Isnin, 11 Jun 2018

Komisen RM1.3b kepada pemangku raja Pahang?

Sebuah firma pembinaan China menafikan dakwaan bahawa ia adalah sebahagian daripada konsortium yang menjanjikan komisen lumayan kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menyelaraskan projek kerajaan.

Menurut China Rainbow International Investment Co Ltd (CRIIC), surat yang dikatakan sedang beredar di media sosial itu adalah satu rekayasa.

"Kandungannya semua palsu," kata Pengerusi dan Presiden CRIIC , Li Dacan dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika dihubungi, jurucakap Tengku Abdullah berkata, baginda langsung tidak mempunyai hubungan dengan CRIIC.

Semalam, sepucuk surat dengan logo CRIIC mendakwa firma berkenaan akan membayar Tengku Abdullah komisen RM1.3 bilion sekiranya konsortium Sapura-Rainbow Consortium berjaya memenangi kontrak untuk projek MRT3.

Li, dalam kenyataannya, berkata bahawa konsortium dengan nama itu tidak wujud.

Setakat ini, empat konsortium telah mengemukakan tawaran untuk projek MRT3. Mereka adalah

• Konsortium MMC Corp Bhd-Gamuda Bhd-George Kent Bhd;
• Usahasama China Communications Construction Company Ltd-China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd.
• Sapura Group-Top International Engineering Corp (TIEC); dan
• Pacific Construction Group Company Ltd- Mudajaya Group Bhd-Jaycorp Engineering and Construction Sdn Bhd (JEC).

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: