itu sistem bayaran tak sebaik sekarang.

Sekarang bukan serah tapi "Kutip" dan kerana, samada Tok Guru nya ke atau pun bukan Tok Guru, orang dah kurang yakin. Itu sebab kena keluarkan resit.

Yang mengenal-pasti asnaf ialah ahli. Tak banyak dan tak sikit pengaruh politik ada .. Lebih-lebih lagi sekarang.